Total Pageviews

Saturday, 4 May 2019

Rahsia Panjang Umur Rakyat Jepun




Rahsia Panjang Umur Rakyat Jepun Kini Terbongkar





Tahukah anda ada terdapat sekumpulan masyarakat yang telah dikenal pasti tinggal di daerah kecil di Jepun telah diiktiraf sebagai kelompok masyarakat yang paling panjang umurnya. Mereka ini di kenal pasti mempunyai jangka hayat umur yang sangat panjang berbanding dengan bangsa lain di dunia ini. Purata umur penduduk masyarakat Jepun ini adalah sekitar 80an, 90an dan mencecah 100 tahun!

Okinawa Jepun merupakan sebuah pulau yang terpencil di Jepun. Rata - rata penduduk Okinawa mempunyai kadar jangka hayat yang tinggi bahkan fizikal mereka juga tidak menggambarkan usia sebenar mereka. Warga Okinawa ini di kenali kerana corak gaya hidup yang berbeza dan sangat aktif.

Terdapat suatu gaya hidup yang menjadikan kebanyakan penduduknya kekal aktif sehingga usia 70an, 80an, 90an dan bahkan 100 tahun. Mereka mempunyai kadar pesakit jantung, kanser dan strok yang amat kurang. Kajian selama 25 tahun membuktikan bahawa fenomena panjang usia ini berkait rapat dengan gaya pemakanan mereka dan persekitaran kehidupan mereka.



Persoalannya bagaimana mereka kekal sihat sehingga mampu mencapai usia 100 tahun?

Pemakanan adalah salah satu faktor keajaiban ini. Sehinggakan banyak kajian dibuat semata - mata ingin membongkar rahsia mereka ini. Banyak saintis  dan para pengkaji datang ke Okinawa untuk mencari faktor - faktor ini.

Berbalik kepada pemakanan masyarakat okinawa ini telah di dapati Diet tradisi masyarakat Okinawa mengandungi kandungan susu soya dan sayur-sayuran yang tinggi dan mengurangkan pengambilan daging serta lemak tepu. Didapati para sentenari (centenarian = seratus tahun) banyak memakan soya berbanding burger, keju dan kentang goreng. Kandungan sayur-sayuran yang banyak di dalam diet harian mereka yang terdiri dari bijirin dan kurangnya pengambilan lemak bermakna kurangnya penyumbatan dan penyempitan salur darah. Inilah punca utama penduduk di Okinawa kurang masalah penyakit jantung. 

Warga tua di tempat lain menjalani kehidupan yang sangat pasif dan kurang menjalani aktiviti riadah tetapi warga tua di Okinawa menjalani kehidupan yang sangat aktif. Berjalan, berkebun, menari tarian rakyat dan seni pertahankan diri membantu mengekalkan sistem kardiovaskular serta membantu menguatkan tulang dan otot.

Purata jangka hayat wanita di Okinawa adalah 87 tahun sementara lelakinya pula adalah 78 tahun. Peratus umur melebihi 100 tahun adalah 40 per 100,000 orang. Kajian bermula dari tahun 1976 ke atas 600 penduduk Okinawa yang mencapai usia 100 tahun membongkar rahsia panjang usia mereka.



Amalan - amalan masyarakat Okinawa kekal cergas dan panjang umur.


Pengamalan makanan sayuran ala Vegetarian.

Masyarakat yang panjang usia kesemuanya VEGETARIAN. Mereka memakan  lebih dari 7 hidangan sayur-sayuran sehari, lebih dari 7 hidangan bijirin, lebih dari 7 hidangan buah-buahan, sedikit ikan dan sangat kurang memakan daging dan telur. Mereka tidak mengambil hasil tenusu tetapi amat kurang dari mereka mengidap osteoporosis.

Kesimpulannya, diet penduduk Okinawa adalah tinggi kandungan serat.



Berhenti makan sebelum kenyang!

Motto paling popular mereka adalah “Hari Haci Bu” iaitu “Berhenti Makan Apabila Anda 80% Kenyang”. Ini bertepatan dengan saranan Rasulullah kita iaitu makanlah sebelum kamu lapar dan berhentilah sebelum kamu kenyang. Obesiti hampir tidak wujud di Okinawa.



Banyakkan minum air masak bertapis dan teh hijau setiap hari.

Penduduk Okinawa minum 12 gelas air sehari termasuk teh hijau. Minumlah separuh dari berat anda dalam auns setiap hari. Contohnya, jika berat anda 150 paun, minum sekurang-kurangnya 75 auns air bertapis setiap hari.



Kehidupan Yang Bebas Dari Stress!

Penduduk Okinawa tidak berasa runsing dan gaya hidup yang mempunyai tekanan hidup atau stress yang rendah. Tiada perkara yang perlu digesa, tiada perkara yang dibimbangi dan hidup mengikut alam semulajadi. Mereka gemar bermeditasi, hidup yang simple, aman tenteram dan sentiasa berpandangan positif.



Tanah Subur Di Okinawa!

Tanah di Okinawa adalah sangat subur. Tanah yang subur menyumbang kepada tanam-tanaman dan hasil pertanian yang bersih dan segar. Tiada penggunaan racun dan baja kimia yang merosakkan struktur biologi tanah. Kajian Tuft’s Universiti menunjukkan sayur dan buah-buahan organic mengandungi lebih 87% vitamin dan mineral berbanding hasil bukan organik.

Kajian Panjang Usia di Okinawa (KPUO) oleh Dr Suzuki, Pengarah Kumpulan Penyiasat Usia Panjang Okinawa mendapati mereka yang panjang usia di Okinawa memiliki tubuh yang ramping, wajah yang muda, bertenaga dan kadar penyakit jantung dan kanser yang rendah. Di dalam tahun 1995, jangka hayat penduduk Okinawa melepasi had usia di keseluruhan Jepun. 

Selepas mengkaji 600 orang yang berusia 100 tahun dan beberapa ‘pemuda’ yang berusia 70, 80 dan 90 tahun, satu corak yang menakjubkan muncul. Penduduk Okinawa sangat sihat pada usia melebihi 70 tahun. 



1.      Kejayaan Usia Panjang Tidak Bergantung Kepada Genetik
Kajian genetik para lanjut usia ini menunjukkan kejayaan panjang usia mereka adalah berdasarkan gaya hidup sihat mereka. Kejayaan menambah 20 tahun usia tambahan  mereka adalah berdasarkan kurangnya serangan strok dan kanser kolon. Sebab itulah masyarakat Okinawa yang hidup di luar Okinawa dan mempunyai gaya hidup yang berbeza mengalami pelbagai penyakit kronik berbanding yang tinggal di Okinawa.


2.      Mengurangkan Radikal Bebas
Mengurangkan pengambilan kalori dapat memanjangkan usia. Bukti jelas menunjukkan penduduk Okinawa yang mengikuti cara hidup tradisi mempunyai kandungan radikal bebas yang kurang di dalam darah mereka. Para ‘pemuda’ melebihi 70an ini mempunyai kandungan lipid peroxide yang sangat rendah – bukti jelas yang menunjukkan mereka mengalami kerosakan sel disebabkan radikal bebas yang sangat rendah.


3.      Kurangnya Risiko Kardiovaskular
Pemuda 70an ini mempunyai arteri yang jauh lebih muda, bersih, kurang kolesterol dan rendah paras homocysteine berbanding orang yang berusia di barat. Faktor ini mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 80% dan kadar penyakit strok yang sangat rendah. Arteri mereka yang sihat adalah disebabkan gaya hidup organik dan vegetarian, senaman yang kerap, kawalan tekanan darah dan meminimakan tekanan perasaan dan spiritual.
Homocysteine ialah asid amino yang boleh merosakkan dinding salur darah. Kandungannya amat tinggi bagi mereka yang kurang memakan sayuran hijau, vitamin B1 dan B2.


4.      Kurangnya Risiko Kanser Yang Disebabkan Oleh Hormon
Penduduk Okinawa amat kurang mengalami kanser yang disebabkan oleh hormone seperti kanser payudara, prostate, ovari dan kolon. Faktor utama mereka tidak mengidap kanser tersebut adalah kerana kurangnya pengambilan kalori, mengambil diet yang kaya sayur-sayuran dan buah-buahan, pengambilan omega 3 yang tinggi, serat yang tinggi, pengambilan flavonoid yang tinggi, kurangnya kadar lemak dalam badan dan aktiviti fizikal yang kerap.


5.      Tulang Yang Kuat
Penduduk Okinawa amat kurang mengalami patah tulang punggung di usia lanjut. Kajian membuktikan bahawa pengurangan kalsium bagi mereka yang berusia lebih 40 tahun adalah perlahan berbanding penduduk Jepun yang lain. Ini adalah disebabkan tabiat meminum air semulajadi dan bersih di Okinawa, vitamin D dari sinaran matahari, aktiviti riadah dan pengambilan flavonoids (aestrogen dari tumbuh-tumbuhan) yang tinggi.


6.      Langsing Dan Cergas Di Usia Lanjut
BMI pada ‘pemuda’ usia lanjut ini adalah 18 ke 22. Penduduk Okinawa kekal langsing dengan memakan makanan rendah kalori, diet karbohidrat tak kompleks, kawalan kalori dan makan hanya sehingga 80% kenyang serta aktiviti riadah yang kerap.BMI melebihi 25 dikira sebagai berat berlebihan dan mudah diserang penyakit.


7.      Menopaous Yang Semulajadi
Tiada penggunaan terapi penggantian aestrogen dilakukan. Mereka mengalami menopaous secara semulajadi. Keadaan ini dialami akibat tabiat tidak merokok, senaman berbentuk tarian, seni pertahankan diri yang lemah lembut, berjalan dan berkebun. Wanita Okinawa terkenal dengan pengambilan aestrogen semulajadi, melalui pengambilan susu soya. Soya mengandungi phytoaestrogen atau aestrogen tumbuhan dipanggil flavonoid. Semua tumbuhan seperti kekacang, bijirin, bawang, broccoli mengandungi aestrogen semulajadi. Tetapi susu soya tetap pilihan kerana kandungan aestrogennya yang tinggi. Isoflavon di dalam susu soya membantu mengurangkan osteoporosis.


8.      Hormon Seks yang Remaja
Para ‘pemuda’ 70an Okinawa mempunyai hormon jantina yang tinggi seperti DHEA semulajadi, estrogen dan testosterone berbanding mereka yang seusia mereka di Amerika. Mereka secara fisiologinya adalah lebih muda. DHEA adalah steroid yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal, membantu mengurangkan pecutan usia. Namun begitu, pengambilan suplimen DHEA akan menyebabkan kanser payudara dan kanser lain dan ia adalah tidak digalakkan. Penduduk Okinawa mengalami pelambatan usia berbanding mereka yang seusia di Amerika. Kandungan aestrogen dalam tubuh mereka adalah tinggi dan ini mengelakkan penyakit jantung dan osteoporosis. Testosterone juga didapati tinggi di kalangan lelaki Okinawa berbanding yang susia mereka di barat.


9.      Kesihatan Spiritual Yang Cemerlang
Kajian personaliti menunjukkan kerunsingan dan rasa terburu-buru adalah sangat rendah sementara perasaan keyakinan diri amat tinggi di kalangan mereka. Kajian menunjukkan mereka sangat optimistik, mudah menyesuaikan diri dan mudah mesra. Kesederhanaan amat dititikberatkan. Hubungan kemasyarakatan amat utuh dan amalan kerohanian amat tinggi di kalangan wanita lanjut usia.


10.  Penjagaan Kesihatan Yang Bersepadu
Penduduk Okinawa menggabungkan sistem penjagaan kesihatan dan penyembuhan dari barat dan timur. Okinawa, Jepun dan Hong Kong yang terkenal dengan kadar panjang umur di dunia mempunyai kaedah penyembuhan yang digabungkan antara timur dan barat. Herba tonik sangat diutamakan. Kenyanyukan amat jarang di Okinawa. 



Apakah yang kita perlu ubah adalah gambaran generasi hadapan!

Marilah kita mengubah cara hidup kita dengan memakan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding pengambilan kalori , protein dan lemak.

Bertepatan dengan Shaklee yang bebas bahan kimia dan  100% semula jadi adalah satu langkah lengkap dengan kandungannya melebihi 30 jenis sayuran dan buahan bebas pencemaran dan tanpa pengawet . Bersamaan dengan vitamin - vitamin semulajadi ini kita mampu menjamin kehidupan yang lebih sihat dan terhindar dari sebarang penyakit serta panjang usia!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.