Total Pageviews

Monday, 1 April 2019

Ubat darah tinggi ditarik balik



Produk Varsaltan dilarang di Malaysia

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Sabtu, 7 Julai 2018    6:08pm








PUTRAJAYA: Semakan senarai daftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati tujuh produk ubat berkaitan jantung dan tekanan darah yang ditarik balik di United Kingdom tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk berkenaan sepatutnya tiada dalam pasaran dan tidak boleh digunakan di negara ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan sentiasa mengambil berat mengenai kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk farmaseutikal sebelum produk itu diluluskan untuk pendaftaran.

"Pengawasan mutu produk farmaseutikal yang berdaftar di pasaran turut dilakukan bagi memastikan produk berkenaan benar-benar selamat.

"Semua produk yang berdaftar di Malaysia turut dilabelkan dengan nombor pendaftaran dan dilengkapi dengan label hologram.

"Sekiranya ketulenan hologram diragui, orang awam boleh mengesahkan kesahihannya melalui aplikasi MediTag Checker yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play di telefon pintar masing-masing," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai untuk menggunakan produk yang berdaftar dengan PBKD.

Status pendaftaran produk boleh disemak dengan melayari laman web NPRA di www.npra.moh.gov.my atau hubungi pihak NPRA di talian 0378835560/ 61/62 atau Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800886722.

Khamis lalu, Medicines and Healthcare Products Regulatory Agency (MHRA), United Kingdom mengeluarkan arahan menarik balik dari pasaran tujuh produk ubat berkaitan tekanan darah dan jantung.

Tujuh produk berkenaan adalah Valsartan 40mg Capsule, Dexcel Pharma Limited; Valsartan 80mg Capsule, Dexcel Pharma Limited and Valsartan 160mg Capsule, Dexcel Pharma Limited.

Selain itu, Valsartan 40mg Film-Coated Tablets, Actavis Group PTC EHF; Valsartan 80mg Film-Coated Tablets, Actavis Group PTC EHF; Valsartan 160mg Film-Coated Tablets, Actavis Group PTC EHF dan Valsartan 320mg Film-Coated Tablets, Actavis Group PTC EHF.






..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.