Jururawat maut dijangkiti Covid-19
LONDON
- Seorang jururawat yang bertugas di Hospital Walsall Manor, West Midlands
meninggal dunia selepas dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).
Memetik laporan The Sun, Areema Nasreen, 36, didapati positif wabak itu selepas
menunjukkan simptom suhu badan meningkat, sakit sendi dan batuk sebelum
menggunakan alat ventilator.
Ibu
kepada tiga orang anak itu disahkan positif wabak berkenaan pada bulan Mac lalu
dan dirawat di Hospital Walsall Manor sebelum kesihatannya turun mendadak dan
meninggal dunia awal pagi tadi.
Kematiannya
itu mencatatkan kes yang keenam dalam kalangan kakitangan Perkhidmatan Kesihatan
Kebangsaan (NHS) berpunca daripada jangkitan Covid-19.
Dalam
pada itu, adiknya, Kazeema Nasreen yang juga merupakan seorang kakitangan
perubatan berkata, dia mahu kematian Areema memberi kesedaran kepada orang
ramai bahawa wabak itu adalah sesuatu yang serius dan boleh menjangkiti sesiapa
sahaja.
"Masih
ramai pihak yang tidak mengambil serius penularan wabak ini. Saya mahu
masyarakat sedar bahawa wabak ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak kira
peringkat umur dan tahap kesihatan," katanya.
Semalam,
United Kingdom mencatatkan kes kematian sebanyak 2,961 termasuk 44 individu
yang tidak mempunyai rekod sebarang penyakit.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.