COVID-19:
Belum ada bukti saintifik terowong sanitasi berkesan
12 April 2020
PUTRAJAYA:
Belum ada bukti saintifik atau klinikal menunjukkan keberkesanan terowong
sanitasi seperti yang pasang dan digunakan di beberapa negara termasuk Turki
dan China.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham
Abdullah, berkata pihaknya sudah mengenal pasti Pusat Kajian Klinikal (CRC) dan
Kajian Klinikal Malaysia (CRM) untuk mengkaji keberkesanannya.
“Setakat ini memang tidak ada bukti saintifik atau
klinikal yang menyatakan terowong ini berkesan.
“Kajian itu sedang dilaksanakan dan berharap kita akan mendapat
data. Setakat ini kita tidak ada bukti
kukuh untuk mengatakan ia berkesan,” katanya pada sidang media harian
COVID-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata demikian mengulas penggunaan terowong
sanitasi di Turki dan China termasuk di tempat awam.
Portal
berita Business Insider pada Februari lalu melaporkan beberapa bandar raya di
China memasang terowong nyah kuman yang menyembur cecair berkenaan dan mendakwa
ia mampu membunuh sehingga 99 peratus virus.
Bagaimanapun, laporan sama menyebut pakar kesihatan tidak yakin
dengan keberkesanannya.
Berita Harian sebelum ini melaporkan terowong sanitasi ciptaan
warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi kegunaan petugas barisan hadapan
selamat digunakan dengan penggunaannya lebih menjurus kepada langkah pencegahan
awal.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.