Total Pageviews

Wednesday, 6 February 2019

Aziz Singgah meninggal akibat kanser prostat



Aziz Singgah meninggal akibat kanser prostat





Kuala Lumpur: Pelakon veteran Datuk Aziz Singah, 75, meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, di sini, jam 11 malam tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga termasuk isteri, anak-anak dan menantu.

Isterinya, Datin Zunite Mohamed ketika dihubungi berkata, arwah suaminya baru sahaja dibawa pulang ke rumah kira-kira jam 9 malam tadi selepas dirawat di Institut Kanser Negara, Putrajaya sejak Mei lalu.

Bagaimanapun, arwah yang popular menerusi drama bersiri PJ pada 1980-an meninggal dunia kira-kira dua jam selepas itu.

€œSebelum ini, dia meminta untuk kami membawanya pulang ke rumah, namun disebabkan keadaannya yang tidak stabil kami sekeluarga tidak berani.

€œBagaimanapun, pihak hospital membenarkannya pulang malam tadi memandangkan keadaannya makin tenat. Alhamdulillah, permintaan terakhirnya untuk pulang ke rumah dimakbulkan Allah SWT, katanya.

Menurut Zunite, jenazah suaminya akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan dan akan dikebumikan sebelum solat Zuhur esok.

€œSalah-satu permintaan arwah ialah untuk dikebumikan di kampung halamannya itu. Keluarga arwah yang sudah meninggal dunia semuanya dikebumikan di situ,€ katanya.

Allahyarham mula dikesan menghidap kanser prostat sejak lima tahun lalu dan pernah menjalani sesi radioterapi sebanyak 38 kali tahun lalu.

Pada Mei lalu, kansernya makin merebak dan beliau kembali menjalani rawatan di Institut Kanser Negara.

Selain pelbagai drama dan telefilem, Allahyarham yang juga bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pernah membintangi filem Maria Mariana pada 1996 dan Sate (1997).


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2016 @ 1:29 AM






...

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.