Khasiat
Bayam Brazil
Senang
Ditanam Dan Sedap Dimakan
Bayam
Brazil atau juga dikenali sebagai Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu
dan juga Samba Lettuce agak popular sejak kebelakangan ini. Banyak ‘group’ di
Facebook yang saya ikuti bercerita mengenai sayuran hijau ini yang dikenali
juga dengan nama saintifiknya Althernanthera Sissoo.
Bentuk
daunnya menghijau dan tidak berlendir serta rangup sering dijadikan sebagai
salad, masak tumis serta beberapa resipi lain yang mudah disediakan terutama
dalam masakan barat. Memakan sayur ini secara mentah/ulam juga menjadi pilihan
kebanyakkan orang pada masa kini.
Khasiat Bayam Brazil
Selain
sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu,
1.
Melawan
kanser
2.
Mengekalkan
kesihatan mata
3.
Sumber
vitamin K
4.
Menguatkan
tulang
5.
Membantu
menurunkan berat badan
6.
Meningkatkan
sistem imuniti badan
7.
Membantu
sistem penghadaman
8.
Mengelakkan
daripada sembelit
9.
Membantu
melancarkan darah
10.
Mencegah
anemia
11.
Mengatasi
masalah gusi
12.
Mutrisi
yang baik untuk pembesaran
13.
Mengekalkan
stamina
14.
Mengekalkan
kesihatan mulut
15.
Mengikat
kalsium
16.
Mencegah
penuaan pramatang
17.
Mengekalkan
kesihatan ibu mengandung
Ianya
amat senang ditanam menggunakan keratan batang. Batang yang dipilih mestilah
batang yang keras dan tiada masalah serangan ulat daun serta dari pokok yang
matang. Sediakan medium tanaman seperti tanah hitam yang dicampur sekam bakar
dan semai guna polibeg yang sesuai atau semai terus ke dalam pasu atau di atas
batas tanah dan buat teduhan/letakkan di tempat yang redup.
Siram
dengan air yang cukup pagi dan petang.
Pada
masa akan datang saya akan mencuba menanamnya menggunakan kaedah hidroponik.
Resipi Bayam Brazil
Berikut
adalah resipi-resipi popular menggunakan sayuran bayam ini.
- Sup Bayam Brazil dan Suhun
- Gulai Lemak Bayam Brazil
- Sayur Tumis Bayam Brazil
- Bayam Brazil Goreng Belacan
- Bayam Brazil Goreng Tepung
Anda
boleh Googlekan resipi yang terperinci dan boleh cuba sendiri. Saya sendiri
baru mencuba masak tumis dan ia menjadi kegemaran kami sekeluarga.
Anda
boleh rujuk Kategori Petanian
untuk maklumat lain ya.
Kredit:
Facebook
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.