Total Pageviews

Wednesday 6 February 2019

Rumah anda penyebab kanser


Rumah anda sebabkan kanser


Laporan dari Institut Kanser Negara Putrajaya melaporkan bahawasanya terdapat 41 kes kanser mesothelioma yang berjaya dikesan di institute berkenaan.

Malangnya, tiada kes kanser mesothelioma yang telah berjaya dikesan dari hospital hospital yang lain! Persoalannya, apakah yang terjadi kepada pakar pakar atau MO yang melihat kanser jenis ini? Kenapa mereka gagal mendiagnos kanser mesothelioma? Apakah kita perlu menubuhkan satu unit institute kanser di setiap negeri barulah ada kanser dari jenis mesothelioma yang didiagnos oleh pakar atau doktor MO?

Kekerapan mendiagnos kanser jenis mesothelioma adalah sangat penting kerana akhirnya ia kan membawa kepada pengharaman penggunaan asbestos di dalam Negara berkenaan.

Setakat ini, Amerika, Kanada, Korea, Jepun, Eropah, Australia telah pun mengharamkan penggunaan asbestos dalam Negara masing masing. Namun demikian, penggunaan asbestos di Malaysia masih diteruskan kerana ia susah diharamkan kerana sifatnya yang murah, tahan api, kalis haba dan tahan lasak.

Sangat menyedihkan kerana setakat ini tiada kedengaran laporan kanser mesothelioma ada dibuat oleh hospital hospital berpakar yang lain dalam negara kita.

Kanser mesothelioma adalah kanser selaput paru paru sebelah luar eklusif disebabkan oleh pendedahan kepada habuk asbestos.

Menyedihkan kerana orang Malaysia terdedah kepada asbestos pada setiap hari!!! Atap dan siling sekolah dan rumah kos rendah menggunakan asbestos sebagai bahan popular utama kerana sifat asbestos yang murah, tahan haba dan tahan lama serta sejuk di bawahnya. 

Namun awas kerana apabila pecah, asbestos akan mengeluarkan habuk yang amat halus serta tidak mampu dilihat oleh mata kasar. Lagi halus habuk ini (aspect ratio fiber asbestos) maka lagi jauh fiber asbestos ini boleh menerobos masuk ke rongga paru paru anda dan anak anda. Fiber asbestos sangat stabil dan sangat tahan lasak. Justeru, fiber asbestos yang terperosok jauh ke dalam paru paru anda tidak mampu di cerna atau dimakan oleh sel darah putih dalam badan anda. Namun begitu, tentera sel darah putih anda akan tetap berusaha habis habisan bagi menentang dan memusnahkan ancaman bahan asing dari luar iaitu fiber asbestos. Tentera sel darah putih anda akan mencuba sehabis baik dan mereka akan merembeskan cytokines dan bahan bahan amuk radang ( inflammatory mediator ) dalam paru paru anda. Disebabkan sifat asbestos fiber yang tahan dan sangat stabil, asbestos fiber, sedikitpun tiada terjejas oleh tindakan tentera sel darah putih anda ini. Proses amuk radang yang luar biasa ini akan terus-terusan sehingga bertahun tahun iaitu purata mengambil masa 40 tahun sebelum paru paru anda mengalami anaplasia, metaplasia atau mutasi DNA yang menyebabkan permulaan pembentukan kanser malignant mesothelioma di selaput visceral pleura dan parietal pleura dalam paru paru anda.

Selain daripada atap dan siling asbestos, anda serta anak anda boleh terdedah kepada asbestos apabila anda membrek motosikal atau kereta yang menggunakan asbestos pad sebagai bahan alat pencengkam brek disk kenderaan anda.

Bahan asbestos boleh dapat juga pada dinding atau pintu kalis api.

Asbestos hadir juga dalam cat atau bahan binaan yang menggunakan asbestos fiber bagi menguatkan cat atau binaan berkenaan.


.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.