Total Pageviews

Saturday 4 May 2019

Kadar caj Hospital swasta melampau





Hospital swasta caj melampau diselar




KUALA LUMPUR 28 Julai - Beberapa buah hospital swasta terkemuka di negara ini didapati mengenakan caj rawatan tersembunyi yang melampau dan tidak munasabah kepada pesakit mereka.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai yang terpaksa membayar bil rawatan tinggi tanpa mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada hospital berkenaan. 

Menurutnya, hospital swasta berkenaan turut mengenakan kos-kos tersembunyi yang hanya diketahui pesakit sewaktu proses pembayaran dilakukan.

“Sebagai contoh, pesakit yang menerima rawatan di hospital, setiap kali jururawat bertegur ‘Hai’ dan ‘Apa Khabar’ sahaja, ada yang dikenakan caj sehingga RM700 hingga RM1,000.

“Malah, ada doktor yang bercuti dan tidak merawat pesakit, tetapi apabila bil dikeluarkan seolah-olah doktor tersebut ada membuat rawatan terhadap pesakit dan hospital mengenakan caj ikut suka hati mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Pegawai Kerja PPIM, Datuk Mohd. Mustaffa Hamzah.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, pihaknya menerima sebanyak 50 aduan sepanjang tahun ini mengenai kadar caj rawatan tinggi yang melampau dikenakan hospital swasta.

Beliau berkata, banyak aduan bukan sahaja melibatkan rakyat tempatan tetapi juga warga asing yang mendapatkan rawatan di negara ini melalui perkhidmatan pelancongan kesihatan.

“Kita minta kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk mendenda hospital berkenaan dan jika boleh batalkan lesen hospital swasta tersebut yang didapati mengambil kesempatan untuk mengaut untung berlebihan.

“Malah, kita juga minta setiap hospital dilengkapkan dengan notis papan tanda aduan pelanggan terus kepada pihak pentadbiran hospital swasta bagi memudahkan pengguna membuat sebarang aduan,” jelasnya. 










..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.