Total Pageviews

Monday 1 April 2019

Larangan import Madu


Larangan import produk Manuka Honey

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Ahad, 28 Februari 2016 | 5:45pm

 

https://www.bharian.com.my/node/129000

 


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengenakan larangan import produk Manuka Honey, berkuatkuasa hari ini, susulan penarikan balik pengeluarannya di New Zealand kerana kemungkinan mengandungi bahan terlarang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penarikan balik produk madu itu dibuat oleh Syarikat Evergreen Life Limited di New Zealand kerana terdapat maklumat kemungkinan ada bahan yang tidak dibenarkan iaitu dihydroxyacetone dan methylglyoxal digunakan dalam pemprosesannya.

"Semakan data import dari 2015 hingga kini yang diperolehi melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia menunjukkan produk terbabit ada dibawa masuk ke negara ini.

"Kementerian Kesihatan dimaklumkan oleh pihak pengimport produk terbabit bahawa mereka sedang menarik balik produk itu daripada pasaran secara sukarela memandangkan bahan dihydroxyacetone dan methylglyoxal tidak dibenarkan ditambah pada makanan di bawah Akta Makanan 1983.

"Pengguna yang sudah membeli produk terbabit dinasihatkan supaya tidak memakannya dan memulangkannya kepada penjual.

"Bagaimanapun, pihak Kementerian Perusahaan Utama (MPI) New Zealand menyatakan tiada bahaya keselamatan makanan yang dikaitkan dengan produk yang ditarik balik.

"Walaupun tidak ada bahaya keselamatan makanan, pengguna yang memakan produk ini dan mempunyai keraguan terhadap kesihatan mereka boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

https://www.bharian.com.my/node/129000

 

.

 

 

Larangan import madu Manuka dari New Zealand








PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengenakan larangan import produk Manuka Honey berkuat kuasa hari ini, susulan penarikan balik pengeluarannya di New Zealand kerana kemungkinan mengandungi bahan terlarang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penarikan balik produk madu itu dibuat Syarikat Evergreen Life Limited di New Zealand kerana terdapat maklumat kemungkinan ada bahan tidak dibenarkan iaitu dihydroxyacetone dan methylglyoxal yang digunakan dalam pemprosesannya.

Larangan itu berkuat kuasa hari ini dan pengguna yang telah membeli produk itu dinasihatkan supaya tidak memakan produk tersebut dan memulangkannya kepada penjual, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Walaupun tidak ada bahaya keselamatan makanan, pengguna yang telah memakan produk ini dan mempunyai keraguan terhadap kesihatan mereka boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata pihaknya membuat tindakan susulan selepas penarikan balik produk itu dilaporkan dalam laman web Kementerian Perusahaan Utama New Zealand.

Katanya semakan data import dari 2015 hingga kini yang diperoleh melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia menunjukkan produk terbabit ada dibawa masuk ke negara ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menjelaskan pihaknya juga dimaklumkan oleh pihak pengimport produk tersebut bahawa mereka sedang menarik balik Manuka Honey daripada pasaran secara sukarela.
 
Beliau berkata ini kerana dua bahan tidak dibenarkan, ditambah pada makanan tersebut di bawah Akta Makanan 1983.

“Pengguna tidak perlu khuatir kerana kementerian sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin.

“Sekiranya pengguna rasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat laporan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.






..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.