COVID-19: 5 Lagi Doktor Di Itali Meninggal Dunia, Lebih 2,600 Staf Kesihatan Disahkan Positif
Seramai
lima lagi doktor di Itali meninggal dunia akibat koronavirus, menjadikan jumlah
kematian dalam kalangan staf kesihatan sebanyak 13 kes.
Setakat
ini, seramai 2,629 petugas kesihatan disahkan positif COVID-19, lapor Daily
Mail.
Jumlah
petugas kesihatan yang positif virus itu adalah bersamaan 8.3 peratus kes
jangkitan negara itu.
Angka
tersebut menyebabkan kerisauan terhadap keselamatan petugas barisan hadapan
yang terpaksa bersentuhan dengan pesakit COVID-19 secara kerap.
Sementara
itu menurut laporan Euronews,
seorang doktor berusia 57 tahun sebelum ini disahkan mengalami pneumonia
sebelum meninggal dunia.
Dalam
temubual terakhir beliau sebelum disahkan positif COVID-19, Marcello Natali
berkata beliau terpaksa mengendalikan pesakit tanpa memakai sarung tangan
kerana kehabisan stok. Susulan itu, beliau dimasukkan ke hospital di Cremona
sebelum dipindahkan ke Milan setelah menunjukkan simptom pneumonia.
Terkini,
Itali mencatatkan sebanyak 4,207 kes positif dan 475 kematian baru. Jumlah
kematian yang tinggi itu menjadikan rekod jumlah kematian sehari paling tinggi
di dunia, mengatasi jumlah kes kematian sehari dilaporkan di China, negara
bermulanya wabak berkenaan.
Rekod
kematian tertinggi dalam tempoh sehari sebelum ini turut dilaporkan di Itali
dengan jumlah kematian 368.
Dalam
perkembangan yang lain, kerajaan Itali dilapor akan memanjangkan tempoh
perintah berkurung yang sebelum ini akan tamat pada 3 April.
Sumber: Daily Mail,
Euronews
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.