Total Pageviews

Friday 10 April 2020

Coronavirus boleh dibiak dalam makmal




Saintis Australia muncul kumpulan pertama biak virus coronavirus baharu di luar China

29 Januari 2020


SYDNEY: Kumpulan saintis di Australia berjaya meniru virus coronavirus yang disifatkan mereka mampu mengubah keadaan dalam menghapuskan wabak yang menjejaskan ribuan penduduk dunia.
Institut Doherty di Melbourne hari ini mengumumkan bahawa ia membiakkan coronavirus dalam sel kultur yang diambil daripada pesakit, sekali gus menjadikan ia sebagai julung kalinya virus itu direplikasi di luar China.
"Memiliki virus sebenar bermakna kami kini mempunyai keupayaan untuk mengesahkan semua kaedah ujian, dan membandingkan sensitiviti dan spesifikasinya," kata ketua makmal identifikasi virus, Julian Druce.

"Ia akan menjadi ‘game changer’ (ejen perubahan) untuk diagnosis."
China segera menyusun genom coronavirus dan menjadikannya awam, membolehkan saintis di seluruh dunia membangunkan alat diagnostik, berbeza dengan wabak SARS 2002-2003.
Bagaimanapun, China tidak berkongsi virus itu dengan makmal di seluruh dunia - makmal Australia akan melakukannya melalui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - walaupun WHO mengumumkan Beijing bersetuju membenarkan pasukan pakar antarabangsa untuk bekerja dengan rakan sejawat mereka di negara itu.
Timbalan Pengarah Institut Doherty, Mike Catton berkata, penemuan baharu itu bermakna saintis kini boleh membuat ujian antibodi yang akan membolehkan coronavirus dikesan pada pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala.
"Ujian antibodi akan membolehkan kita menguji semula pesakit yang disyaki secara retrospektif supaya kita dapat mengumpul gambaran yang lebih tepat mengenai bagaimana virus itu meluas, dan akibatnya, antara lain, kadar kematian sebenar," katanya.
"Ia juga akan membantu penilaian keberkesanan vaksin percubaan."
Kerajaan, universiti dan syarikat perubatan di seluruh dunia berlumba-lumba membangunkan vaksin coronavirus, proses yang boleh mengambil masa berbulan-bulan.
Virus yang dipercayai berasal dari pasar haiwan liar di bandar Wuhan, China, menjangkiti lebih 4,500 orang di China dan membunuh lebih 100 orang.
Lebih 50 juta orang berkurung dalam dan sekitar Wuhan, dalam usaha pihak berkuasa menghentikan jangkitan yang merebak ke lebih 15 negara. - AFP



.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.