Total Pageviews

Friday 10 April 2020

224 petugas KKM positif COVID-19


224 petugas KKM positif COVID-19


11 April 2020



KUALA LUMPUR: Seramai 224 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) dikenal pasti positif COVID-19 sehingga jam 12 tengah hari semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata berdasarkan siasatan KKM setakat ini, tiada kes berpunca daripada pengendalian kes disahkan positif dari wad COVID-19 atau unit rawatan rapi (ICU), khusus bagi pesakit COVID-19 di fasiliti KKM.
Daripada jumlah itu katanya, 150 kes atau 67 peratus dikenal pasti berpunca daripada komuniti, termasuk rakan sekerja yang disebabkan oleh jangkitan di komuniti, manakala 33 kes atau 15 peratus masih dalam siasatan.

"41 kes atau 18 peratus mempunyai kaitan dengan pesakit, iaitu 29 kes daripada pesakit jangkitan pernafasan akut teruk (SARI), manakala sembilan daripada pesakit tidak diketahui status sebelum rawatan diberikan dan tiga kes lagi berpunca daripada aktiviti saringan dan lain-lain aktiviti di lapangan.
"KKM sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan anggota kesihatan terutamanya petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam menghadapi pandemik COVID-19 demi kepentingan negara," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Dr Noor Hisham turut menasihatkan anggota kesihatan dan barisan hadapan, termasuk pengamal perubatan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merawat pesakit perlu menggunakan penutup hidung dan mulut.
"KKM amat menghargai pengorbanan dan dedikasi semua anggota kesihatan dan perubatan yang berkhidmat di setiap fasiliti kesihatan, tidak kira sama ada di barisan hadapan, perkhidmatan sokongan mahupun di balik tabir.
"Kita akan terus komited untuk memastikan status keselamatan dan kesihatan setiap anggota KKM dipelihara," katanya.
Info tindakan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan anggota KKM:
• Penilaian keperluan dan stok alat pelindung diri di fasiliti bagi memastikan pembekalan PPE sentiasa mencukupi;
• Semua kes SARI dan jangkitan paru-paru (pneumonia) sebagai jangkitan COVID-19 sehingga terbukti sebaliknya;
• Memperkukuhkan triaging iaitu penilaian dan pengasingan pesakit  disyaki mempunyai gejala COVID-19 apabila datang ke fasiliti kesihatan serta memberikan mereka alat penutup hidung dan mulut untuk dipakai;
• Memastikan anggota yang merawat pesakit disahkan positif COVID-19 perlu menggunakan PPE seperti disarankan dan anggota yang merawat pesakit tidak disyaki COVID-19 menggunakan alat penutup hidung dan mulut
• Memastikan anggota mengamalkan semua langkah pencegahan seperti kebersihan tangan dan amalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya satu meter, mengikut keperluan dan kesesuaian.



.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.