KONFLIK
ISRAEL –PALESTIN DARI ASPEK SEJARAH MODEN DAN LANGKAH PEMBEBASAN DARI CENGKAMAN
ZIONISOleh:
Mohd
Roslan Mohd Nor
*Abstrak
Presiden Amerika
Syarikat,Obama, ketika berucap di Cairo pada bulan Jun 2009 melahirkan rasa
simpati kepada masyarakat Palestin yang telah ditindas selama lebih satu abad.
Peristiwa penjajahan zionis ke atas Palestin telah merubah lanskap pemerintahan
di Asia Barat. Ada di antara sarjana yang menyatakan bahawa selagi kezaliman
dilakukan oleh golongan zionis, selagi itulah tidak akan wujud keamanan di rantau
tersebut secara khusus dan di dunia ini secara umum. Artikel ini meninjau dari
aspek sejarah moden mengenai konflik yang berlaku dan mencadangkan beberapa
langkah yang boleh diketengahkan untuk kebaikan dan keamanan sejagat.
Kata kunci:Konflik Palestin,
Israel, Zionis, Asia Barat, Keamanan
Abstract
President of the United
States, Obama, speaking in Cairo in June 2009, expressed deep sympathy to the
Palestinians who have been oppressed for over a century. Zionist occupation of
Palestine has changed the landscape of government in the Middle East. Some of
the scholars believe that as long as the injustice committed by the Zionists,
so long that there can be no peace in the region in particular and the world in
general. Thisarticle is to review aspects of the modern history of the conflict
and suggests some steps that can be brought to the goodness and global peace.
Keywords:Palestine conflict,
Israel, Zionist, Middle East, Peace
Pendahuluan
Konflik yang berlaku di
Palestin di antara Arab dan Israel telah berlarutan sejak sekian lama. Jika
dikira dari tarikh rasmi penubuhan negara Israel pada 15 May 1948, kita akan
dapati bahawakonflik tersebut sudah berlansung selama lebih6 dekad. Manakala
jika ditinjau dari aspek sejarah Palestin moden, ia telah jatuh ke tangan pihak
British semenjak tahun 1917. Ini berlaku ketika pentadbiran kerajaan Turki
Uthmaniyyah telah dikalahkan oleh tentera British di bawah pimpinan General
Allenby. Selepas kira-kira 3 tahun, pihak League of Nations –LigaBangsa-bangsa
(sebelum ditukar menjadi United Nations –Bangsa-bangsa Bersatu), telah memberi
mandat kepada pihak British untuk mentadbir Palestin.
Ketika itu, Palestin secara
rasmi diletakkan di bawah pentadbiran pihak British yang juga dikenali sebagai
British Mandate. Ketika penulis menyelidik beberapa sumber, didapati bahawa
para sarjana hampir sepakat mengatakan bibit-bibit kejatuhan Palestin itu
bermula sejak akhir abad ke 19 Masihi disebabkan oleh kelemahan pemerintahan
kerjaan Turki Uthmaniyyah. Ia turut ditambah dengan kewujudan agenda zionis
selepas Pertubuhan Zionis Dunia (World Zionist Organization) ditubuhkan dengan
rasmi pada tahun 1897.1
Umat Islam di Palestin tidak
berdiam diri ketika negara mereka di bawah pemerintahan British. Ia seakan
bentuk penjajahan yang berlaku ke atas negara mereka, sepertimana juga boleh
digambarkan dengan apa yang berlaku di Tanah Melayu. Di Palestin, para penduduk
mereka termasuk para ulama’ terus berjuang untuk mencari keadilan dan
membebaskan negara mereka dari cengkaman pihak luar. Nama-nama seperti Haji
Husaini, Mufti Palestin, terkenal dengan sikap yang ditunjukkan beliau dalam
menentang dasar-dasar pihak penjajah yang mula berlembut dengan golongan Yahudi
dan membawa golongan ini masuk ke Palestin. Ini adalah sebahagian dari usaha
pihak Zionis untuk menyelamatkan golongan Yahudi yang ditindas diEropah,
lebih-lebih lagi diEropah Timur.Usaha golongan Yahudi ini sebetulnya didalangi
oleh Pertubuhan Zionis, satu kumpulan yang ditubuhkan pada asalnya untuk
membela golongan Yahudi. Tetapi oleh kerana ia dipimpin oleh golongan sekular,
maka sebahagian mereka ingin menubuhkan sebuah negara. Ini juga terkandung di
dalam dokumen yang dikenali sebagai Judenstat atau The State of Israel. Ia
adalah hasil daripada pemimpin pertama Pertubuhan Zionis, iaitu Theodor Herzl.
Dokumen ini telah menjadi bahan utama dalammereka mencari jalan untuk
menubuhkan sebuah negara bagi golongan Yahudi.
Agenda Zionis2 dalam
Menakluk Palestin
Hasrat Zionis berjaya
dikembangkan selepas kerajaan Islam Turki Uthmaniyah lemah dan tidak dapat
mempertahankan tanah penduduk Islam. Walaupun Sultan Abdul Hamid II tidak
membenarkan permintaan untuk mewujudkan negara Israel
*Mohd Roslan Mohd Nor, PhD,
merupakan Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui email: m_roslan@um.edu.my.
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.