Persekitaran Beracun
Keliling Anda
Mengitar Semula Polisterina
|
||
Sumbangan bekas polisterina terhadap krisis pemanasan global
menyebabkan penggunaan bekas pembungkus itu menjadi perdebatan hangat di
negara ini. Bagaimanapun penggunaannya yang masih meluas di kalngan orang
ramai melahirkan satu idea
![]() |
||
Gunakan
Sisa Terbuang
|
||
Menurut Penyelidik Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Dr. Issam
Ahmed Mohammad, kajian yang dilakukan dalam tempoh kurang setahun itu
beradasarkan kaedah pemprosesan bahan larutan polisterina dengan sisa tandan
kelapa sawit. Di Malaysia sahaja misalnya terdapat lebih 280 000 tan buangan
bekas polisterina yang telah digunapakai dan ini memberi kesan yang efektif
kepada pencemaran. Dengan hasil penemuan santifik ini, kita berjaya
mengurangkan kadar pelupusan yang berlaku di negara ini sekaligus berpeluang
mengkomersialkan produk daripada bahan sisa buangan tersebut.â€ÂÂÂÂÂ
Pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat dan Jepun melakukan pelbagai kaedah
untuk mengatasi masalah bahan buangan polisterina, namun dipercayai inilah
pertama kali bahan itu dijadikan satu kegunaan baru yang menguntungkan
masyarakat dan industri. Di Amaerika Syarikat, jumlah polisterina yang begitu
besar dikatakan telah dipadatkan (kompak) untuk mengelakkan daripada
berlakunya pencemaran dan terbuang begitu sahaja, manakala di Jepun, usaha
dibuat untuk menjadikan ia mudah terurai.
Dalam
pada itu katanya, menerusi idea
![]()
Sumber
: www.kosmo.com.my
|
||
Peti
Sejuk Berteknologi Hijau
|
||
![]() |
Apakah
maksud teknologi hijau?
|
|
-
|
Teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam
berbanding dengan teknologi sedia ada;
|
|
-
|
Apabila kita menggunakan teknologi hijau,
kita menggunakan sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum
untuk menghasilkan sesuatu produk;
|
|
-
|
Apa-apa teknologi yang menyumbang kepada
pengurangan pelepasan gas rumah hijau;
|
|
-
|
Aplikasi teknologi hijau juga adalah selaras
dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) iaitu pembagunan
yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan
generasi masa depan
|
|
Sumber
: Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air
|
||
![]() |
Ciri-ciri
peti sejuk teknologi hijau
|
|
-
|
Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran;
|
|
-
|
Ia mempunyai pembebasan gas rumah hijau (GHG)
yang rendah atau sifar;
|
|
-
|
Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan
persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
|
|
-
|
Menjimatkan tenaga dan sumber asli;
|
|
-
|
Menggalakkan sumber-sumber yang boleh
diperbaharui
|
|
![]() |
Antara
teknologi baru peti sejuk
|
|
-
|
Menggunakan teknologi inverter yang mampu
menjimatkan tenaga sehingga dua kali ganda;
|
|
-
|
Menggunakan teknologi Silver
![]() |
|
-
|
Mempunyai ciri sistem pendingin seperti Minus
Zero yang direka khusus ntuk mengekalkan kesegaran makanan;
|
|
-
|
Dilengkapi sistem pembersih yang dapat
menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan
|
|
Sumber
: www.kosmo.com.my
|
||
Bagaimanakah
penduduk bumi dapat menghentikan penggunaan beg plastik secara konsensus?
|
||
Menurut
perangkaan, rakyat Malaysia membuang sumber kitar semula bernilai RM476 juta
dua tahun lalu. Selain kertas yang mencatat pengeluaran sisa terbanyak iaitu
17 peratus atau RM205 juta, sumber buangan kedua terbesar ialah plastik iaitu
9 peratus atau RM163 juta. Keadaan yang sama disaksikan di Britain tahun demi
tahun apabila berbilion helai plastik dibuang sewenang-wenangnya walaupun
baru sekali digunakan. Ingat, untuk setiap lima minit sehelai beg plastik
dipakai tetapi mengambil masa 500 tahun untuk mereput. Dalam satu kajian,
dirumuskan 36 peratus daripada mereka yang ditemu ramah mengakui membuang beg
plastik selepas digunakan sekali. Secara purata, seorang individu menggunakan
hampir lapan keping beg plastik seminggu. Bagaimana pula dengan anda? Beg
platik yang terbuang biasanya meninggalkan pemandangan kurang enak di atas
pokok, jalan raya, taman-taman, tasik sungai dan tempat awam lain. Di samping
mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, ia memudaratkan kesihatan manusia
dan hidupan lain termasuklah haiwan dan tumbuhan. Beg plastik yang hanyut ke
laut pula turut membunuh kelompok penyu dan haiwan marin kerana menyangkakan
ia adalah obor-obor. Pengeluaran, pembuangan dan pereputan beg plastik juga
bukan semudah yang disangka. Ia secara langsung menyumbang kepada pembentukan
gas rumah hijau yang memberi kesan kepada pemanasan global. Di kebanyakan
negara termasuklah Ireland, sehelai beg plastik biasa memaparkan cukai
kerajaan yang bernilai 15 sen Euro
![]()
Pasar
raya di Perancis mempraktikkan peraturan yang lebih drastik apabila tidak
menggunakan beg plastik langsung. Ia hanya menjual beg kitar semula yang
berkualiti pada harga yang berpatutan. Pendekatan ini bukan sahaja menjadi
insentif untuk memaksa individu menggunakan beg kitar semula bahkan membantu
menyelamatkan bumi. Benarkah pengurangan beg plastikdapat membawa perubahan?
Pada 30 April 2007, sejarah pemuliharaan alam merekodkan pencapaian yang amat
bermakna kepada manusia sejagat. Modbury di Devon, England menjadi bandar
pertama di dunia bebas daripada beg plastik di Eropah. Matlamat ini
direalisasikan berikutan pendedahan Rebecca Hoskins, seorang jurugambar
haiwan liar yang menceritakan semula kesan pencemaran alam ke atas haiwan.
Semua peniaga secara bersepakat untuk bertukar kepada kertas kanji jagung,
kapas dan kain. Selepas enam bulan, lebih daripada sedozen bandar dan
perkampungan lain mengikut amalan yang sama.Jadi mulakan sekarang dengan
memeriksa sama ada beg plastik yang anda pegang mempunyai label pensijilan
ISO 14001 untuk bahan kitar semula.
|
||
Awasi
Penggunaan Plastik dan Gabus
|
||
Plastik
dan gabus digunakan sebagai bahan kemasan pembungkusan makanan. Namun begitu
kedua-dua produk ini juga mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan
tubuh. Salah satu penyakit yang boleh disebabkan oleh kesan sampingan ini
ialah kanser. Tanpa memikirkan tentang risikonya terhadap kesihatan,
kemasan makanan daripada bahan plastik mahupun styrofoam sudah pasti menjadi
pilihan utama kerana ia lebih praktikal, ringan dan boleh digunakan berulang
kali. Tetapi kedua-dua jenis bahan ini dihasilkan daripada bahan yang
dikenali sebagai dioctyl phthalate DOP
![]()
Kajian
yang dilakukan mendapati kandungan bahan yang terdapat dalam bekas plastik
boleh mencemarkan makanan. Bekas plastik apabila terkena suhu tinggi, pewarna
yang digunakan pada bekas plastik tersebut akan meresap ke dalam makanan.
Apabila sesuatu makanan yang baru digoreng diletakkan di dalam bekas plastik,
suhu minyak yang tinggi akan menghasilkan kolesterol atau lemak tepu yang
tinggi. Tambah pula, bekas plastik ini mengandungi DOP
![]() ![]() |
||
Minyak
Sawit boleh Hasilkan Plastik
|
||
Sekumpulan saintis Universiti Malaysia (USM) menemui kaedah
penghasilan plastik daripada minyak sawit yang lebih menepati konsep mesra
alam bagi menjamin persekitaran bersih di negara ini. Penemuan tersebut
terhasil daripada penyelidikan hampir 10 tahun diketuai oleh Profesor Madya Dr.
Mohamed Isa Abdul Majid (Pusat Racun Negara USM), Profesor Madya Dr. Mohd
Nazalan Mohd Najimudin dan Profesor Madya Dr. Mohd Azizan Mohd Noor (Pusat
Pengajian Sains Kajihayat). “Minyak sawit lebih murah tetapi prosesnya
memakan masa dan memerlukan perbelanjaan tinggiâ€ÂÂÂÂÂ, kata beliau pada
sidang akhbar di USM di sini hari ini. Beliau memberitahu, projek ini bermula
pada 1990 dengan menelan kos RM950 000 daripada program
![]() ![]()
“Selain
minyak sawit, kita dapati bakteria daripada sumber tanah tempatan boleh
menghasilkan bioplastik yang praktikal bagi kegunaan plastik mudah
lupus,â€Â tambah beliau. Setakat ini, kata beliau, bakteria dikenali
sebagai 'erminia' digunakan bagi menghasilkan bioplastik dalam projek
berkenaan. Beliau menjelaskan, plastik tersebut mempunyai ketahanan selama
setahun tetapi akan menjadi baja kerana mudah dikitar semula dengan keadaan
tanah seperti di kawasan pelupusan sampah .
Sumber
: Utusan Malaysia
|
||
Kitar
Semula Bateri Telefon Bimbit Terpakai
|
||
Mengikut kajian, seramai 16 juta rakyat Malaysia mempunyai telefon
bimbit pada tahun 2006. daripada jumlah tersebut 58.7% adalah pengguna lelaki
manakala 41.3% adalah pengguna wanita. Secara puratanya, pengguna telefon
bimbit akan menukar telefon bimbitnya setiap 18 bulan sekali. Namun begitu,
ramai pengguna yang tidak tahu kaedah pelupusan yang selamat bagi bateri
telefon bimbit terpakai.
Mengapa
perlu kitar semula? - Bateri telefon bimbit terpakai mengandungi
logam berat seperti kadmium, litium, nikel atau merkuri. Bahan buangan ini
dikelaskan sebagai e-waste (SW 103) mengikut Jadual 1, Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Buangan terjadual) 2005. pelupusan bahan buangan ini
secara tidak sempurna boleh mengakibatkan pencemaran kepada alam sekitar
terutama tanah, air bawah tanah dan menjejaskan kesihatan awam.
Tahukah
anda? - Mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, pendedahan kepada bahan
toksik secara akumulatif boleh memberikan kesan-kesan seperti berikut:-
Sumber
: Jabatan Alam Sekitar Malaysia (DOE)
|
||
Kalkulator
Kitar Semula
|
||
Canon
Marketing
![]()
Canon
memperkenalkan Siri kalkulator Alam Sekitar ini untuk mewujudkan satu
keseimbangan antara proses perniagaan yang cekap dan usaha-usahanya untuk
menjaga persekitaran di mana ia beroperasi. Kesan produk ini di dalam pasaran
akan mewujudkan kesedaran terutama di kalangan remaja akan kepentingan
melindungi persekitaran mereka untuk masa depan melalui usaha-usaha yang
mampu dilakukan oleh mereka sendiri. Pengenalan siri baru ini akan dapat
menghantar mesej kepada generasi muda yang membentuk sebahagian besar pasaran
kalkulator. Mereka harus memilih satu jenama yang bukan sahaja baik malah
mesra alam.
Sumber
: www.canon.com.my
|
||
Bayar
RM91.83 Untuk Kitar Semula Televisyen
|
||
Bunyinya agak pelik. Jika di negara ini, sejengkal timbunan akhbar
lama yang dijual boleh memperoleh antara RM3 hingga RM4 bergantung kepada
pembeli, namun di Jepun mereka yang menghantar televisyen mereka untuk
dibuang iaitu untuk dikitar semula, perlu membayar 2835 yen (RM91.83) kepada
pusat pemprosesan kitar semula. Selain televisyen mereka juga perlu membayar
RM102.09 untuk penghawa dingin, RM156.52 untuk peti sejuk dan RM81.66 untuk
mesin basuh tidak termasuk kos mengambil barangan lusuh berkenaan. Tidak
seperti di negara ini, pengguna lebih suka membuang barangan lusuh elektrik
mereka ke pusat pelupusan sampah ataupun di mana-mana kawasan tanpa
menghiraukan bahawa barangan tersebut merupakan khazanah berharga yang boleh
dikitar semula. Menyedari hakikat berkenaan, Panasonic Corporation
bersama-sama gergasi pembuat elektronik lain telah mewujudkan pusat kitar
semula di beberapa daerah bertujuan ntuk mengitar semula empat produk
elektrik yang disebut di atas. Melalui kempen Eco Ideas
![]() ![]() ![]()
Sumber
: Utusan Online 24 Mac 09
|
||
Statistik
Kitar Semula oleh KPKT
|
||
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2007, lebih 19 000 tan sampah dihasilkan
di Malaysia setiap hari. Fenomena ini berlaku kerana masyarakat tidak
mengemalkan sikap kitar semula. Amalan kitar semula boleh dilakukan dalam
kehidupan harian seperti membawa bekal ke sekolah. Melalui aktiviti ini, ia
dapat membantu pelajar mengamalkan sikap kitar semula dan mengetahui
kebaikannya.Kebaikannya:-
|
||
-
|
Membawa bekal ke sekolah dapat menjimatkan
wang perbelanjaan seharian;
|
|
-
|
Membawa bekal dapat menjimatkan penggunaan
polisterin dan plastik yang sering digunakan oleh kantin sekolah dan
mengurangkan pembuangan sampah;
|
|
-
|
Membawa bekal lebih sihat dan selamat
berbanding penggunaan polisterin atau plastik;
|
|
-
|
Penggunaan
polisterin boleh menyebabkan bahan kimia 'styrene' berpindah
ke dalam makanan. Bahan ini disyaki boleh menyebabkan kanser.
|
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.