Total Pageviews

Friday 10 April 2020

Ujian sah jangkitan virus Covid tidak tepat



COVID-19: Hasil ujian pengesahan virus tidak tepat

11 April 2020



WASHINGTON: Saintis bimbang keputusan kit ujian digunakan secara meluas di Amerika Syarikat (AS) tidak boleh diyakini 100 peratus memandangkan ramai yang disahkan negatif walaupun dijangkiti COVID-19.
Keadaan itu boleh membawa implikasi buruk berikutan ada yang tidak menyedari membawa virus dan menyebarkan kepada orang lain, mengakibatkan lebih ramai berisiko dijangkiti.
Kebanyakan ujian di seluruh dunia menggunakan teknologi PCR, yang mengesan coronavirus dalam sampel kahak.

Bagaimanapun, pakar penyakit berjangkit di Mayo Clinic di Minnesota, Priya Sampathkumar, berkata terdapat banyak perkara yang memberi kesan sama ada ujian mampu mengesan virus itu atau sebaliknya.
“Sebenarnya, ia bergantung berapa banyak titisan virus yang dirembes sama ada melalui bersin, batuk atau cecair badan lain.
“Selain itu, bagaimana ujian itu diperoleh, sama ada ia dilakukan secara betul bagi mendapatkan sampel swab dan berapa lama tempoh sebelum ujian dilakukan turut memainkan peranan,” katanya.
Tambah beliau, virus berkenaan boleh berjangkit dalam kalangan manusia sehingga empat bulan, justeru kajian mengenai kebolehpercayaan ujian masih dianggap awal.
Berdasarkan laporan awal dari China, tahap sensitiviti iaitu setakat mana kesahihan ujian positif bagi kehadiran virus, adalah sekitar 60 hingga 70 peratus.
Ini berikutan syarikat berlainan di seluruh dunia kini menghasilkan kit ujian yang sedikit berbeza, sekali gus menyukarkan perangkaan yang tepat.
Priya berkata, mengikut jurnal yang diterbitkan Mayo Clinic Prosiding, meskipun ada kemungkinan sensitiviti ujian hingga 90 peratus, risiko akan bertambah tinggi sekiranya lebih ramai orang diuji.
"Di California, kadar jangkitan COVID-19 boleh melebihi 50 peratus pada pertengahan Mei ini.
“Dengan 40 juta orang yang perlu diuji iaitu satu peratus daripada penduduknya, dijangkakan kira-kira 20,000 hasil negatif adalah palsu," katanya.
Justeru, tegas beliau, doktor perlu membuat diagnosis lengkap tanpa hanya bergantung pada kit ujian semata-mata, sebaliknya perlu memeriksa gejala, sejarah kontak rapat, imbasan dan ujian makmal lain.
Sementara itu, doktor kecemasan di Johns Hopkins Hospital di Baltimore, Daniel Brenner, berkata selepas ujian dan prosedur bronchoalveolar lavage, ada pesakit mempunyai gejala COVID-19 tetapi keputusan ujiannya tiga kali negatif.
“Justeru, selepas pesakit dimasukkan kamera bagi memeriksa paru-parunya, baru ujian yang diperoleh menunjukkan positif.
“Apa yang membimbangkan ialah diagnosis negatif kepada seseorang yang sebenarnya positif dikhuatiri mendedahkan jangkitan kepada orang sekeliling,” katanya. - AFP




.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.