KKM siasat tular pelindung kepala daripada plastik sampah
BAGAN
SERAI - Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyiasat gambar tular didakwa seorang
kakitangan sebuah klinik kesihatan di Perak memakai pelindung kepala yang
diperbuat daripada plastik sampah.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihaknya telah
dimaklumkan mengenai perkara itu dan telah membuat semakan di beberapa klinik
namun belum menerima sebarang jawapan.
Menurutnya,
perkara itu akan disiasat secara menyeluruh kerana tindakan menggunakan plastik
sampah sebagai pelindung kepala merendahkan taraf kerajaan dan kementerian.
"Ini
kerana untuk membuat pelindung kepala kita ada material khas dan bukannya
daripada plastik sampah. Kita akan cari siapa yang buat termasuk yang tularkan
gambar-gambar itu," katanya kepada pemberita selepas gimik penyerahan 10
kotak makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Pejabat Penghulu Alor Pongsu di
sini hari ini.
Selain itu, Dr Noor
Azmi berkata, dakwaan kononnya negara juga kekurangan Peralatan Perlindungan
Diri (PPE) adalah tidak benar.
"Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah maklumkan kerajaan sudah membuat
tempahan yang banyak dari luar negara dan dijangka sampai dalam masa terdekat
ini," katanya. - Bernama
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.