Total Pageviews

Saturday, 4 May 2019

Rahsia Umur 100 tahun





PADANG TERAP 10 Feb. - Jika masyarakat hari ini menjadikan buah-buahan seperti betik atau epal sebagai pencuci mulut, seorang wanita yang kini berusia 100 tahun gemar memakan buah pinang setiap kali selepas makan nasi sekali gus menjadi rahsia dia bebas daripada sebarang penyakit.

Meliah Md. Diah yang masih mampu berjalan memberitahu, dia akan menumbuk pinang menggunakan gobek untuk menghancurkannya terlebih dahulu sebelum dimakan. Ujarnya, dia mengamalkan memakan pinang sejak usia muda dan turut menikmati buah itu pada waktu pagi, petang serta malam.

"Pinang perlu dihancurkan dahulu supaya senang dimakan kerana saya sudah tidak ada gigi, kadang-kadang saya kunyah pinang bersama daun sirih. "Cucu saudara saya akan pastikan bekalan pinang mencukupi, kebetulan pokok pinang ada di sekitar kawasan rumah jadi mudahlah mendapatkannya dan tidak perlu beli di kedai," kata Meliah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nako Nambua di sini hari ini.

Meliah baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila akhbar melaporkan kisah hidupnya yang terpaksa menjaga anak, Abd. Rahman Saud, 62, yang cacat akibat sawan sejak kecil, selepas tiga orang anak dan suaminya, Saud Ismail meninggal dunia. Meliah yang tidak menghidapi sebarang penyakit berkata, ulam- ulaman seperti petai, jantung pisang, pucuk putat dan jering turut diamalkan.

"Cuma telinga saya kurang dengar dan mata sudah kabur tetapi saya masih kenal kalau ada saudara datang menjenguk," ujarnya.

Sementara itu, cucu saudaranya, Siti Zaleha Yunus, 68, berkata, jika diikutkan usia sebenar nenek saudaranya itu lebih 100 tahun.

"Dia beritahu saya, sewaktu buat kad pengenalan dahulu usianya sudah 19 tahun dan ketika itu sudah mempunyai anak kerana dia berkahwin pada usia muda," katanya.

Tambahnya, Meliah yang ketika muda dahulu bekerja sebagai pesawah, memakan beras yang dihasilkan sendiri mengikut kaedah tradisional iaitu dengan menumbuk padi dalam lesung. Beras ini masih segar dan masih ada kulit ari yang kaya dengan vitamin dan pelbagai khasiat. Beras dahulu juga tidak menggunakan baja kimia seperti masa sekarang. Orang zaman dahulu tidak juga menggunakan racun kimia. Malah membajak sawah menggunakan kerbau dan peralatan bajak tradisional.

"Macam sekarang, kami beli sahaja beras kerana mana ada orang menghasilkan beras menggunakan kaedah lama lagi namun dia tetap berselera makan. "Selain itu Meliah juga gemar memakan ikan keli terutama ikan keli bakar atau masak kari dan setiap kali ke pasar dia akan kirim kepada saya," katanya. Pinang-ulam-rahsia-usia-100-tahun

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.