Total Pageviews

Wednesday 6 February 2019

Julia Perez meninggal akibat kanser


Julia Perez meninggal akibat kanser

 




PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Yuli Rachmawati yang lebih dikenali sebagai Julia Perez atau Jupe meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim.

Beliau meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo di Jakarta pada Sabtu lalu selepas beberapa bulan bertarung dengan penyakit itu.

Ramai termasuk saudara mara dan rakan terkejut dengan berita kematian penyanyi dangdut yang dilahirkan pada 15 Julai 1980.

Pengurus Jupe, Markoneng yang dipetik Jakarta Globe berkata, ibu Jupe menghubungi beliau pada Sabtu apabila keadaannya semakin kritikal.

Katanya, beliau bergegas ke hospital dan mendapat tahu kawan rapat dan kliennya sudah meninggal dunia beberapa minit sebelum itu.

Bagaimanapun, Markoneng berkata, ahli keluarga Jupe termasuk ibu dan adiknya berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

“Bagi pihak Jupe, saya berharap semua akan memaafkan beliau atas sebarang kesilapan.”

Jupe menjalani pembedahan tulang belakang pada Khamis lalu.

Beliau disahkan menghidap kanser pangkal rahim pada September 2014 dan pernah dirawat di sebuah hospital di Singapura.

Pada Januari 2015, Jupe memaklumkan beliau pulih daripada penyakit itu. Bagaimanapun, kanser itu muncul kembali pada Jun 2016 dan beliau mengakui kansernya di tahap 4 6 bulan kemudian.

Jupe mula terkenal dengan dendangan lagu dangdut dan kerap dibidas ulama sebagai “seksi melampau” ketika membuat persembahan, sebelum beliau menceburi bidang lakonan dengan membintangi beberapa filem komedi, termasuk Arwah Goyang Karawang.

Beliau terpaksa merombak 2 lagunya kerana dianggap lucah oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Cawangan Jawa Barat.

Ramai rakyat Indonesia menganggap Jupe yang berkahwin dengan pemain bola sepak Argentina, Gaston Castano sebelum bercerai pada 2016, adalah personaliti sukar dicari gantinya.

Berita kematian Jupe mendapat perhatian meluas, termasuk Timbalan Gabenor Jakarta, Sandiaga S Uno.

“Inna lillahi wainna ilaihi roji’un. Selamat jalan, sahabatku @juliaperrezz. Saya ingat (kali) terakhir kami menjenguk, di balik rasa sakitnya, Mba Jupe masih mengeluarkan canda dan tawanya. Saya & Mba @nurasiauno akan sangat merindukan sosok riang dari Mba Jupe,” tulis Sandiaga di Instagramnya.

Jupe ialah selebriti Indonesia ke-2 meninggal dunia akibat kanser dalam tempoh kurang sebulan, selepas pelakon Yana Zein meninggal dunia akibat kanser payudara pada 1 Jun lalu.






...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.