Sisa babi
dalam makanan haiwan?
CAP gesa
pinda Akta Makanan Haiwan 2019
20 Februari
2019
GEORGETOWN:
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa supaya Akta Makanan Haiwan 2019
dipinda bagi memastikan ia selari dengan garis panduan pensijilan halal, sekali
gus mampu mengawal industri berkenaan.
Presidennya,
S M Mohamed Idris, berkata pindaan itu perlu memasukkan unsur halal di dalam
penyediaan, pemprosesan, pengeluaran dan penyelenggaraan makanan haiwan bagi
memastikan ia memenuhi keperluan dan tidak dicemari bahan berbahaya.
Selain
itu, katanya, pindaan Manual Prosedur Pengesahan Halal perlu dibuat dengan
memasukkan makanan haiwan sebagai antara produk disahkan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM).
“Garis
panduan standard halal juga perlu disediakan bagi penyediaan, pengeluaran,
label, pengedaran dan penyelenggaraan bagi membolehkan status halal makanan
haiwan daripada pengeluar adalah terjamin.
“Ini
kerana, penggunaan sisa haiwan dalam makanan berkenaan menimbulkan kebimbangan
mengenai keselamatan dan aspek halal daging daripada binatang yang diberikan
makanan seumpamanya.
“Malah,
penggunaan sisa haiwan dari rumah penyembelihan sebagai sumber protein dalam
bahan mentah dalam makanan berkenaan adalah amalan biasa di negara ini,”
katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sebelum
ini, kajian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Universiti Sains
Malaysia (USM) mendapati 40 peratus pengeluar makanan haiwan di negara ini
menggunakan campuran bahan bersumber binatang hingga menimbulkan keraguan.
Malah,
ada pemilik perusahaan pemprosesan babi tanpa lesen dilaporkan menjadikan organ
dalaman ternakannya itu sebagai makanan ternakan ikan air tawar miliknya
sebelum dipasarkan, selain memproses daging haiwan itu.
Mohamed
Idris berkata, pindaan akta berkenaan juga mampu menyelesaikan polemik
berkaitan makanan haiwan yang dikategorikan sebagai produk tidak dapat disahkan
dalam Manual Prosedur Pengesahan Halal JAKIM.
“Walaupun
ada peraturan khusus bagi isu makanan haiwan di Malaysia, tetapi tiada satu pun
mengetengahkan berkaitan status halal dari segi ramuan, pemprosesan,
pengeluaran, pengangkutan dan penyimpanan,” katanya.
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.