Hantavirus,
boleh ancam negara, jangkitan bawaan tikus
18 April 2020
Hantavirus
adalah suatu penyakit yang disebabkan virus Hanta. Wabak pertama ini ditemui
ketika Perang Korea antara 1950 dan 1953. Di Amerika pula, ia pernah dikesan
pada 1993.
Virus
RNA ini adalah virus zoonotik yang berasal daripada jangkitan dari roden
mamalia seperti tikus.
Ia
sekali gus membimbangkan masyarakat sekiranya virus itu merebak ke luar negara
China seperti pandemik COVID-19.
Setakat
ini, kadar jangkitan tikus akibat Hantavirus ini adalah rendah dan kajian kecil
sudah dijalankan beberapa kali di Malaysia seperti Pulau Pinang, Klang, Perlis
dan Kelantan, iaitu membuat uji kaji ke atas yang mempunyai virus itu dalam
badannya.
Misalnya,
Kajian Hamdan et al, pada 2017 dalam jurnal Tropical Life Sciences Research di
Sarawak, menunjukkan jumlah roden terinfeksi virus ini masih kecil.
Bagaimanapun,
Malaysia tetap perlu berjaga-jaga untuk mengelakkan wabak yang besar. Sementara
Zana et al. pada tahun lalu, di dalam jurnal International Journal of
Infectious Diseases, menunjukkan evolusi virus, di mana virus itu juga dikesan
dalam tisu paru-paru kelawar.
Dijangka
terdapat sekitar 150,000 kes setiap tahun dan separuh daripadanya berlaku di
China.
Beberapa
kes berlaku secara kecil, akibat virus ini di beberapa negara seperti India,
Afrika, Asia Timur tetapi kematian ini tidak dilaporkan.
Tempoh
inkubasi penyakit adalah satu hingga lima minggu. Sehingga kini, masih tiada
rawatan khas atau vaksin yang ada untuk penyakit ini.
Kenali virus Hanta
Pakar
Perubatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata virus ini berasal daripada genus
Hantavirus, dari keluarga Bunyaviridae.
Virus
ini merebak terutamanya dari tikus (haiwan reservoir juga dikenali sebagai
hos). Ia boleh mengakibatkan kadar kematian yang tinggi hampir 35 peratus dan
kadar kematian adalah lebih tinggi dalam kalangan golongan lebih berusia.
Katanya,
virus ini mengakibatkan gejala ringan seperti demam, sakit badan dan keletihan
umum.
“Sehingga
ke manifestasi parah iaitu pendarahan teruk dengan kegagalan buah pinggang dan
kesukaran bernafas jika jangkitan ke paru-paru terjadi.
“Dua
kesan utama iaitu demam berdarah dengan kegagalan
buah pinggang (Haemorrhagic Fever With Renal Syndrome) yang berlaku di
Russia, China, Korea, dan Eropah Barat.
“Jenis
kedua ialah jangkitan ke paru-paru
(Hantavirus Pulmonary Syndrome) dan berlaku di Amerika (negara seperti Kanada,
Amerika, Argentina, Brazil, Chile, Panama).
“Cara
merebaknya ialah melalui inhalasi
aerosol tercemar hasil kencing, najis tikus, memakan daging tikus
(negara-negara tertentu masih memakan tikus), dan jika digigit tikus.
“Kencing
dan najis tikus terinfeksi berbahaya jika tercemar ke makanan, minuman, air
mandi harian, tempat air bertakung dan sebagainya.
“Ini
lebih mudah berlaku jika terdapat luka
pada manusia yang berhubung dengan najis atau air kencing tikus itu,"
katanya.
Beza virus
Hanta dengan COVID-19
Beliau menjelaskan, punca
jangkitan penyakit COVID-19 adalah
berasal dari kelawar, manakala virus Hanta dari tikus terinfeksi.
Katanya, sehingga kini tiada
rawatan atau vaksin khas, di mana kaedah rawatannya adalah berdasarkan gejala
penyakit, sama seperti COVID-19.
“Cara rebakan adalah berbahaya,
misalnya coronavirus boleh merebak melalui titisan air (droplets) yang
terawang-awang di udara, merebak dari manusia ke manusia lain.
Juga melalui sentuhan langsung
dengan permukaan tercemar virus seperti meja, pemegang pintu dan besi yang mana
virus ini ditinggalkan. Ini menyebabkan COVID-19 dianggap lebih berbahaya dan
sangat mudah merebak secara langsung dari individu ke individu yang lain,”
katanya.
Cara
virus Hanta merebak
Virus Hanta merebak melalui
kontak langsung, aerosol tercemar dengan hasil najis, air liur, air kencing,
digigit tikus atau memakan tikus.
Pemindahan jangkitan daripada
individu kepada individu lain adalah sangat jarang dan bukan diketahui sebagai
punca jangkitan utama.
“Oleh demikian, kemungkinan
virus ini merebak sebagaimana pandemik COVID-19 adalah sangat sukar berlaku
setakat ini.
“Kedua-dua virus boleh
menjangkiti paru-paru. Jika hantavirus ini menjangkiti paru-paru, kesannya
kelihatan seperti Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) seperti yang disebabkan
oleh COVID-19 kemungkinan boleh berlaku.
Cara
pencegahan
Dr Sharifa Ezat berkata, dalam
mengekang penularan Hantavirus, seseorang harus mengelakkan daripada
bersentuhan dengan najis, air kencing atau tikus secara langsung.
"Kita hendaklah sentiasa
memastikan dalam rumah, pejabat, di keliling rumah, kawasan tempat tinggal, dan
tempat bekerja tidak mempunyai sarang tikus atau mempunyai pembiakan tikus yang
aktif.
“Sampah, barang-barang terbuang
dan makanan jangan dibiarkan tidak diurus di sekeliling rumah supaya haiwan itu
tidak mempunyai sumber makanan atau membiak.
Diingatkan juga supaya
berhati-hati ketika menangkap tikus kerana tikus boleh menggigit, kencing dan
virus ini akan merebak ke udara bila bercampur air dan udara terdedah,"
katanya.
Kaedah
lain
Katanya, memakai sarung tangan
dan topeng muka
sangat digalakkan digunakan
sewaktu proses pembersihan dan penangkapan tikus berlaku.
Sementara najis dan air kencing
tikus jangan disapu atau divakum.
“Cara yang disarankan ialah
nyah cemar najis, air kencing dengan pembasmi kuman (contoh kawasan disembur
dengan Clorox), kemudian mengelap najis dan membuang kain atau tisu yang sudah
digunakan," katanya.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.