Zaibo meninggal dunia
BATU PAHAT: Pelakon veteran dan
pelawak, Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, meninggal
dunia di rumahnya di Rengit, dekat sini kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.
Berita sedih itu dikongsi oleh anak
tirinya, Hafiz, dalam laman sosial Facebook (FB) yang mengesahkan Zaibo
meninggal dunia akibat kanser esofagus (Esophageal Cancer) tahap empat yang
dikesan sejak September lalu.
“Assalamualaikum, saya Hafiz. Mewakili
pihak keluarga Zainal Ariffin bin Abd Hamid atau Zaibo ingin memaklumkan bahawa
ayah pergi dijemput Illahi pada jam 1.30 tengah hari ini.
“Mohon doa semua agar roh Allahyarham
ditempatkan dalam kalangan insan terpilih... Aminn,” katanya.
President Yayasan Kebajikan Artis
Malaysia (YKAT), Datuk DJ Dave, turut mengesahkan hal berkenaan.
“Saya diberitahu oleh isteri beliau
sendiri, Puan Hawa mengenai berita sedih ini. Zaibo meninggal dunia dan akan
dikebumikan di Batu Pahat, Johor selepas Isyak malam ini,” katanya.
Isnin lalu, Zaibo sempat menerima
kunjungan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bersama suaminya,
Dennis Muhammad Abdullah.
Allahyarham dikesan menghidap penyakit
kanser esofagus tahap empat pada 27 Ogos lalu dan pernah menjalani rawatan di
Hospital Batu Pahat dan Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor selain dirujuk ke
Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.
Allahyarham popular menerusi watak Pak
Selamat dalam sitkom, Spanar Jaya, selain turut berlakon filem Anna & the
King.
...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.