Datin Rahmah Mahmood
Lawan Kanser
MELIHAT wajahnya, pasti siapa tidak menyangka wanita ini pernah
melalui episod hitam dalam hidupnya. Hanya senyum manis tergambar dan di
sebalik raut yang kadangkala agak serius itu juga terpancar kekuatan yang hanya
diketahui sepenuhnya saat wanita itu membuka bicara.
"Saya disahkan menghidap kanser payudara enam tahun lalu,
iaitu selepas pemergian kakak tersayang. Ketika itu saya disyorkan menjalani
ujian penentuan kerana seperti yang kita tahu, sejarah keluarga antara risiko
seseorang itu diserang kanser," tenang tutur Datin Rahmah Mahmood.
Adik kepada Allahyarhamah Datin Seri Endon, isteri bekas Perdana
Menteri Tun Abdullah Ahmad badawi berkata, beliau sukar menggambarkan
perasaannya ketika itu. Pengalaman menyaksikan sendiri bagaimana kakaknya
bertarung melawan penyakit cukup memeritkan.
"Saya berada di Amerika Syarikat bersama kakak sepanjang dia
menjalani rawatan di sana. Saya lihat sendiri bagaimana dia menderita akibat
kemoterapi, tubuhnya lemah, dia keletihan dan mulutnya ditumbuhi ulser,"
katanya.
Mengingatkan perkara itu membuatkan beliau rasa takut. Apatah lagi
doktor yang merawat menyarankan agar Rahman menjalani pembedahan membuang
ketumbuhan dan seterusnya melalui proses kemoterapi serta radioterapi. Namun
kata doktor, itu bukan jaminan sel ganas itu akan hilang.
Memikirkan insan-insan tersayang di sekeliling, membuatkan beliau tidak
mahu berputus asa. Melalui Internet dan buku rujukan, beliau mengumpul maklumat
sebanyak mungkin. Sehingga seorang rakan mengesyorkan beliau berjumpa Dr. Vagif
Soultanov, seorang doktor perubatan yang menjalankan klinik terapi semula jadi
di Melbourne, segala-galanya terus berubah.
Bagi Rahmah, lelaki itu ibarat penyelamat dalam hidupnya. Namun
itu bukan bererti penyakit itu boleh dirawat dengan mudah. Sebagai seorang
doktor, beliau tetap menasihatkan Rahmah menjalani pembedahan bagi membuang
ketumbuhan terlebih dahulu sebelum mencuba rawatan alternatif herba.
"Sebenarnya bukan mudah untuk merawat kanser. Saya perlu
mengubah gaya hidup secara keseluruhan. Tapi secara perlahan-lahan selepas
mengikuti saranan Dr. Soultanov yang menggunakan bahan semula jadi, saya rasa
diri semakin baik," kata beliau.
Lari dari menjalani rawatan kemoterapi yang diwajibkan kepada
semua pesakit sepertinya, suatu hari Rahmah menerima panggilan dari doktor yang
merawatnya.
Doktor itu meminta beliau menjalani pemeriksaan semula dan
akhirnya dia disahkan bebas kanser.
"Bagi saya, apa yang saya lalui adalah sesuatu yang sukar
dipercayai. Betapa saya sangat berharap dapat memperkenalkan rawatan dan Dr.
Soultanov kepada kakak supaya dia tidak menderita namun itu semua sudah tertulis,"
kata beliau dalam nada sedikit kesal.
Dr. Soultanov wira Chernobyl
Masih ingat dengan kisah kebocoran radiasi di loji nuklear
Chernobyl pada tahun 1985? Kejadian itu menggemparkan seluruh dunia kerana
tidak ramai yang tahu cara menanganinya.
Dr. Soultanov antara pakar perubatan yang dihantar ke sana bagi
merawat mangsa di situ. Beliau juga merupakan saintis generasi keempat
menyelidik tentang keberkesanan Bioeffective A yang diekstrak daripada konifer
pokok pain. Justeru beliau percaya bahan itu mampu mengekang masalah kesihatan
serius di kalangan mangsa di sana.
"Suhu di situ meningkat serta merta, malah pencemaran bahan
nuklear menjejaskan hingga keluasan tiga juta ekar ladang. Apa yang saya
gunakan adalah memberi bahan ini kepada mereka yang berada di sana dan
mengambil untuk diri sendiri bagi mengawal kesan radiasi," kata beliau.
Setiap hari beliau akan mengambil tiga sudu untuk menghalang kesan
radiasi dan menurutnya, seminggu berada di tempat kejadian, dia mengalami sakit
kepala yang kronik dan keguguran rambut. Namun dia percaya itu hanya tindak
balas daripada pengambilan bahan Bioeffective A. Dan akhirnya dia berjaya
melalui keadaan tersebut dengan bantuan bahan semula jadi.
Melalui kejadian itu juga, Dr. Soultanov percaya dengan keberkesanan
Bioeffective A yang diekstrak daripada konifer pokok pain. Keajaiban tumbuhan
itu bertahan dalam pelbagai cuaca membuktikan ia mampu menjadi penawar untuk
kesihatan menyeluruh. Antara kebaikannya adalah:
* Antioksidan hebat - membantu melindungi daripada kerosakan sel
dan merendahkan paras kolestrol
* Antibakteria dan antivirus - membantu melindungi dan membantu
proses penyembuhan jangkitan
* Penyembuh gastrointestinal - menghalang masalah ulser perut
* Ejen penyahtoksid - membantu mengeluarkan toksin dari darah dan
hati.
...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.