Sarawak tubuh 4 pasukan bertindak Covid-19
Mohd Roji Kawi
mdroji@bh.com.my
JAWATANKUASA
Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, hari ini, menubuhkan empat pasukan
bertindak bagi mengukuhkan lagi pengurusan wabak koronavirus baharu (Covid-19).
Timbalan
Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pasukan bertindak
pertama yang diketuai bekas Pengarah Kesihatan negeri, Dr Jamilah Hashim,
bertanggungjawab untuk melihat dan membuat cadangan mengenai kaedah
mempercepatkan penurunan lengkung (curve) Covid-19 yang meningkat.
Beliau
berkata, pasukan bertindak kedua yang akan diketuai Profesor Datuk Dr Andrew
Kiyu dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS) pula bertanggungjawab meneliti dan mengemukakan cadangan mengenai
kesiapsiagaan untuk menghadapi gelombang Covid-19 yang akan datang sama ada
kecil atau pun lebih besar.
Katanya, pasukan bertindak ketiga bertanggungjawab untuk meneliti rancangan mengenai persediaan untuk menghadapi gelombang besar Covid-19.
“Pasukan
ini akan diketuai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Sim
Kui Hian dan beliau akan bersama dengan Pengarah Hospital Umum Sarawak, Pakar
Perubatan Penyakit Berjangkit, Ketua Makmal, Ahli Farmasi dari Jabatan Kesihatan
Sarawak.
“Pasukan
bertindak keempat yang juga akan diketuai Dr Andrew Kiyu pula akan menganalisis
masa nyata data mengenai Covid-19.
“Pasukan
bertindak keempat ini akan ditugaskan untuk mengetahui data Covid-19 yang ada
di Sarawak serta mendapatkan data sekerap mungkin untuk dianalisa selain
membangunkan kapasiti bagi menganalisis data sama ada oleh anggota pasukan itu
sendiri atau kita akan mengambil pakar dari luar,” katanya dalam kenyataannya,
hari ini.
Sementara
itu, mengenai perkembangan terkini wabak Covid-19, beliau berkata, Sarawak hari
ini merekodkan 15 kes baharu positif menjadikan jumlah kes di negeri ini
sebanyak 363 sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac lalu.
“Kesemua
15 kes positif baharu itu kini dirawat di Hospital Umum Sarawak.
“Bagi
kes individu dalam siasatan (PUI) pula, sebanyak 119 kes baharu dilaporkan hari
ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,799 dan daripada jumlah itu, 2,284 kes
disahkan negatif manakala 152 lagi masih menunggu keputusan makmal, “katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 14 April 2020 @ 10:00 PM
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.