Siasat petugas kesihatan guna plastik sampah
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
am@hmetro.com.my
KEMENTERIAN
Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat siasatan berhubung gambar tular
kakitangan sebuah klinik kesihatan di Perak memakai pelindung kepala diperbuat
menggunakan plastik sampah.
Timbalan
Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihaknya sudah
dimaklumkan perkara itu, namun belum menerima jawapan selepas menghubungi
beberapa klinik kesihatan di negeri berkenaan.
“Saya
akan periksa dan tindakan kakitangan menggunakan plastik sampah sebagai
pelindung kepala, (memang) saya tidak setuju kerana seolah-olah ‘downgrade’
(merendah-rendahkan) kerajaan dan KKM.
“Kita
akan cari siapa yang buat termasuk yang tularkan gambar-gambar itu,” katanya
dalam sidang media selepas penyerahan kotak makanan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) kepada penerima di Pejabat Penghulu Alor Pongsu, Bagan Serai,
hari ini.
Dr
Noor Azmi berkata, dakwaan kononnya negara berdepan kekurangan peralatan
perlindungan diri (PPE) juga tidak benar.
“Seperti
dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di peringkat KKM,
kerajaan sudah membuat tempahan yang banyak dari luar negara dan dijangka akan
sampai dalam masa terdekat ini.
“Sebaik
sahaja sampai kita akan beri secara percuma kepada setiap rumah,” katanya.
Sabtu, 11 April 2020 @ 1:41
PM
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.