Coklat berkhinzir
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis
sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk
dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond
mengandungi DNA babi (porcine). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury
Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu
dari pasaran dengan serta-merta.
Katanya, siasatan
dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan
selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk Coklat
Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam
rangkaian media sosoal, semalam.
"Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (babi) (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk. "Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya," kata kenyataan itu.
"Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (babi) (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk. "Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya," kata kenyataan itu.
Dua sampel yang disahkan
mengandungi DNA Khinzir itu babi ialah Coklat Susu dengan Kacang Hazel –
Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2
yang bertarikh luput 13 November 2014; dan satu lagi Coklat Susu dengan Buah
Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.)
221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
"Tindakan berkenaan
diambil mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang
antara lain bertujuan melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi
kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan
perkara-perkara berkaitan dengannya,” katanya dalam kenyataan itu. Dr Noor
Hisham menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada
label produk sebelum membeli atau memakannya.
“Sekiranya pengguna
mempunyai sebarang persoalan, boleh mengemukakan kepada kementerian melalui
laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq
Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine)
dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar
luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial
tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di
dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.
Akta Makanan
1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi
orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan,
penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Hasil siasatan
oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis
DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua
(2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:
Coklat Susu
dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch
no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan
Coklat Susu
dengan Buah Badam – Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok
(batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
Manakala, satu
(1) lagi sampel Coklat Susu – Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA
khinzir (porcine).
Pihak pengeluar
iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan
memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta. KKM
menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label
produk sebelum membeli atau memakannya. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang
persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
Kenapa baru didedah ?
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan
keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya
selepas tiga bulan analisis itu dilakukan. Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim
Johan berkata, keputusan itu juga hanya
dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan
ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna. Beliau turut mendakwa,
pihaknya dimaklumkan masih terdapat kira-kira 15 produk lain dipercayai
mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) babi namun belum didedahkan KKM
kepada umum boleh jadi kerana takutkan rakyat menjadi panik.
“Kenapa baru
sekarang maklumat ini didedahkan sedangkan ujian dibuat pada Februari lagi. Dan
jika benar ada 15 produk lain turut mengandungi DNA babi, kenapa masih
dirahsiakan?” katanya, semalam.
Kita tidak tahu berapa banyak lagi
produk makanan yang ada DNA babi masih berkeliaran dalam pasaran tetapi
disembunyikan oleh pihak KKM atau Jabatan Kimia kerana para penjawat awam
seperti juruanalisa makmal tidak melapor kerana takut dikenakan tindakan
penjara dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Yang peliknya, Akta Halal telah
diajukan semenjak 15 tahun lepas tapi sampai sekarang masih tidak diluluskan
oleh parlimen. Dimanakah silapnya? Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Akta
Halal yang pernah dicadangkan supaya diluluskan kepada kerajaan 15 tahun lalu
diwujudkan bagi mengendalikan hal seumpama ini, bukannya sekadar bergantung
kepada Akta Perihal Dagangan 2011.
Akibat ketiadaan Akta, syarikat
syarikat pengeluar makanan yang telah menganiaya serta menipu Umat Islam boleh
tersenyum lebar dan mereka terlepas sewenang wenangnya daripada hukuman saman. Mereka
juga boleh menarik balik protein DNA babi daripada produk mereka dan umat Islam
akan kembali membelinya. Tidakkah umat Islam sekarang ini bersikap bacul dan
dayus?
“Insya-Allah Selasa ini (esok) kami
(PPIM) akan panggil semua NGO (badan bukan kerajaan) Islam untuk bersama
menyatakan bantahan serta mengambil tindakan terhadap Cadbury mewakili seluruh
umat Islam di Malaysia. “Ini kerana mereka gagal memastikan produk yang
dihasilkan halal walaupun sudah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). “Kami juga mahu produk Cadbury disita
semuanya, bukan hanya yang disahkan ada DNA babi kerana mengikut Akta Makanan
1983 pun, jika ada keraguan boleh sita semua sekali.
Kita tak mahu kelak ada manipulasi
untuk tukar pembungkusan atau sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Yusof Abdul Rahman meminta pengeluar
coklat itu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai keputusan analisis
itu jika mereka tidak tahu mengenainya.
“Isu ini seolah-olah didiamkan.
Jika ujian
dilakukan pada Februari, adakah Cadbury juga tidak tahu mengenainya atau mereka
mengambil langkah berdiam diri untuk menyelamatkan pasaran? Kami mahukan
penjelasan. Kenapa SPRM tidak menyiasat jika ada pihak tertentu yang telah
mendapat rasuah menghalalkan makanan yang haram ???
Petaling Jaya: Kementerian Kesihatan
(KKM) sedang menyiasat pegawainya yang membocorkan laporan awal ujian Asid
Deoksiribonukleik (DNA) babi dalam coklat Cadbury, sebelum ujian makmal kedua
sempat dijalankan untuk mengesahkan kandungan itu. Timbalan Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, sikap terburu-buru seorang pegawai
kementerian membocorkan laporan awal ujian itu sudah menimbulkan kekeliruan
dalam kalangan orang ramai. “Satu kesilapan sudah dibuat pegawai kita
sendiri... kini, kami sedang menjalankan siasatan dalaman. Kalau didapati
bersalah, kami akan ambil tindakan terhadap pegawai berkenaan. “Jakim dan KKM
membuat ujian makmal mengikut prosedur yang sama. KKM mempunyai 15 makmal bagi
tujuan itu, tetapi ujian produk Cadbury dibuat di makmal di Sungai Buloh
sebelum ia terbocor tanpa pengesahan dalam ujian awal Februari lepas,” jelas
beliau.
Dr Hilmi ditemui pemberita selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Kesihatan Antarabangsa ke-22 2014 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, di sini. Bagaimanapun, beliau menolak unsur sabotaj dalam pembocoran laporan awal ujian itu di laman sosial. Dr Hilmi berkata, sebarang keputusan mengenai status halal atau haram sesuatu produk kelak akan diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat susu Cadbury - Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) disahkan tiada DNA babi.
Dr Hilmi ditemui pemberita selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Kesihatan Antarabangsa ke-22 2014 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, di sini. Bagaimanapun, beliau menolak unsur sabotaj dalam pembocoran laporan awal ujian itu di laman sosial. Dr Hilmi berkata, sebarang keputusan mengenai status halal atau haram sesuatu produk kelak akan diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat susu Cadbury - Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) disahkan tiada DNA babi.
Firman Allah
4:56 Sesungguhnya orang2 yang kafir akan ayat2
Kami, nanti akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap matang (terbakar)
kulit mereka, Kami tukar dengan kulit yang lain, supaya mereka merasai azab.
Sesungguhnya Allah Mahaperkasa, lagi Maha bijaksana.
16:93
Kalau sekiranya Allah menghendaki, niscaya dijadikanNya kamu menjadi satu umat,
tetapi Dia menyesatkan siapa yang dikehendakiNya dan menunjuki siapa yang dikehendakiNya.
Nanti kamu akan diperiksa tentang
apa2 yang telah kamu perbuat.
17:13 Tiap tiap manusia Kami ikatkan usahanya
(amalannya) masing2 ke kuduknya. Pada hari kiamat Kami keluarkan kepadanya
kitab yang diterimanya dengan terbuka.
17:35
Anta sempurnakanlah sukatan, bila anta menyukat dan timbanglah sesuatu dengan
timbangan yang betul. Demikian itulah lebih baik dan paling baik akibatnya.
17:36 Janganlah engkau turut apa2 yang tidak
ada pengetahuan engkau tentang keadaannya. Sesungguhnya pendengaran,
penglihatan dan hati, masing2nya akan diperiksa (menanggungjawab).
17:37
Janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong, sesungguhnya engkau
tiada dapat menembus bumi dan tak akan sampai engkau setinggi gunung.
17:38
Segala yang tersebut itu adalah kejahatannya amat dibenci disisi Tuhanmu.
24:24 Pada hari, yang menjadi saksi atas
mereka, lidah, tangan dan kaki mereka sendiri, tentang apa apa yang mereka
perbuat.
25:77 Katakanlah: Tuhanku tiada peduli
terhadapmu (hai orang orang kafir), jika tak ada ibadatmu. Sungguh anta
mendustakan (AgamaNya), sebab itu siksa mesti akan menimpamu.
32:14 Sebab itu rasailah olehmu (siksa itu),
kerana anta telah melupakan pertemuan hari ini, sesungguhnya Kami telah
melupakan anta pula, dan rasailah olehmu, siksa yang kekal, kerana (dosa) yang
telah anta lakukan.
33:57 Sesungguhnya orang orang yang
menyakiti (mendurhakai) Allah dan rasulNya, niscaya mereka dikutuki Allah di
dunia dan akhirat dan disediakanNya untuk mereka siksa yang menghinakan(nya).
34:5
Orang2 yang berusaha melemahkan (mengalahkan) ayat ayat Kami, untuk mereka itu
siksa yang pedih diantara sejahat jahat siksa.
34:38 Orang2
yang berusaha hendak melemahkan (merosakkan) ayat ayat Kami, mereka itu
dimasukkan ke dalam siksaan.
35:37
Mereka di sana memekik minta tolong (katanya): Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami
(dari dalam neraka ini), nanti kami kerjakan amalan salih, bukan pekerjaan yang
telah kami kerjakan dahulu. Tidakkah Kami lanjutkan umur anta, sehingga dapat
pengajaran orang yang mau menerima pengajaran dan telah datang kepadamu pemberi
peringatan (rasul)? Maka rasailah olehmu (siksa itu), maka tak adalah penolong
bagi orang2 yang aniaya.
35:39 Dia yang menjadikan anta khalifah
(penguasa) di muka bumi. Maka siapa yang kafir, maka atas pundaknya (bahaya)
kekafirannya. Kekafiran itu tiada menambah bagi orang orang yang kafir selain
kebencian di sisi Tuhannya dan kekafiran itu tiada menambah bagi orang orang
yang kafir, selain kerugian.
36:65 Pada hari ini Kami tutup mulut mereka,
dan berbicara dengan Kami, tangan mereka dan menjadi saksi kaki mereka, tentang
apa apa yang telah mereka kerjakan.
38:14 Masing masing (mereka) tidak lain,
hanya mendustakan rasul rasul, sebab itu mereka berhak mendapat siksaanKu.
38:55 Inilah! Sesungguhnya untuk orang orang durhaka
sejahat jahat tempat kembali.
41:20 Sehingga apabila mereka sampai di sana,
menjadi saksilah bagi mereka pendengaran, pemandangan dan kulit mereka, tentang
apa apa yang telah mereka kerjakan.
41:21 Mereka berkata kepada kulitnya:
Mengapakah anta menjadi saksi atas (perbuatan) kita? Sahut kulit itu: Kami
telah dipandaikan bercakap cakap oleh Allah, yang memandaikan bercakap cakap
bagi tiap tiap sesuatu, dan Dia telah menciptakan anta pada pertama kali dan kepadaNya
anta dikembalikan.
41:22 Anta tiada dapat menutupi dirimu, (tatkala
memperbuat dosa) dari persaksian pendengaran, pemandangan dan kulit kulitmu
terhadapmu, bahkan anta menyangka, bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakkan
apa apa yang anta perbuat.
41:40 Sesungguhnya orang2 yang menyangkal ayat ayat
Kami, mereka tiada tersembunyi atas Kami. Manakah yang terlebih baik, orang
yang dijatuhkan ke dalam neraka atau orang yang datang dengan aman pada hari
kiamat? Kerjakan olehmu apa apa yang anta kehendaki, sesungguhnya Dia
Mahamelihat apa apa yang anta kerjakan.
41:41
Sesungguhnya orang orang kafir (ingkar) akan peringatan (Quran), setelah sampai
kepadanya, (akan Kami balas dengan siksaan). Sungguh Quran ini kitab yang
mulia.
43:74 Sesungguhnya orang2 yang berdosa dalam
siksa neraka, serta kekal (di dalamnya).
43:75 Tiada diringankan siksa dari mereka,
sedang mereka berputus asa di dalamnya.
43:76 Kami tiada menganiaya mereka, tetapi
mereka itu orang2 yang aniaya.
43:77 Mereka berseru: Hai Malik (Malaikat
penjaga neraka), hendaklah Tuhanmu mematikan kami. Sahut Malik: Sesungguhnya anta
mesti diam (tetap di sini).
43:78 (Firman Allah): Sesungguhnya Kami telah
mendatangkan kebenaran kepadamu, tetapi kebanyakkan anta benci akan kebenaran
itu.
53:40 Dan bahawa usahanya itu akan
diperlihatkan kepadanya.
58:6 Pada hari Allah membangkitkan mereka
sekalian, lalu dikhabarkanNya kepada mereka apa apa yang telah mereka kerjakan.
Allah telah menghitungnya, tetapi mereka telah melupakannya. Allah menjadi
saksi atas tiap tiap sesuatu.
74:38 Tiap tiap diri manusia tergadai
(terikat) disebabkan usahanya.
99:7 Barang siapa mengerjakan kebaikan,
meskipun seberat zarrah, akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu.
99:8 Barang siapa mengerjakan kejahatan,
meskipun seberat zarrah, akan dilihatnya (balasan) kejahatan itu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.