Lebih 100 Bekas Pesakit Covid-19 Di Korea Selatan
Dilaporkan Positif Semula
Korea Selatan pada hari ini melaporkan bahawa sekurang-kurangnya
116 orang yang disahkan bebas daripada virus Covid-19 sebelum ini didakwa telah
diuji positif semula, lapor Daily Mail.
Korea Selatan pada Isnin baru sahaja melaporkan bahawa terdapat
25 kes positif baharu yang dikesan, namun kenaikan jumlah pesakit yang diuji
positif semula telah menimbulkan kebimbangan terhadap usaha negara dalam membendung
penularan wabak itu.
Menurut Daily Mail, pihak berkuasa masih lagi menyiasat punca
berkenaan perkara tersebut. Namun Jeong Eun-kyeong, Pengarah Pusat Kawalan dan
Pencegahan Penyakit Berjangkit Korea (KCDC), mendakwa bahawa virus tersebut
mungkin teraktif semula dalam badan pesakit yang pernah dijangkiti.
Pakar lain pula berpandangan bahawa kesilapan semasa ujian
dijalankan mungkin salah satu penyebabnya, atau sisa-sisa virus mungkin masih
berada dalam sistem badan pesakit namun tidak menular dan merbahayakan pesakit
mahupun orang lain.
116 kes yang dilaporkan itu bertambah sebanyak dua kali ganda
daripada 51 kes yang telah dilaporkan Korea Selatan seminggu yang lalu.
Berikutan dengan itu, kerajaan Korea Selatan menggesa seluruh
rakyatnya untuk kekal mengamalkan garis panduan yang dikeluarkan serta melarang
perhimpunan sosial.
Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan
menyiasat laporan yang mengatakan terdapat kes positif semula selepas diuji
negatif. Ianya adalah susulan daripada laporan pegawai Korea Selatan yang
mengatakan terdapat 91 bekas pesakit Covid-19 diuji positif semula.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.