Sabun adalah sains tepat. ia perlu mempunyai
sejumlah minyak yang tepat untuk bertindak balas dengan sejumlah soda
(lye) yang dicampur ke dalam air, Jika minyak terlalu banyak, sabun akan
menjadi amat lembut dan tidak akan menjadi keras dan berminyak.
Jika minyak
terlalu kurang ia akan menjadi terlalu keras dan kemungkinan besar terlalu
beralkali yang membuat sabun itu menjadi kesat pada kulit. Sabun lembut mandian
mengandungi ion Kalium kerana dalam proses pembuatannya bahan asas utamanya
adalah Kalium Hidroksida (Kaustik Potas / Potasium Hydroxide).
Kalium
Hidroksida membuat sabun menjadi lembut berbanding Natrium Hidroksida (Sodium
Hydroxide) membuat sabun menjadi lebih keras.
Natrium Hidroksida (Sodium Hydroxide) dicampurkan ke dalam air sejuk dan di gaul
Natrium Hidroksida (Sodium Hydroxide) dicampurkan ke dalam air sejuk dan di gaul
Beberapa jenis Minyak seperti Zaitun, Minyak
Kelapa dan Minyak Sawit di campur dan dipanaskan
Campuran Minyak dicurahkan ke dalam cecair
Natrium Hidroksida (Sodium Hydroxide)
Bahan di adun menggunakan pengaul tangan. Di gaul sehingga menjadi pekat dan meninggalkan kesan ekoran. Masukkan pati minyak wangi, atau herba kering dan warna.
Bahan di adun menggunakan pengaul tangan. Di gaul sehingga menjadi pekat dan meninggalkan kesan ekoran. Masukkan pati minyak wangi, atau herba kering dan warna.
Adunan dicurahkan ke dalam acuan.
dikeringkan selama 24 jam. Selepas 24 jam bahan dikeluarkan dari acuan dan di
potong mengikut ukuran kemudian di keringkan semula selama 30 hingga 40 hari.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.