Penapis Rokok dari Darah Babi
Banjarmasin: Ketua Suruhanjaya
Pengendalian Tembakau Nasional berkata, penapis rokok yang digunakan secara
meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi.
Dr Hakim
Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam
penapis rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru
perokok.
Bercakap pada dialog mengenai bahaya merokok di Banjarmasin,
Kalimantan Selatan, semalam, Hakim berkata, beliau yakin penapis yang diimport
untuk digunakan pada rokok di Indonesia adalah komponen daripada darah babi.
Katanya, perkara itu diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan
Masyarakat dari Universiti Sydney, Simon Chapman. Chapman dilaporkan
mengingatkan perkara itu kepada golongan agama tertentu dengan merujuk kajian
yang dilakukan di Belanda yang mendedahkan bahawa 185 syarikat menggunakan
hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok.
Hakim berkata, sudah
sepatutnya umat Islam di Indonesia menjauhi barang yang jelas haram di sisi
agama. - Agensi
Sudah diketahui oleh ramai orang bahawa
merokok tidak baik untuk kesihatan. Bahan yang ada di dalam rokok boleh
mengganggu kesihatan anda.
Apabila dihisap, bahan-bahan toksik dan karsinogen
mengalir masuk ke dalam tubuh dan menjejaskan tekanan darah, denyutan jantung,
sehingga kesihatan organ lain.
Namun, tahukah anda bahawa di dalam rokok
mengandungi darah babi? Penyelidikan yang ditemui oleh seorang saintis Belanda
tersebut cukup menggelisahkan.
Dinyatakan sekiranya 185 jenama rokok
menggunakan darah babi sebagai campuran pada bahagian filter rokok.
Hemoglobin
atau protein darah babi ternyata digunakan untuk membuat penapis rokok agar
lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk ke paru-paru
perokok.
Fakta mengejutkan tersebut didedahkan oleh penyelidik dari Eindhoven,
Belanda, Christien Meindertsma dan disokong oleh Profesor Kesihatan Awam dari
University of Sydney iaitu Simon Chapman.
Dipetik News.cnet.com, Prof Chapman
mengatakan bahawa kajian ini memberitahu dunia mengenai rahsia pembuatan rokok
dan untuk meningkatkan kesedaran terhadap umat Islam dan Yahudi. Darah babi
tentunya sangat diharamkan bagi penganut kedua-dua agama tersebut.
Prof Chapman
mengatakan bahawa industri rokok dunia memang kerap merahsiakan bahan-bahan
yang mereka gunakan. Tapi, sekurang-kurangnya satu jenama rokok yang dijual di
Greece telah dikukuhkan menggunakan hemoglobin babi dalam proses pembuatannya,
tanpa diketahui para pengguna.
Malangnya, tidak disebutkan jenama rokok
tersebut. Rokok yang mengandungi darah babi ini ditemui pada rokok yang
menggunakan penapis saja.
Darah babi digunakan untuk membuat filter lebih
berkesan menangkap kimia berbahaya sebelum asap masuk ke kerongkong. Jadi
kesimpulannya adalah penemuan tersebut jelas tidak berlaku untuk rokok yang
tidak menggunakan penapis.
...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.