Total Pageviews

Monday, 1 April 2019

Taik babi dalam rokok


Sumber : Berita Harian

Rokok Ada Darah Babi




.

Penapis Rokok dari Darah Babi





Penapis Rokok dari Darah Babi



Banjarmasin: Ketua Suruhanjaya Pengendalian Tembakau Nasional berkata, penapis rokok yang digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi. 

Dr Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam penapis rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok. 

Bercakap pada dialog mengenai bahaya merokok di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, semalam, Hakim berkata, beliau yakin penapis yang diimport untuk digunakan pada rokok di Indonesia adalah komponen daripada darah babi. 

Katanya, perkara itu diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari Universiti Sydney, Simon Chapman. Chapman dilaporkan mengingatkan perkara itu kepada golongan agama tertentu dengan merujuk kajian yang dilakukan di Belanda yang mendedahkan bahawa 185 syarikat menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok. 

Hakim berkata, sudah sepatutnya umat Islam di Indonesia menjauhi barang yang jelas haram di sisi agama. - Agensi


Sudah diketahui oleh ramai orang bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan. Bahan yang ada di dalam rokok boleh mengganggu kesihatan anda. 

Apabila dihisap, bahan-bahan toksik dan karsinogen mengalir masuk ke dalam tubuh dan menjejaskan tekanan darah, denyutan jantung, sehingga kesihatan organ lain. 

Namun, tahukah anda bahawa di dalam rokok mengandungi darah babi? Penyelidikan yang ditemui oleh seorang saintis Belanda tersebut cukup menggelisahkan. 

Dinyatakan sekiranya 185 jenama rokok menggunakan darah babi sebagai campuran pada bahagian filter rokok. 

Hemoglobin atau protein darah babi ternyata digunakan untuk membuat penapis rokok agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk ke paru-paru perokok. 

Fakta mengejutkan tersebut didedahkan oleh penyelidik dari Eindhoven, Belanda, Christien Meindertsma dan disokong oleh Profesor Kesihatan Awam dari University of Sydney iaitu Simon Chapman. 

Dipetik News.cnet.com, Prof Chapman mengatakan bahawa kajian ini memberitahu dunia mengenai rahsia pembuatan rokok dan untuk meningkatkan kesedaran terhadap umat Islam dan Yahudi. Darah babi tentunya sangat diharamkan bagi penganut kedua-dua agama tersebut. 

Prof Chapman mengatakan bahawa industri rokok dunia memang kerap merahsiakan bahan-bahan yang mereka gunakan. Tapi, sekurang-kurangnya satu jenama rokok yang dijual di Greece telah dikukuhkan menggunakan hemoglobin babi dalam proses pembuatannya, tanpa diketahui para pengguna. 

Malangnya, tidak disebutkan jenama rokok tersebut. Rokok yang mengandungi darah babi ini ditemui pada rokok yang menggunakan penapis saja. 

Darah babi digunakan untuk membuat filter lebih berkesan menangkap kimia berbahaya sebelum asap masuk ke kerongkong. Jadi kesimpulannya adalah penemuan tersebut jelas tidak berlaku untuk rokok yang tidak menggunakan penapis.   








...

Rokok Musnahkan Paru paru Anda





.



.

Tar rokok mudaratkan anda










Bahaya tar dalam rokok


..

Henti rokok dengan sedekah









Berhenti rokok dengan sedekah


.


Rokok Haram














...

Tempat Tak Boleh Rokok








...

JAKIM yang patut saman Cadbury


PAS: JAKIM yang patut saman Cadbury




Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sepatutnya mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar coklat Cadbury kerana menyalahguna sijil halal.
Katanya, saman tersebut sepatutnya dikemukakan oleh JAKIM dan bukannya oleh NGO lain kerana ia melibatkan kesalahan menipu jabatan tersebut.
Syarikat tersebut, katanya, menipu JAKIM kerana menyalahgunakan sijil halal ke atas produk yang haram dan mengelirukan pengguna lain.
"Saya hairan. Takkanlah JAKIM ni warak sangat sampai tak kisah ditipu syarikat ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti tersebut hari ini.
Mahfuz juga berkata, PAS setakat ini tiada rancangan untuk mengadakan bantahan atau memboikot syarikat pengeluar produk tersebut.
"Saya fikir bila sudah jelas ada penipuan tak perlu boikot. Umat Islam tahu ia ada DNA babi yang tidak boleh dimakan.
"Tak perlu boikot, tak payah makanlah barangan di syarikat tersebut," katanya.
Bagaimanapun, beliau menuntut agar kerajaan mendedahkan nama orang Islam yang menjadi pemegang saham syarikat berkenaan.
Katanya, individu tersebut bertanggungjawab kerana membiarkan isu penyalahgunaan sijil halal itu berlarutan.
"Saya minta kerajaan perincikan siapa pemegang syer dalam Cadbury. Apa yang wakil Islam buat sampai tak sedar hal ini," katanya.
Sabtu lalu, dua produk cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) disahkan Kementerian Kesihatan mengandungi DNA babi.
Penemuan itu disambut dengan pelbagai reaksi, antara dari sebuah NGO yang mahu pengeluar coklat tersebut menanggung kos untuk mencuci darah orang Islam yang memakan bahan berkenaan.
NGO Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Berajaan (ACCIN) juga merancang mengemukakan saman berbilion-bilion ringgit ke atas syarikat antarabangsa itu.
Satu lagi NGO Islam Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), semalam membuat laporan Polis menggesa kilang Cadburry di Shah Alam ditutup.
 


...