Produk Accuhaler Ventolin, Seretide tidak dipasarkan di Malaysia
Oleh Siti A'isyah Sukaimi
Ahad,
4 March 2018
PUTRAJAYA:
Kementerian Kesihatan menegaskan, penarikan balik produk Accuhaler Ventolin dan
Seretide yang digunakan dalam rawatan penyakit asma tidak membabitkan pasaran
di negara ini.
Ketua
Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penarikan balik
produk berkenaan hanya untuk sebilangan kelompok yang berada dalam pasaran di
United Kingdom (UK) sahaja.
Menurutnya,
semakan juga mendapati, pada masa ini hanya produk Accuhaler Seretide saja yang
berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nombor pendaftaran
MAL20001532ARZ, manakala produk Accuhaler Ventolin tidak berdaftar dengan PBKD.
"Produk
Accuhaler Seretide di Malaysia dikilangkan di Amerika Syarikat, manakala yang
terbabit dengan tarik balik di pasaran UK adalah kelompok produk dikilangkan di
UK sendiri.
"Dalam
hal ini, Kementerian Kesihatan sekali lagi menegaskan, produk Accuhaler
Seretide di pasaran Malaysia adalah selamat, berkualiti dan berkesan,"
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau
berkata demikian susulan laporan sebuah portal media pada 23 Februari lalu
mengenai penarikan balik kedua-dua produk berkenaan di UK.
Pada
masa sama, Dr Noor Hisham berkata, pesakit asma yang dibekalkan dengan
Accuhaler Seretide tidak perlu khuatir atau was-was untuk menggunakan produk
berkenaan.
"Kementerian
Kesihatan sentiasa mengambil berat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk
farmaseutikal sebelum diluluskan untuk pendaftaran.
"Pengawasan
mutu produk farmaseutikal yang berdaftar di pasaran turut dilakukan bagi
memastikan itu benar-benar selamat," katanya.
Beliau
berkata, orang ramai boleh menyemak status pendaftaran produk di laman web
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di www.npra.moh.gov.my atau menghubungi pihak NPRA di talian
03-78835538 atau Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800 88
6722.
"Semua
produk yang berdaftar di Malaysia turut dilabelkan dengan nombor pendaftaran
dan dilengkapi dengan label hologram.
"Jika
ketulenan hologram diragui, orang ramai juga boleh mengesahkan kesahihannya
melalui aplikasi MediTag Checker yang boleh dimuat turun di App Store dan
Google Play di telefon pintar masing-masing," katanya.
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.