Total Pageviews

Monday 1 April 2019

Coklat BABI Cadbury Berdepan Saman RM100 Juta


Coklat BABI Cadbury Berdepan Saman RM100 Juta





Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersama 80 NGO akan bertindak memfailkan saman ke atas syarikat Cadbury kerana kerana produk mereka mengandungi sampel DNA babi.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, tindakan saman itu bagi menuntut kerugian dan penipuan yang dilakukan syarikat tersebut kepada pengguna Islam.

"Ini penipuan jahat dan harus dibendung. Bagi kalangan masyarakat Islam ini adalah penghinaan yang amat dahsyat. Tidak sepatutnya keluarkan produk itu,” katanya.

“Setakat ini kami telah menerima 700 e-mel dan SMS daripada rakyat Malaysia yang mahu kami mewakili mereka menyaman Cadbury. Kami akan memfailkan saman ini dan menganggarkan jumlah tuntutan sebanyak RM100 juta,” katanya.

"Proses untuk memfailkan saman itu akan dikendalikan dengan kerjasama daripada Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam)," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, beliau amat marah dengan insiden tersebut kerana beliau sendiri memberikan anaknya coklat tersebut.

"Anak saya pun sudah makan coklat-coklat haram itu. Syarikat ini jelas mempersendakan soal halal di dalam pemakanan orang Islam. Ini adalah penipuan yang sangat jahat yang dilihat sengaja menghina orang Islam.

"Bukan sahaja melibatkan pengguna Islam, malah apa dilakukan syarikat Cadbury itu sengaja menganiayai pekerja beragama Islam," katanya.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan dan Jakim mengesahkan dua coklat Cadbury iaitu Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mempunyai DNA babi.

Susulan itu, Jakim menarik serta- merta sijil halalnya.

Cadbury turut menarik kedua-dua produk milik syarikatnya di kesemua premis yang menjual coklat tersebut.

Dalam pada itu, Azwanddin turut menyatakan kekesalannya terhadap Jakim dan kementerian yangdidakwa lambat bertindak.

"Jakim dan kementerian tidak boleh memandang ringan iaitu hanya menarik sijil halal, mereka juga perlu memohon maaf atas apa yang berlaku.

"Mungkin pihak mereka perlu disiasat dibimbangi ada unsur rasuah atau sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Sukaguam Kebangsaan, Ahmad Zuhairi Ahmad Pu'aat berkata, antara notis saman akan difailkan ke atas Cadbury adalah di bawah akta pengguna bagi menebus kerugian.

"Kita boleh gunakan Akta Perlindungan Pengguna di bawah Seksyen 50, hak tebus rugi pengguna terhadap pengilang. Sebenarnya banyak lagi akta pengguna boleh kita gunakan. Buat masa sekarang akta ini nampak lebih kuat," katanya. -Sinar Harian







Umat Islam boleh saman syarikat coklat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan umat Islam yang mempunyai bukti serta berasa tertipu dengan syarikat pengeluar coklat Cadbury boleh mengemukakan saman menuntut ganti rugi, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Beliau berkata, Jakim disaran mengambil tindakan tegas terhadap Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd susulan penemuan DNA khinzir dalam dua produknya selain meminta syarikat itu memohon maaf secara terbuka dengan beberapa syarat lain.

"Saya menyarankan Jakim mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengeluar yang telah memberi salah representasi mengenai isu halal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, Jakim perlu tegas untuk memberi pengajaran kepada syarikat terbabit dan semua pengeluar produk makanan supaya lebih sensitif dalam isu halal haram terutama bagi umat Islam.

Dua sampel coklat keluaran syarikat itu yang dilapor mengandungi DNA khinzir ialah Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813 M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013 N01RI1).

Dalam pada itu, Jakim berkata keputusan rasmi berhubung status halal berikutan penemuan DNA khinzir dalam dua sampel coklat Cadbury itu akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperoleh dalam tempoh tujuh hari.

Mengulas isu sama, Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkata ia akan bekerjasama dengan Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) untuk menyediakan khidmat guaman kepada masyarakat Islam bagi menyaman syarikat itu.

"Bagi kalangan masyarakat Islam, ini adalah penghinaan yang amat dahsyat. Syarikat itu tidak sepatutnya keluarkan produk itu kerana ia turut menganiaya pekerja beragama Islam dalam syarikat itu sendiri," kata Presiden JMM Mohd Azwanddin Hamzah. –Bernama




Status halal Malaysia tercabar


Timbalan Pengerusi 1 Pas Pusat, Nasrudin Hassan melahirkan rasa kesal di atas pengesahan dua sampel produk keluaran Cadbury Dairy Milk iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond yang mengandungi DNA babi (Porcine) yang jelas mencabar kewibawaan status halal Jakim.

Menurutnya yang merangkap Ahli Parlimen Temerloh, kenyataan Jakim yang sebelum ini menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah membabitkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat kini mula diragui.

"Pada Mac lalu, negara sudah dikejutkan dengan laporan 1.3 juta ekor ayam yang disembelih setiap harii di 2,000 pusat penyembelihan ayam di seluruh negara diragui status halalnya, dan kali ini kita dikejutkan dengan isu DNA babi dalam makanan kita.

"Isu ini mencalar imej Malaysia sebagai sebuah negara yang telah diiktiraf sebagai peneraju pembangunan industri halal dan diberi kepercayaan mengetuai rundingan dalam kalangan negara Islam bagi mewujudkan standard halal universal, ianya akan memberi kesan serta implikasi negatif kepada umat Islam, pengambilan bahan makanan haram mempengaruhi tingkah-laku khususnya aspek spiritual mereka," katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, usaha umat Islam untuk memenuhi kriteria ‘halalan thoyyiba’ pada sudut pemakanan disia-siakan dengan pengambilan produk berkenaan tanpa sedar disebabkan kesilapan dan kecuaian pihak-pihak tertentu.

Justeru, beliau mengambil langkah mendesak pihak kerajaan dan Jakim untuk mengambil tindakan proaktif dan afirmatif dengan melakukan pemeriksaan mengejut secara besar-besar kepada semua pengeluar produk makanan khususnya kepada syarikat pengeluar makanan yang telah diberikan sijil halal oleh Jakim sebelum daripada ini.

Tambahnya lagi, tindakan tegas seperti denda dan pembatalan sijil halal dan lesen pernigaan perlu dibuat terhadap pihak yang tidak mematuhi standard yang telah ditetapkan. -Sinar Harian 

-Sentiasapanas.com




.

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.