Tip
RUTIN Pesakit Barah
Makanlah:
1. Sayur
sayuran – sekurang kurangnya 5 berlainan jenis sehari. Mengapa anda perlu
banyakkan sumber tumbuh2an dan buah2an? Kerana kesemuanya adalah penyumbang kepada
darah anda menjadi alkali dengan murah. Lagipun molekul tengah klorofil adalah ion
Magnesium manakala molekul tengah darah anda adalah ion besi. Erti kata lainnya
Klorofil atau pigmen hijau tumbuhan adalah darah bagi tumbuhan!
a.
Pucuk Betik.
b.
Pucuk Putar Wali.
c.
Pucuk Hempedu Beruang.
a.
Pucuk Hempedu Bumi.
b.
Pucuk Mengkudu
c.
Pucuk Beluntas
d.
Pucuk Cak Sim Sam (7 Bilah)
e.
Pucuk Sambung Nyawa
f.
Pucuk Naga Buana/Bona.
g.
Pucuk Buas Buas
h.
Pucuk & Akar pokok Kucing Galak (Cika
Emas) - Kucing suka cium gigit dan makan akar pokok ini.
i.
Pucuk Gajus.
j.
Pucuk Putat dan Putat Laut
k.
Rumput Belalai Gajah / Sabah Snake Grass
l.
Daun Tapak Leman – Hiris & campurkan daun
dalam sup.
m.
Pucuk Ulam Raja.
n.
Pucuk Tongkat Ali.
o.
Pucuk Inai
p.
Pucuk Mata Pelanduk.
q.
Pucuk Semeluh.
r.
Maman Pantai
s.
Pucuk Ubi
t.
Pucuk Manis
u.
Pucuk Misai Kucing.
v.
Pucuk Salang
w.
Pucuk Semambu
x.
Pucuk Selasih hitam
y.
Pucuk Selasih putih
z.
Pucuk Kemangi jantan.
aa.
Pucuk Kemangi.
bb.
Terung pipit
cc.
Pegaga
dd.
Beremi
ee.
Bunga kantan
ff.Cemumar
gg.
Daun Kari
hh.
Kacang Bendi
ii.
Kesum
jj.
Pakis Merah
kk.
Petai
ll.
Pucuk Kelayau
mm.
Pucuk Ati-ati
nn.
Pucuk Selasih.
oo.
Daun Ketumbar Jawa.
pp.
Daun Kunyit.
qq.
Daun Selom
rr.
Daun Sireh Kampung.
ss.
Daun Sireh Kaduk.
tt.Daun dan
biji Keembong.
uu.
Pucuk Delima
vv.
Jantung Pisang
ww.
Rebung
2. Buah-buahan
: buah delima, durian belanda, manggis, buah kari, buah beri senduduk putih, buah
beri senduduk biasa, buah nanas,
3. Makan
bunga : bunga kunyit, bunga tongkat Ali Hitam, bunga ros, bunga raya, bunga keembung, bunga cak sim sam
4. Ikan
kecil.
5. Sami
Buddha yang hanya makan sayur-sayuran amat jarang sekali mendapat barah!!!
6. Kunyit
Hitam, Kunyit Putih, Kunyit biasa, Halia Bara, Halia, keladi tikus, temu lawak.Ubi
kayu, ubi jaga,
Hindari makan:
1. Daging
binatang darat seperti lembu, kerbau, rusa, kambing, ayam, itik, telur dsbnya
kerana daging binatang darat ini meningkatkan paras asid.
2. Kerang
Lala Kepah Siput sedut dan seangkatannya – Haiwan ini berasid. Lagipun cara
makannya adalah dengan menapis lumpur. Lumpur mengandungi segala kekotoran dan
keladak seperti logam berat merkuri, plumbum, stanum, cadmium, nikel. Tabiat
manusia di Malaysia suka buang bateri dan sampah dalam sungai. Sekarang setiap
muara sungai tempat haiwan ini hidup telah tercemar. Sebagai contoh, plumbum
akan terkumpul dalam badan kerang cumulative effect) anda pula tukang makannya.
Alangkah lazatnya kerana Plumbum adalah berasa manis!!!
3. Makanan
berasid dan berpengawet, pewarna, perisa tiruan seperti minuman bergas, minuman
dalam tin / kotak, cuka dsbnya.
4. Ikan
Masin / Telur Masin dan makanan awet.
5. Jangan
makan tumbuhan beracun seperti:
a.
Bahagian biji buah mahkota dewa.
b.
Dhatura = Thorn Apple
c.
Jerangau
d.
Nerium Odorum = Oleander Putih / Koner
e.
Cerbera Thevetia = Oleander Kuning
f.
Cerbera Odullum = Dabur / Dhakur
g.
Tumbuhan Aconite = Aconitum nepellus =
Monkshood = Mithazahar = Mitha Bish
h.
Pucuk Tembakau = Nicotine
i.
Nux Vomica = Kuchila = Strychnine
Amalkan Minum
Ramai
antara kita tidak mengetahui terapi jus. Apabila sakit sedikit, terus saja mahu
jumpa doktor walaupun sakit itu sakit sakit biasa saja. Kadang-kadang tidak
perlu sebarang ubatpun bagi menyembuhkannya! Doktor swasta sangat suka anda
datang ke klinik mereka kerana anda adalah sumber kewangan mereka! Sangat
menonjol jika anda punya kad I N G dsbnya iaitu panel majikan anda di mana anda
tidak perlu bayar, anda terus mendapatkan ubat. Sang doktor pula terlalu
gembira kerana dengan panel mereka boleh menenyeh bil seberapa tinggi yang
mereka suka! Bil bukan dibayar anda tetapi oleh ING atau syarikat anda.
Sebenarnya tidak elok mengambil ubat-ubatan moden terlampau kerap kerana ubat
ubatan moden berasal dari sumber kimia yang diolah oleh manusia. Ia tidak
seratus peratus selamat untuk anda. Tidak percaya? Sila pinta leaf let ubat
dari doktor swasta anda dan lihat di ruangan Adverse reaction, precaution dan
ruangan side effect. Jangan kita diperlembukan kerana hak pesakit mengetahui
semua hal sedemikian.
Anda
boleh mempraktikkan terapi jus di rumah anda. Dengan menggunakan 2 tongkol
lobak merah (Karot), anda sudah boleh buat jus buah buahan atau sayur sayuran.
Gunakan mixer / blender yang berkuasa (Watt tinggi) bagi menyenangkan serta
menjimatkan masa anda. Bagi pesakit barah, makanlah makanan sihat atau ubati
diri anda dengan terapi jus terlebih dahulu sebelum keluar melakukan perkara
lain di luar rumah. Amalkan minum jus buah buahan.
1.
Jus Epal Hijau / merah
2.
Jus Nenas.
3.
Jus Tomato
4.
Jus Anggur.
5.
Jus Avocado.
6.
Jus Betik
7.
Jus strawberry
8.
Jus Limau Manis
9.
Air Kelapa
10.
Jus Kurma
Amalkan minum jus ubi ubian.
1.
Jus Karot/lobak merah
2.
Jus Beet Root.
3.
Jus Water Chest Nut.
4.
Jus Lobak Putih.
5.
Jus Timun.
6.
Jus Kentang
7.
Jus Bawang Merah
8.
Jus Bawang Putih (Bawang putih boleh juga
dipanggang di dalam oven)
9.
Jus turnip
Amalkan minum jus sayur sayuran.
1.
Jus daun Sireh
2.
Jus Asparagus.
3.
Jus Kubis.
4.
Jus Brokoli
5.
Jus Bunga Kubis.
6.
Jus Papa Celery
7.
Jus dandelion
8.
Jus Lettuce
9.
Jus Bayam
10.
Jus Kacang Panjang
11.
Jus Kacang Buncis
12.
Jus Kacang kelisa/Botol
13.
Jus Salad air
14.
Jus pegaga
15.
Jus Peterseli
Amalkan minum Teh:
1.
Teh Misai Kucing
2.
Teh Mas Cotek
3.
Teh Daun Durian Belanda
4.
Teh Daun Kenerak.
5.
Teh Daun Pecah Kaca.
Dengan
makan tumbuhan mentah, kebanyakkan vitamin, antioksidan dan zat yang diperlukan
tidak dimusnahkan oleh haba. Justeru makan jus mentah lebih berkhasiat daripada
makanan yang telah dimasak. Demikian juga makan makanan dikukus atau periuk
rendidih (slow cooker) lebih baik daripada makanan dipangang. Makanan panggang
mengandungi karsinogen (Agen penyebab barah) di bahagian hitam yang hangus.
Amalkan
minum jus daun sireh – Gunakan 5 helai daun sireh dan kisar dalam pengisar
Panasonic MX 801S. Jika menggunakan pengisar yang wattnya lebih besar lebih
baik kerana kisaran akan jadi lebih halus dan menyenangkan anda memerahnya.
Antara pengisar berwatt tinggi adalah pengisar elektrik jenama pensonic tak
silap 1200 Watt !
Elakkan
minum gula pasir dan susu cair pekat manis kerana semuanya menggunakan gula!
Banyak gula, lagi subur sel barah dalam badan anda kerana gula adalah makanan
utama sel sel barah untuk tumbuh subur dan bermetastasis!
Sekiranya,
anda mengamalkan meminum jus-jus ini secara tetap setiap hari, Insyaallah anda
akan dapat mendapat perubahan pada tenaga badan anda, pernafasan jadi lebih
lancar, anda jadi lebih sihat, kuat dan ceria. Pastikan juga anda membaca surah
Al Fatihah, baca Surah Al Ikhlas 3x, dan berselawat keatas Nabi 7 kali sebelum
meminumnya. Diiringi dengan doa kepada Allah. Ingatlah bahawa air adalah
penyimpan memori yang baik. Jika diniatkan perkara baik apatahlagi dibacakan
ayat2 suci Al Quran, molekul air akan jadi cantik di bawah mikroskop.
Tetapi awas kerana anda sendiri wajib pastikan semua sayur sayuran dan buah-buahan anda
adalah:
1.
ditanam secara organik,
2.
tiada pengubahsuaian genetik,
3.
bebas sebarang racun serangga/ racun rumpai/
racun kulat,
4.
ada Cop SALM (Skim Amalan Ladang Baik
Malaysia) yang dikeluar serta diiktiraf selamat serta sihat dimakan oleh
Kementerian Pertanian Malaysia.
Berpuasa
Berpuasa
adalah terapi bagi mencuci badan yang baik serta diakui pakar pemakanan dan
pakar kesihatan badan. Berpuasa juga adalah cara penyembuh semulajadi yang baik
serta boleh mengeluarkan racun dalam badan. Selain puasa di bulan Ramadhan,
anda boleh juga praktikkan makan sebelum 6 petang dan hanya bersarapan
keesokkan paginya. Jika perut anda dapat 12 jam tanpa makanan di waktu malam,
ini juga adalah satu puasa yang baik.
Hindari Minum
1.
susu dan telur selepas anda minum jus!
2.
Jus sayur sayuran atau buah buahan yang anda
khuatiri masih tercemar atau ada racun serangga , racun rumpai , racun kulat
dan racun rodensia.
3.
Minuman Bergas.
4.
Arak dan alkohol.
5.
Rokok.
6. Minuman
berpengawet, berpewarna, berpewangi dan berperisa tiruan. Terdapat teh yang
mengandungi pewarna, pewangi dan perisa tiruan.
Tip Berada Dalam Bilik
Buka
segala tingkap dalam bilik anda untuk dapat pengudaraan yang baik. Anda
perlukan oksijen yang mencukupi bagi otak anda bernafas. Allah amat pemurah dan
pengasih kerana kita tidak dikenakan bayaran untuk bernafas. Bernafas adalah
hak individu. Amalakan pernafasan dalam dalam kerana ia membersihakan darah
anda daripada Karbon Monoksida CO2. CO2 ada terlarut dalam darah anda dalam
bentuk Asid Karbonik. Persekitaran berasid menyeronok serta menselesakan sel
sel barah beranak pinak serta membiak. Pernafasan dalam dalam boleh dicapai
dengan lebih berkesan sekiranya anda bersenam. Amalkan bersenam setiap hari.
Pastikan anda membuat Strectching terlebih dahulu.
Bersenamlah
Pernafasan
dalam-dalam boleh dicapai dengan lebih berkesan sekiranya anda bersenam.
Amalkan bersenam setiap hari. Pastikan anda membuat regangan (Stretching)
terlebih dahulu, Tanpa senaman regangan, otot otot dan tendon anda boleh
terkejut, tergeliat, tercedera, terkoyak, terputus dsbnya. Sekiranya anda baru
melakukan pembedahan besar, Tanya fisioterapis dan doktor anda tentang kaedah
kaedah senaman yang selamat untuk keadaan anda melakukannya. (Perlu diingatkan
bahawasanya Doktor dan fisioterapis kerap bertelagah pendapat tentang kaedah
senaman yang betul. Selalunya, si fisioterapis yang benar kerana kebanyakkan
doktor bodoh sombong tidak mahu memahami serta mempelajari perkara baru kerana
si doktor gred UD 54 @ JUSA manakala si fisioterpis gred 41. Lebih buruk lagi
bila ada doktor yang berani mengambil kuasa Allah dengan menentukan berapa lama
lagi seseorang pesakit barah boleh hidup!). Antara pakar senaman yang boleh
anda ikuti adalah Dr Ahmad Tajuddin b Othman dari USM Pulau Pinang. CD beliau, bersenam
secara betul dan selamat boleh didapati dari Kementerian Kesihatan Malaysia,
Unit Promosi Kesihatan (Perunding Teknikal Kecergasan), Bangunan E10, Parcel E,
Putrajaya.
Ringkasan
1.
Amalkan diet sayur-sayuran.
2.
Ambil antioksidan.
3.
Bersenam – berjalan 30 minit sehari 6 kali
seminggu
4.
Pengurusan stres yang betul:
a.
senaman pernafasan yang betul,
b.
senaman relaksasi dipelajari dari ahli
psikologis dan fisioterapis
c.
chee gong,
d.
tai chi,
e.
yoga.
f.
Tidur awal dan cukup tidur
5.
Jus buah-buahan.
6.
jus sayur sayuran (Makan klorofil tumbuhan).
7.
kunyit hidup sebagai ulam.
8.
Halia hidup sebagai ulam atau teh.
9.
vitamin C 1000mg sehari.
Nota
Penting
Pengambilan
jus dan pemakanan, sekiranya anda pesakit kencing manis perlu nasihat TERPERINCI
dietician dan anda perlu pantau paras gula dalam darah. Paras gula dalam darah
yang ideal bagi pesakit kencing manis adalah antara 4 hingga 8 MMOL/L.
Sekiranya tuan
mengetahui kesalahan fakta di atas, dipinta segera tuan tegur dan betulkan.
Mana-mana istilah yang anda tidak faham, anda boleh
googlekan saja di internet. Tak acilah semua makan suap aje. Kewajipan menuntut
ilmu pengetahuan adalah tanggungjawab setiap insan. Allah telah berjanji akan
menaikkan taraf manusia yang berilmu beberapa darjat. Antara sebab utama iblis
dan malaikat disuruh sujud kepada Adam adalah juga kerana Adam lebih berilmu
dari kesemua mereka.
...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.