Total Pageviews

Wednesday, 30 November 2016

sabah-herbs-spices-packed-with-antioxidants


KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) researchers in collaboration with Pop Nzyme Sdn Bhd have completed a research on 10 products developed by the company based on Sabah herbs and spices.
The local herbs and spices used included Manjakani, Tongkat Ali Merah, Cinnamon, Lingzhi mushroom and ginger.
Edward Leong, the proprietor of Pop Nzyme Sdn Bhd, has developed these products with Grape enzyme as a key ingredient.
The UMS researchers, Dr Wong Nyet Kui and Dr Sivakumar Kumaresan, from the Phytochemical Processing Research Group in the Material and Mineral Research Unit, School of Engineering and Information Technology, ran tests on the antioxidant, anti-microbial and cytotoxicity levels of the products.
They found that all the products contained high antioxidant levels, above 80% inhibition levels for even low concentrations, which are higher than most juice supplements as well as local herbs studied in literature.
Products with high antioxidant levels can promote anti-aging and have been linked to enhancing our immune system. In addition, one of the products, POP P2, which contains Manjakani extracts, showed high antioxidant levels as well as antimicrobial properties, which is similar to garlic, which is one of the more potent natural antimicrobials. This means that POP P2 may protect the body in the event of infection, possibly due to the Manjakani content.
In addition, two products, POP P2, which contain Manjakani and PE10, which contains Tongkat Ali Merah, showed some moderate levels of cytotoxicity, which may indicate some anti-cancer effects.
The company is looking into developing more products from local Sabah herbs and spices as it has found that the products are safe and effective.
The UMS researchers are grateful for the opportunity to assist a local herbal manufacturer and hope to continue assisting other manufacturers.


Tuesday, 29 November 2016

Rahsia Lelaki Tertua di Kelantan





Allahyarham Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah turut menyimpan tongkat yang dihadiahkan kepadanya oleh bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PASIR MAS – Warga emas yang didakwa berusia 161 tahun meninggal dunia pada jam 9.45 malam kelmarin di rumahnya di Kampung Pohon Gelugor, di sini, selepas demam selama tiga hari.
Anaknya, Osman Mat Salleh, 61 memaklumkan, Allahyarham Mat Salleh Ali atau lebih mesra dengan panggilan tok ayah tidak pernah menghidap apa-apa penyakit dan masih kuat menjalani aktiviti harian sebelum ini.
Menurutnya, hanya beberapa hari lalu, Mat Salleh demam secara tiba-tiba dan pada waktu malam, keluarganya melihat Mat Salleh sudah tidak bermaya.
“Sepanjang waktu ayah demam, dia hanya berzikir dan kemudiannya pergi meninggalkan kami. Ayah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu pada jam 11 pagi ini (semalam),” katanya.
Allahyarham Mat Salleh merupakan anak kedua daripada enam beradik serta merupakan salah seorang daripada tiga yang berumur panjang sebelum dia menghembuskan nafas terakhir dengan meninggalkan lebih 50 cucu, 20 cicit dan 10 piut.
Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, Allahyarham Mat Salleh mendakwa lahir pada tahun sama pahlawan Kelantan, Mat Hassan Panglima Mat Munas atau Tok Janggut dilahirkan, iaitu pada 1853 walaupun tarikh lahir dicatatkan pada kad pengenalannya ialah 18 Disember 1919.
Allahyarham Mat Salleh juga mendakwa mempunyai 12 anak dengan enam daripadanya masih hidup termasuk anak sulungnya yang dikatakan telah berusia lebih 80 tahun dan kini menetap di Kerambit, Pahang.
Allahyarham pernah menceritakan, dia sudah mempunyai tiga anak sebelum penjajahan Jepun di Tanah Melayu, empat anak semasa era penjajahan Jepun namun enam daripada mereka telah meninggal dunia.
Antara yang pernah diceritakan oleh Allahyarham adalah perkahwinannya dengan lebih 30 wanita namun tidak dapat memastikan bila kali terakhir dia mendirikan rumah tangga.
Allahyarham juga turut berkongsi rahsia kesihatannya yang sering mengamalkan minum air daripada perigi, tidak mengambil minuman berais, tidak menggunakan tilam ketika tidur dan pantang mengambil ubat sejak kecil.
Mat Salleh yang merupakan tukang rumah pada usia belianya juga dikenali dengan ketinggian ilmu agama serta amalan rohani dan telah mendapat pendidikan awal di sebuah institusi pondok di daerah ini. Sinar Harian
[signoff1]
Laporan Harakahdaily: Tok Guru Nik Aziz kunjungi lelaki berusia 160 tahun
TANAH MERAH: Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun usianya mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun.
Percaya atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan.
Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang.
Wajahnya tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak.
Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.
Anggota keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.
“Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini.
Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mantan Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang.
Stapa memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.
“Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah.
“Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja.
“Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula,” katanya.
Cucu Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun.
Sementara itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126 tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau.


Monday, 28 November 2016

Doktor Jual Bayi

AL-JAZEERA DOCUMENTARY – “MALAYSIA: BABIES FOR SALE”


The Ministry of Health wishes to refer to the documentary aired by international TV network Al-Jazeera, titled “Malaysia: Babies for Sale”, on 25 November 2016. The Ministry takes very serious attention to the numerous issues that have been highlighted in this documentary.

Among others, this documentary raised issues related to the professionalism and the ethics of doctors involved in this unscrupulous practice, and the conduct of practice in the delivery of healthcare services in the country.

All medical practitioners are expected at all times to observe proper standards of personal behaviour in keeping with the dignity of the profession. Breach of the outlined standards of the professional ethics, i.e. involved in human trafficking activities, may amount to conduct that is derogatory to the reputation of the medical profession. On the other hand, all private healthcare facilities and services in Malaysia are controlled and regulated under the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 and its subsidiaries.

It is the responsibility of the healthcare facilities’ certificate / license holders to ensure that all the practices in the centres are within the legal ambit of any written laws in Malaysia. On that note, the Ministry has already initiated an investigation specifically towards the doctors and healthcare facilities highlighted in this documentary.

Depending on the result of the investigations, actions will be taken accordingly towards the doctors and healthcare facilities. This might include disciplinary actions by the Malaysian Medical Council, which may lead to deregistration (struck off) of the doctor from the Medical Register under the Medical Act 1971; revoke the certificate/license of the centres. At the same time, the Ministry is urging the public to help curb this activity, by being more alert and willing to come forward with the relevant information, for further action by the relevant agencies.

Thus, the participation of the community to be hand-in-hand with the Ministry in safeguarding the patients’ safety and the quality of our healthcare system is highly appreciated to assist in putting a stop to this dissolute activity.

DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
MINISTER OF HEALTH MALAYSIA

26 th November 2016

Malaria






Ada lima jenis Plasmodium yang menyebabkan penyakit malaria, iaitu:
1. Plasmodium Vivax, menyebabkan malaria vivax yang disebut juga sebagai malaria tertiana.

2. Plasmodium falciparum, menyebabkan malaria falciparum yang  disebut juga sebagai malaria tersiana.

3. Plasmodium malariae, menyebabkan malaria malariae atau malaria kuartana kerana serangan demam berulang pada tiap hari keempat.

4. Plasmodium ovale, menyebabkan malaria ovale dengan gejala mirip malaria vivax. Malaria ini merupakan jenis ringan dan dapat sembuh sendiri

5. Plasmodium Knowlesi – plasmodium mungkin ada dalam darah monyet





Malaria





Ada lima jenis Plasmodium yang menyebabkan penyakit malaria, iaitu:
1. Plasmodium Vivax, menyebabkan malaria vivax yang disebut juga sebagai malaria tertiana.

2. Plasmodium falciparum, menyebabkan malaria falciparum yang  disebut juga sebagai malaria tersiana.

3. Plasmodium malariae, menyebabkan malaria malariae atau malaria kuartana kerana serangan demam berulang pada tiap hari keempat.

4. Plasmodium ovale, menyebabkan malaria ovale dengan gejala mirip malaria vivax. Malaria ini merupakan jenis ringan dan dapat sembuh sendiri

5. Plasmodium Knowlesi – plasmodium mungkin ada dalam darah monyet





Lalat


Lalat

Ada berbagai species Lalat. Namun yang biasa terdapat di Malaysia adalah species Musca Domestica dan Chrysomyia megacephala. Lalat adalah serangga pembawa penyakit. Awas sekiranya anda melihat lalat di kedai makan ini bermakna premis makanan tersebut berisiko menyebarkan penyakit berjangkit.

Antara sebab lalat banyak berkembang biak di sesuatu kawasan adalah:
1.   Tabiat membuang sampah merata rata.
2.   Membuang makanan merata rata
3.   Membuang najis ayam atau apa apa najis merata rata tanpa tudung sempurna.
4.   Bangkai haiwan atau sisa ikan yang tidak ditanam dengan sempurna.
5.   Sistem buang sampah terbuka.


Langkah mengurangkan lalat.
1.   Melaksanakan sistem ladang ayam tertutup
2.   Kesedaran orang awam tidak buang sampah merata rata
3.   Pembuangan sisa ikan yang tertutup dan sistematik


Sedarlah hak anda. Sekiranya anda melihat banyak lalat di kedai makan adalah menjadi tanggungjawab dan hak anda untuk mencari kedai yang lebih bersih.












Sunday, 27 November 2016

LOGAM BERAT & KIMIA PERKAKAS DAPUR

ISU KANDUNGAN LOGAM BERAT DAN BAHAN KIMIA DALAM PERKAKAS DAPUR SERAMIK


Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan oleh akhbar The Star pada 9 Julai 2016 di mukasurat 14 bertajuk "Health risk in household ware".

Laporan itu menyatakan bahawa kajian awal yang dijalankan oleh pihak Malaysian Association of Standard Users bersama Greenfinite Sdn Bhd mendapati bahawa kesemua lapan perkakas dapur seramik yang diuji mereka dengan kaedah X-ray Fluorescence Spectrometry mengandungi logam berat dan bahan kimia pada paras yang tinggi.

Mengikut subperaturan 28(4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983, barangan seramik yang digunakan dalam penyediaan, pembungkusan, penstoran, penyerahhantaran atau pendedahan makanan perlu diuji mengikut Malaysian Standard MS 1SO 6846-1 Ceramic ware, glass ceramic ware and glass dinnerware in contact with food – Release of lead and cadmium –

Part 1: Test method. Jumlah plumbum dan cadmium yang dibebaskan daripada barangan seramik tersebut tidak boleh melebihi kadar maksimum yang dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan tersebut.

Kegagalan mematuhi peraturan tersebut 2 adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua (2) tahun.

Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan bahawa kaedah analisis X-ray Fluorescence Spectrometry yang digunakan oleh pihak Malaysian Association of Standard Users adalah berbeza dengan kaedah yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan.

Malaysian Association of Standard Users menggunakan kaedah analisis X-ray Fluorescence Spectrometry untuk mengukur kandungan logam berat yang terdapat dalam perkakas dapur seramik dan bukannya kandungan logam berat yang dibebaskan oleh perkakas dapur seramik.

Dalam hal ini, kaedah analisis yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sepertimana yang diperuntukkan dalam subperaturan 28(4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah lebih sesuai kerana ia menganalisa kandungan logam berat yang dibebaskan oleh perkakas dapur seramik ke dalam makanan bagi tujuan menilai risiko kepada pengguna.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan telah menjalankan pemantauan ke atas perkakas dapur seramik yang dijual di pasaran dan sehingga kini hasil pemantauan menunjukkan bahawa hanya satu perkakas dapur seramik dikesan membebaskan logam berat plumbum melebihi had yang dibenarkan. Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkaraperkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

Dengan penguatkuasaan yang bersungguh dan berterusan, Kementerian Kesihatan memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti 3 makanan adalah terkawal.

Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat aduan berkaitan keselamatan makanan.


DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
10 Julai 2016


KAPSUL PLASENTA TIDAK BERDAFTAR


PENJUALAN KAPSUL PLASENTA TIDAK BERDAFTAR DI LAMAN MEDIA SOSIAL FACEBOOK


Kementerian Kesihatan Kementerian telah menerima aduan mengenai penjualan kapsul plasenta melalui laman Facebook yang berleluasa kebelakangan ini.

Semakan mendapati produk yang diadu iaitu kapsul plasenta yang diiklankan di dalam laman Facebook oleh Ashley HauYi adalah produk tidak berdaftar.

Oleh yang demikian, orang awam tidak digalakkan untuk mengambil produk tidak berdaftar ini kerana keselamatan penggunaan produk - produk tersebut tidak dapat dijamin. Berkenaan pertanyaan pengadu tersebut terhadap kesan pengambilan plasenta untuk ibu dan bayi yang menyusu badan, kajian (literature review) yang dijalankan oleh Northwestern University, US mengulas bahawa risiko pengambilan plasenta kepada ibu dan bayi yang menyusu adalah tidak diketahui kerana kajian yang dijalankan tidak mengumpul maklumat dari aspek ini.

Kajian yang sama juga membuat kesimpulan bahawa tiada bukti yang menyokong tuntutan manfaat pemakanan plasenta seperti perlindungan terhadap kemurungan selepas kelahiran atau peningkatan penghasilan susu badan.

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi memandang serius penjualan produk tidak berdaftar di pasaran atau secara atas talian (online) ini. Bahagian Penguatkuasa Farmasi dan cawangannya di setiap negeri di Malaysia telah memulakan aktiviti pemantauan laman web dan media sosial yang aktif menjual dan mengiklankan produk farmaseutikal 2 secara haram sejak 2013.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penjualan produk tersebut. Penjualan produk farmaseutikal di mana-mana medium termasuk media sosial adalah dikawal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semua produk perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum diimport, dikilang, dijual atau dibekalkan. Di samping itu, penjual juga mesti memohon kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat sebelum mereka boleh mengiklankan produk mereka di media sosial atau mana-mana medium lain.

Pengguna perlu tahu semua produk ubat dan kesihatan perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk ubat yang berdaftar wajib mempunyai nombor pendaftaran MAL dan label Hologram MeditagTM.

Pengguna diingatkan untuk tidak membeli produk kesihatan yang tidak berdaftar di pasaran termasuk secara online. Penggunaan ubat yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan pengguna. Bahagian ini juga mengalu-alukan sebarang aduan daripada orang ramai sekiranya terdapat individu atau premis yang menjual ubat tidak berdaftar di pasaran atau secara online.

Pengguna boleh menyemak status pendaftaran produk kesihatan di laman web Bahagian Perkhidmatan Farmasi, www.pharmacy.gov.my atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, www.bpfk.gov.my .  Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui Facebook rasmi penguatkuasaan farmasi iaitu Pilih Ubat Berdaftar.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

4 Julai 2016

Dexamethasone bahaya pada anda



AMARAN KEPADA ORANG AWAM MENGENAI PENGAMBILAN PRODUK TIDAK BERDAFTAR ‘HAI LENG HAI BEH HERBAL ITCH REMOVING CAPSULE’


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Sin Chew Daily pada 5 Mei 2016 bertajuk ‘Female Accountant Experienced Moon Face and Weight Gain (8kg) after Consuming Anti-Itch Pill’ yang telah melaporkan tentang amaran oleh pihak Health Sciences Authority (HSA), Singapura yang dikeluarkan kepada orang awam agar tidak mengambil produk dengan nama ‘Hai Leng Hai Beh Herbal Itch Removing Capsule’ (‘龙海马止痒丸’).

Produk ini dikesan mengandungi bahan campurpalsu iaitu dexamethasone, chlorpheniramine dan paracetamol yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius.

Laporan tersebut menyebut bahawa seorang wanita berumur 40 tahun telah mengalami kesan sampingan peningkatan berat badan yang mendadak dan muka membulat setelah menggunakan produk tersebut selama dua (2) bulan untuk masalah kegatalan kulit.

BAHAN CAMPURPALSU YANG DIKESAN DALAM PRODUK Ketiga-tiga bahan yang dikesan adalah tidak dibenarkan dalam produk tradisional di Malaysia.

Dexamethasone dan chlorpheniramine adalah ubat yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 manakala paracetamol pula merupakan ubat di bawah kategori over the counter (OTC).

i. Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius. Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan serta sindrom cushing yang dicirikan dengan muka membulat (moon face) dan peningkatan berat badan dengan obesiti di bahagian tengah badan (central obesity).

ii. Chlorpheniramine adalah sejenis antihistamin yang digunakan untuk melegakan selesema serta reaksi alahan seperti ruam. Kesan sampingan chlorpheniramine termasuk mengantuk, penglihatan kabur, muntahmuntah, sembelit dan kelemahan koordinasi anggota badan.


iii. Paracetamol merupakan ubat untuk mengurangkan kesakitan serta demam. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati sekiranya digunakan pada dos berlebihan (melebihi 4gm sehari).

NASIHAT KEPADA ORANG AWAM

Semakan mendapati produk ini adalah tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM.

Nombor pendaftaran yang dicetak pada label produk iaitu MAL05052021TC didapati palsu.

Oleh itu, orang awam digesa supaya tidak membeli atau menggunakan produk-produk tidak berdaftar dengan PBKD kerana tidak dijamin kualiti dan keselamatannya.

Orang awam yang sedang menggunakan produk ini adalah dinasihatkan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari profesional kesihatan.

Pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangkamasa yang lama dinasihatkan supaya tidak memberhentikan penggunaannya dengan secara mendadak kerana ini boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan (akibat withdrawal syndrome yang serius dengan pemberhentian steroid secara mendadak).

Orang awam boleh menyemak status pendaftaran produk dengan melayari laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) iaitu www.bpfk.gov.my atau menghubungi BPFK di talian 03-78835400.

Sekiranya didapati terdapat produk tidak berdaftar dalam pasaran, orang ramai digalakkan untuk membuat aduan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM melalui laman sesawang www.pharmacy.gov.my  atau talian 03-78413200/3396.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

17 Mei 2016

RACUN PEROSAK DALAM BIJIRIN

ISU RESIDU RACUN PEROSAK GLYPHOSATE DALAM PRODUK MAKANAN BIJIRIN


Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu residu racun perosak glyphosate dalam produk makanan bijirin jenama Quaker Oats yang disiarkan melalui laman web Fox News dan New York Post serta menjadi viral di media sosial kebelakangan ini.

Laman web tersebut melaporkan seorang pengguna di Brooklyn, Amerika Syarikat telah mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar makanan bijirin jenama Quaker Oats kerana syarikat tersebut didakwa menyembur glyphosate ke atas oat sebagai agen pengering sejurus sebelum oat dituai.

Glyphosate merupakan sejenis racun rumpai. Di bawah sub peraturan 41(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kadar maksimum residu glyphosate yang dibenarkan dalam makanan bijirin termasuk oats adalah 30mg/kg.

Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan telah menjalankan pemantauan ke atas produk makanan bijirin oat yang dijual di pasaran tempatan dan sehingga kini hasil pemantauan menunjukkan glyphosate tidak dikesan.

Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkaraperkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna melalui penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh dan berterusan demi memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan adalah terkawal.

Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat aduan berkaitan keselamatan makanan.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

28 Mei 2016

Kelahiran Dalam Air

MOH PROPOSED GUIDELINES & AUDIT ON WATER BIRTH


Ministry of Health is aware that water birth has been practiced in some private hospitals in Malaysia for several years. However there are growing concerns that more women are opting for this kind of birthing method. Although the numbers are still small, it is of utmost important that this method must be ensured to be safe for both the mother and the baby.

This concern for patient safety has led the Ministry of Health’s effort to formalize a set of guidelines and audit to ensure the safety of women choosing this option of water birthing as their mode of delivery. In 2013, the Ministry of Health convened a meeting with a group of experts in this field to review the water birth practice in both local and international setting.

They concluded that there is no significant benefit of water birth over conventional birthing process. However, there are concerns of the increased risk of complications to both mother and baby who opted water birth. Furthermore, there is a significant gap in the local setting as water births are not part of the local training curricula of the advanced diploma in midwifery, nor in the training of Obstetricians and Gynaecologist in Malaysia.

Therefore, any hospital that wishes to offer water birth facilities and services need to fulfil certain criteria, among others are:
1. The mothers’ pregnancy should be straightforward pregnancy.
2. The facility must have the ability to treat any emergency that may arise to either the mother or the baby during and after the process of labour. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 12, Blok E7, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya Tel : 603-8883 2545 Faks : 603-8889 5542 2
3. The facility must have appropriate equipment (capable underwater fetal monitoring) which can be used to monitor the progress of both mother and baby during the process of labour.
4. All healthcare personnel including doctors, midwives and nurses involved in the process of water birth must have adequate training in the method.
5. Necessary precautionary measures are in place to reduce the risk associated with water birth, for instance infection control measures.

These are some of the criteria, which have been proposed by the expert committee to be incorporated into the guideline for water birth in Malaysian hospital.

This guideline and audit framework is currently in the final stage of formalisation and once implemented, hospital that wishes to provide water birth facilities and services may apply to the Ministry of Health. If they satisfactorily comply with the stipulated requirements, they may be allowed to provide this service.

Patient safety is of paramount importance to the Ministry of Health in regulating any birthing method.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Director-General of Health Malaysia

13TH JULY 2016

MINYAK MASAK KITAR SEMULA

DAKWAAN MINYAK MASAK KITAR SEMULA DI PASARAN


Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan dalam beberapa akhbar yang memetik bahawa Kementerian Kesihatan akan mengarahkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan pemeriksaan terhadap minyak masak paket bersubsidi bagi memastikan hanya minyak sawit yang dijual dan bukan minyak masak kitar semula.

Pemeriksaan tersebut dilakukan bagi menjamin keselamatan pengguna selain memastikan tiada penipuan penjualan minyak masak kitar semula.

Sejak tahun 2015 sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah menjalankan pemeriksaan terhadap kesemua 214 premis pembungkus minyak masak (repacker) termasuk minyak masak dalam paket dan mendapati tiada bukti premis-premis tersebut ada memproses atau membungkus minyak masak kitar semula.

Hasil pemeriksaan ke atas 33,352 premis outlet makanan juga mendapati kesemua premis tersebut tidak menggunakan minyak masak kitar semula. Di samping itu, hasil analisa terhadap 115 sampel minyak masak dalam paket yang terdiri daripada 88 jenama di pasaran mendapati ia tidak diadukkan dengan minyak masak kitar semula.

Kementerian Kesihatan akan meneruskan pemantauan terhadap minyak masak dalam paket di pasaran.

Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa pengimportan, pengilangan dan penjualan minyak masak kitar semula adalah tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983.

Mana-mana orang yang didapati mengimport, mengilang dan menjual minyak masak kitar semula yang boleh memudaratkan kesihatan, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 di mana jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi tempoh 10 tahun atau kedua-duanya.

Kementerian Kesihatan mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung minyak masak kitar semula termasuk alamat premis yang terlibat agar menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my
atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

14 November 2016

BAYI BERUMUR 5 HARI DICULIK


KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
KEJADIAN BAYI BERUMUR 5 HARI DICULIK DI HOSPITAL TANAH MERAH


Kementerian Kesihatan Malaysia merujuk kepada kejadian “Bayi 5 Hari Diculik Di Hospital Tanah Merah (HTM)” sepertimana yang dilaporkan oleh kebanyakan akhbar arus perdana pada 16 dan 17 November 2016.

Insiden tersebut berlaku di Hospital Tanah Merah, Kelantan pada 15 November 2016 semasa waktu melawat sebelah petang di mana terdapat ramai pelawat di kawasan wad.

Salah seorang ibu yang melahirkan anak di hospital tersebut telah datang pada sekitar jam 8.30 malam untuk menyusukan anak beliau tetapi mendapati bayi beliau telah dibawa keluar oleh pasangan yang tidak dikenali.

Laporan polis telah dibuat oleh pihak Hospital Tanah Merah dan juga keluarga.
Pihak polis telah menjalankan siasatan dengan mengambil keterangan kakitangan hospital dan dokumen pesakit.

Walaubagaimanapun dengan tindakan pantas pihak polis, bayi tersebut telah dijumpai pada malam yang sama.

Pihak polis juga telah menahan reman suspek yang membawa keluar bayi tersebut untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Siasatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan pihak Hospital Tanah Merah mendapati bahawa proses discaj telah tidak dipatuhi sepenuhnya semasa bayi dibenarkan pulang, di mana staf dan pengawal keselamatan bertugas tidak mengambil langkah-langkah yang sepenuhnya untuk mengenal pasti identiti ibubapa semasa discaj.

Perkara ini tidak bertepatan dengan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil1/2007: Garis Panduan Sistem Kawalan Keselamatan Bayi di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pihak hospital perlu memastikan mana-mana ibu dan bayinya yang baru lahir diberikan pengenalan diri melalui tag nama atau apa-apa peranti lain (bracelet) yang sesuai, yang mengandungi maklumat termasuk nama penuh ibu serta tarikh lahir dan jantina bayi.

Tanda pengenalan diri ini perlu disemak terutamanya semasa apa-apa pengendalian bayi dan sebelum meninggalkan bilik bersalin dan/atau wad.

Pihak KKM memandang serius insiden terpencil ini dan berpendirian bahawa ianya tidak sewajarnya berlaku di mana-mana hospital, sama ada hospital kerajaan atau swasta.

Dalam hal ini, Kementerian telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta-merta kepada pihak hospital tersebut bagi mengelakkan hal yang sama daripada berulang.

Selain memastikan Garis Panduan Sistem Kawalan Keselamatan Bayi di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dipatuhi sepenuhnya, pihak Hospital Tanah Merah juga telah diminta membuat penambahbaikan seperti berikut:
· Penggunaan kad menunggu untuk ibu yang datang untuk menyusukan anak
· Penggunaan kad pengenalan ibu untuk membawa keluar bayi. Jika ibu tidak hadir bersama, bapa atau waris perlu membawa bersama kad pengenalan ibu berserta surat nikah.
· Mengasingkan Wad Specialised Care Nursery (SCN) daripada Wad Pediatrik sedia ada bagi membolehkan kawalan ketat keluar masuk bayi dapat dilakukan dengan lebih baik.
· Rekod untuk bayi keluar mesti disenaraikan dalam 2 salinan, satu salinan untuk jururawat dan satu salinan diserahkan kepada pengawal keselamatan dan ditandatangani oleh ibubapa semasa bayi dibawa keluar.

Untuk makluman, Kementerian juga telah mengeluarkan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 1/2007: Garispanduan Sistem Kawalan Keselamatan Bayi di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia pada September 2007, sebagai panduan untuk sistem kawalan keselamatan bayi di hospital-hospital KKM termasuk memastikan keselamatan bayi di wad terjamin, tiada kehilangan atau penukaran bayi berlaku sepanjang bayi berada di dalam hospital sehingga discaj.

Pekeliling tersebut telah pun disemak semula dan arahan telah dikeluarkan kepada semua Jabatan Kesihatan Negeri untuk mematuhi garispanduan tersebut.

Pihak Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak mematuhi arahan ini.

Kementerian berasa kesal dengan insiden yang berlaku ini dan mengingatkan semua hospital untuk mengambil berat dan meneliti semula proses kerja serta amalan staf serta meningkatkan tahap keselamatan di hospital masing-masing agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi, sama ada di hospital Kerajaan ataupun swasta.

Kementerian juga sangat mengalu-alukan kerjasama daripada orang awam terhadap pematuhan peruntukan perundangan berkaitan pengenalan diri ini oleh mana-mana fasiliti kesihatan di Malaysia, sebagai contoh memastikan pihak hospital menunjukkan pengenalan diri tersebut setiap kali apabila berlaku pergerakan bayi ketika dipisahkan dan dikembalikan kepada ibu mereka.

Langkah ini seharusnya dapat membantu Kementerian dalam mengelakkan perkara sebegini berulang lagi dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 November 2016

SUSU MENTAH DIMINUM TERUS



ISU SUSU MENTAH DIMINUM TERUS TANPA PERLAKUAN HABA








Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum bahawa terdapat penjualan susu mentah untuk diminum terus tanpa perlakuan haba.

KKM mendapat maklumat pihak tertentu mempromosikan susu mentah yang tidak dikenakan perlakuan haba dengan menyatakan kawalan rantaian sejuk adalah dikekalkan dan susu tersebut adalah selamat untuk diminum terus.

KKM ingin menegaskan bahawa meminum susu mentah termasuk susu lembu dan kambing tanpa perlakuan haba seperti pendidihan atau pempasteuran boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami jangkitan penyakit seperti bovine tuberculosis (bovine TB) dan brucellosis kerana susu mentah boleh mengandungi bakteria berbahaya seperti mycobacterium bovis dan brucella.

Di samping itu juga, meminum susu unta mentah tanpa perlakuan haba seperti pempasteuran disyaki menjadi punca jangkitan penyakit Middle East Respiratory Syndrome (MERS) dalam beberapa kes kerana susu mentah berkenaan berkemungkinan mengandungi virus MERS-CoV.

Penyakit-penyakit ini boleh membawa maut. Penjualan susu mentah tanpa perlakuan haba adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 51(1A), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983 yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2016 dan sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun.

KKM menyeru orang ramai supaya tidak meminum terus susu mentah tanpa perlakuan haba. Sekiranya membeli susu mentah, orang ramai 2 hendaklah mendidihkan susu tersebut sebelum meminumnya.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my   atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan

20 November 2016