Kanser
Payudara & pendapat kedua
Buku kecil ini adalah
adaptasi dan terjemahan dari penerbitan “American Cancer Society”. Buku ini
telah diilhamkan dan ditulis oleh wanita yang pernah mengalami ketulan dalam
kanser payudara, telah menjalani biopsi, atau didiagnosis kanser payudara.
Mereka memahami apa yang anda alami. Buku kecil ini bukan untuk menjawab segala
soalan anda. Buku ini tidak sepatutnya menggantikan tempat doktor atau
jururawat. Buku kecil ini menjelaskan perkara-perkara asas tentang mamografi,
biopsi payudara, penentuan tahap kanser, pilihan rawatan, dan pembentukan
semula payudara. Ia juga memberikan maklumat umum tentang penyertaan dalam
ujian klinikal (clinical trials) dan panduan tentang bagaimana mendapatkan
sokongan emosi. Ada banyak hal yang tidak dapat kami serta tanyakan kepada
doktor dan jururawat anda. Kami juga meninggalkan sedikit ruang untuk anda
tuliskan soalan anda sendiri. Kami menggunakan dan menjelaskan beberapa banyak
istilah perubatan yang akan anda dengar semasa anda menjalani penilaian,
diagnosis, atau rawatan. Dengan mengetahui makna istilah-istilah ini, anda akan
lebih memahami apa yang dikatakan kepada anda. Dengan mengetahui maknanya juga,
anda akan dapat berkomunikasi dengan pasukan penjagaan kesihatan dengan lebih
jelas. Jika anda didiagnosis menghidap kanser payudara, amat baik sekali jika
anda dapat berbincang dengan mereka yang pernah mengalami kanser payudara.
Ingatlah: Kebanyakan ketulan
dalam payudara bukanlah kanser. Walau bagaimanapun, hanya ada satu cara untuk
memastikannya. Berjumpalah dengan doktor jika berlaku sebarang perubahan pada
payudara anda. Apakah Kanser Payudara? Kanser payudara ialah pertumbuhan sel
atau kumpulan sel yang tidak normal (ketumbuhan atau tumor) pada payudara. Sel
ini amat berbeza daripada sel biasa yang sihat. Sel sihat membahagi dan
bertambah dengan cara yang teratur. Tubuh kita bergantung pada aktiviti yang
teratur ini untuk membaiki kerosakan akibat kecederaan dan menggantikan tisu
lama. Kadangkala proses ini terganggu. Sel mulai tumbuh secara tidak terkawal
dan menghasilkan tisu tambahan yang disebut tumor. Tumor ini boleh bersifat
benigna (bukan kanser) atau malignan (kanser) Ada banyak teori yang menjelaskan
bagaimana dan mengapa ini berlaku. Dalam sesetengah jenis kanser sebabnya
jelas. Misalnya merokok merosakkan paru-paru, dan ini menyebabkan kanser. Walau
bagaimanapun, dalam kebanyakkan kes, sebabnya tidak diketahui. Faktor Risiko
Kanser Payudara Kita sememangnya mengetahui beberapa faktor risiko untuk
menghidap kanser payudara.
Antaranya ialah;
• Sejarah kanser payudara
individu
• Sejarah kanser payudara
dalam keluarga, terutama keluarga terdekat (ibu, kakak atau anak) jika kanser
terjadi sebelum putus haid (menopaus), atau terjadi dalam kedua-dua belah
payudara pada mana-mana ahli keluarga tersebut.
• Mula datang haid pada usia
muda (juga disebut menark awal) • Mengalami putus haid pada usia yang lanjut
• Tidak mempunyai anak
(nulipariti)
• Mula hamil selepas berumur
30 tahun
Jika anda terlalu berat
(obes) dan banyak meminum minuman keras, anda juga menambahkan risiko penyakit
kanser payudara. Oleh sebab hanya satu dalam empat wanita yang mengalami kanser
payudara menghadapi faktor risiko ini, pengesanan awal melalui mamografi,
menjalani pemeriksaan payudara secara klinikal, dan membuat pemeriksaan
payudara secara sendiri adalah penting bagi semua wanita. Satu faktor penting
yang mendasari semua faktor risiko ini ialah hormon wanita iaitu estrogen.
Estrogen memainkan peranan utama dalam kitaran haid dan kehamilan wanita. Ada
lebih banyak maklumat lagi tentang estrogen di bahagian lain dalam buku ini.
Mengapakah anda perlu mendapatkan rawatan segera? Kita tahu bahawa kanser
payudara bukanlah sesuatu yang dijangkiti secara kebetulan, seperti campak.
Kanser payudara mengambil masa untuk berkembang, mulanya daripada satu selkecil
yang tidak normal. Kadangkala perkembangan ini mengambil masa yang lama.
Kadangkala jenis kansernya sangat “ganas” dan ketumbuhan (tumor) ini membesar
dengan cepat. Bahaya tumor malignan ialah sel-sel malignannya boleh terpisah
daripada tumor ini. Sel-sel ini kemudiannya beredar melalui edaran darah ke
bahagian tubuh yang lain. Sel-sel kanser payudara boleh merebak ke nodus limfa
di ketiak (nodus aksilari) atau ke salur darah yang membawanya ke paru-paru,
hati, tulang atau bahagian tubuh yang lain. Merebaknya kanser ke bahagian lain
di dalam tubuh disebut metastasis. Apabila ini terjadi, penyakit ini menjadi
amat sukar untuk dirawat. Kanser yang dikesan pada peringkat awal selalunya
(tetapi bukan setiap kali) tidak menyakitkan. Pada peringkat awal, ketumbuhan
ini terlalu kecil dan sukar dikesan dengan meraba payudara. Tetapi setelah
besar, ketumbuhan ini dikesan sebagai ketulan atau ketebalan pada payudara. Kanser
payudara sering terdapat di bahagian atas luar payudara, tetapi boleh juga
terjadi dimana-mana bahagian payudara.
Antara tanda yang perlu
diperhatikan ialah:
• Ketulan atau ketebalan di
mana-mana bahagian pada payudara.
• Lekukan atau kecutan kulit
pada payudara
• Puting yang tertolak ke
dalam, yang biasanya tidak begitu.
• Lelehan dari puting keluar
dengan sendirinya, dan meninggalkan tanda pada pakaian anda.
• Sebarang perubahan pada
bentuk, tekstur misalnya kulit menebal atau timbul), atau warna kulit.
• Semua perubahan ini boleh
anda lihat atau rasa jika anda memeriksa payudara anda setiap bulan.
(Pemeriksaan sendiri payudara). Perubahan ini juga dapat dilihat atau dikesan
oleh pekerja profesional kesihatan semasa pemeriksaan payudara di klinik.
Pemeriksaan sendiri payudara untuk mengesan ketulan atau ketebalan, atau tanda
luar biasa yang lain, dan memicit puting dada perlahan-lahan untuk memastikan
samada keluar lelehan atau tidak.
Periksa payudara anda setiap
bulan. Beritahu doktor atau jururawat anda jika terdapat sebarang perubahan.
Sungguhpun pemeriksaan payudara amat penting dilakukan, namun faktor tumor
payudara tetap dapat tumbuh tanpa menunjukkan sebarang tanda. Sebab itulah
mamogram amat penting sekali. Mengesan kanser payudara yang tersembunyi:
Mamogram Mamogram ialah filem x-ray payudara. Penjelasan tentang tatacara
mamografi diberikan pada halaman 18. Salah satu perkara terbaik yang patut
dilakukan oleh wanita berusia 50 tahun ke atas untuk menghindari kanser
payudara adalah dengan menjalani mamogram mengikut jadual yang disarankan oleh
Kementerian Kesihatan. Mamogram biasanya tidak bermanfaat bagi wanita berumur
40 tahun ke bawah. Tisu payudara pada wanita semuda itu terlalu padat dan tidak
akan menghasilkan gambaran x-ray yang memuaskan. Tisu mereka juga lebih
sensitif terhadap sinaran x–ray malah terhadap dos rendah yang selamat, yang
biasanya digunakan dalam mamogram hari ini. Mamogram membolehkan kita melihat
tumor yang sedang berkembang lebih awal sebelum ia dapat dikesan oleh anda atau
profesional kesihatan yang mahir. Mamogram dapat mengesan kanser payudara
dengan awal lagi. Apabila doktor melihat mamogram, mereka membandingkan
filem-filem x-ray ini dan mencari perbezaan antara imej-imej yang ada. Kadang
kala x-ray ini akan menunjukkan ketulan halus kalsium dalam payudara yang
disebut mikroalsifikasi. Kebanyakkan mikroalsifikasi ini tidak merbahaya,
tetapi adakalanya ia menandakan kanser atau keadaan sebelum terjadinya kanser.
Jika kelompok baru kalsium muncul, doktor mungkin akan melakukan biopsi. Satu
lagi tanda kanser payudara pada mamogram ialah adanya bayang-bayang. Jika ini
muncul, pemeriksaan lanjut juga perlu dilakukan. Ingatlah: Kanser payudara
boleh dipulihkan, terutamanya jika ia dikesan awal. Anda dan Pasukan Penjagaan
Kesihatan Anda Setiap wanita mempunyai cara tersendiri untuk menjaga kesihatan
diri masing-masing. Tidak semua wanita mahu mengetahui semuanya tentang kanser
payudara dan rawatannya. Sesetengahnya pula berasa selesa melakukan apa sahaja
yang dicadangkan oleh doktor, tanpa sebarang pertanyaan. Ada pula yang mahu
mempertimbangkan semuapilihan yang ada. Ada yang mahu meminta nasihat pakar
lain sebelum membuat sebarang keputusan. Apa jua pilihan anda, anda adalah
rakan penting dalam pasukan penjagaan kesihatan anda. Atas sebab inilah, anda
perlu berasa selesa dengan perkeja kesihatan profesional atau pakar anda yang
sentiasa bersamasama anda. Jika diagnosisnya kanser payudara, anda mungkin akan
berjumpa dengan beberapa orang pakar. Anda mempunyai hak sepenuhnya untuk
diberitahu tentang diagnosis anda, rawatannya, hasilnya, dan kesan sampingan
yang mungkin berlaku, samada jangka pendek atau jangka panjang. Anda patut
mendapat perhatian yangcsebaik-baiknya. Setiap profesional anda jumpa hendaklah
memberikan perhatian terhadap segala perkara yang merisaukan anda, dan
meluangkan masa yang secukupnya untuk menjawab semua pertanyaan anda. Mungkin
anda sedia maklum bahawa bukan semua profesional kesihatan sensitif. Ada yang
kurang mahir berkomunikasi. Ramai yang lupa bahawa istilah, tatacara, dan alat
yang digunakan sehari-hari adalah baru dan mungkin menakutkan pesakit. Ada
caranya untuk mengatasi maslaah ini. Pertama, anda perlulah tahu tentang apa
yang dilakukan oleh setiap pakar. Pakar Pakar yang mungkin anda temui ialah:
Pakar radiografi - Jika anda
mempunyai masalah payudara dan berusia melebih 40 tahun, anda mungkin
memerlukan mamogram. Pakar radiografi sudah dilatih meletakkan pesakit dalam
kedudukan yang betul untuk x-ray, memuatkan filem dan mengambil imej, mencuci
filem dan memeriksa imej x-ray untuk memastikan mutunya, dan memeriksa prestasi
sistem x-ray. Oleh sebab mamogram dihasilkan pada mesin yang digunakan hanya
untuk mamogram, pakar teknologinya akan diberi latihan khas dalam mamogram.
Filem x-ray ini perlu dihantar kepada pakar radiologi untuk diperiksa.
Pakar Radiologi - Mereka
ialah doktor yang akan menjalankan latihan tambahan selama beberapa tahun untuk
memeriksa imej x-ray dan mendiagnosis apa-apa kelainan yang terdapat pada imej
berkenaan.
Pakar Onkologi - Pakar
Onkologi ialah doktor yang akan menjalankan latihan tambahan selama beberapa
tahun khusus dalam bidang kanser. Pakar Onkologi radiasi mahir menggunakan
x-ray (radiasi atau sinaran) untuk membunuh tumor kanser. Pakar Onkologi
perubatan menggunakan ubat (kemoterapi) untuk merawat kanser. Pakar ini juga
menggunakan bahan yang biasanya dihasilkan oleh tubuh anda ( bahan biologi,
misalnya interferon) sebagai sebahagian rawatan. Pakar Onkologi klinikal
mengunakan kedua-duanya, iaitu sinaran dan ubat, untuk merawat kanser.
Pakar Bedah - Pakar bedah
ialah doktor yang melakukan pembedahan, misalnya untuk membuang ketulan atau
tumor pada payudara. Pakar Patologi Pakar Patologi mengenalpasti penyakit
dengan memeriksa tisu dan cecair tubuh. Setelah ketulan payudara diambil sampel
atau dikeluarkan seluruhnya melalui pembedahan, pakar patologi akan
memeriksanya untuk memastikan samada ia kanser atau tumor beingna yang tidak
berbahaya.
Jururawat Onkologi - Jururawat
ini telah menjalani latihan lanjutan yang lebih mengkhusus selepas memperolehi
ijazah Jururawat Berdaftar. Jadi mereka memang berkhalayakan merawat pesakit
kanser. Mereka menyediakan ubat kanser dan memberikannya melalui suntikan,
titisan IV (intravena), atau cara lain. Mereka membantu dalam memberikan
rawatan sinaran , pembedahan, dan pemindahan tulang sumsum, serta mengendalikan
penjagaan selepas rawatan.
Pekerja Sosial - Pekerja
Sosial memberikan kaunseling, sokongan moral dan hubungan sumber, terutamanya
bagi masalah yang tidak berkaitan dengan perubatan. Misalnya pekerja sosial
onkologi boleh membantu pesakit dan keluarganya mendapatkan tempat tinggal atau
bantuan kewangan, jika pusat kanser jauh dari rumah. Berbincang dengan rakan
pasukan kesihatan anda. Ramai orang tidak selesa untuk berbincang dengan pakar kesihatan
profesional mereka, terutamanya jika mereka kelihatansibuk. Jika anda
menghadapi masalah ini, ia tidak akan lenyap dengan sendirinya, terutamanya
apabila anda bersedih kerana anda menghidap kanser payudara. Salah satu manfaat
pasukan penjagaan kanser ialah keputusan bersama boleh dibuat dengan pasukan
anda.
Anda seharusnya tidak
teragak-agak untuk bertanya bagi mendapatkan penjelasan daripada pasukan anda
tentang apa-apa hal yang berkaitan dengan kesihatan anda.
Jika anda tidak selesa
dengan sesiapa sahaja yang menjaga anda, atas apa-apa sebab, mungkin lebih elok
anda dapatkan orang lain.
Dari satu segi pula, anda
perlulah ingat bahawa pekerja kasihatan profesional ini juga adalah manusia
biasa, dan pertemuan anda dengan mereka mungkin diselubungi rasa risau dan
sedih pada diri anda.
Ramai pekerja kesihatan
profesional yang merawat pesakit kanser berada di situ kerana mereka begitu
mengambil berat tentang pesakit.
Jika anda mengenang kembali
hal ini, apa yang tidak boleh anda lupakan ialah kenangan terhadap mereka yang
telah mencurah tenaga, kasih sayang dan simpati terhadap anda ketika melalui
detik-detik yang paling mencabar.
Buat Catatan. Soalan yang
kami sertakan dalam setiap bahagian seterusnya membantu anda memulakanya. Tulis
soalan lain dalam ruang yang disediakan.
Bawa buku catatan setiap
kali anda datang ke klinik atau datang untuk rawatan.
Tulis masalah anda dengan
ringkas, bila bermula, berapa lama, samada menyakitkan atau tidak, dan
sebagainya.
Berdasarkan catatan itu,
anda akan dapat memanafaatkan masa di klinik dengan lebih baik. Ini berkmakna
anda tidak akan lupa akan sesuatu yang penting. Buat catatan tentang apa yang
dikatakan oleh pekerja kesihatan profesional.
Ini akan membantu anda
mengingatkan apa yang patut anda ingat. Catatan nama dan dos ubat yang anda
ambil. Catat apa-apa ubat yang tidak lagi anda makan. Tulis arahan, dan soalan
tambahan yang timbul dari masa ke semasa. Alat perakam suara juga berguna.
Kebanyakan pekerja kesihatan
profesional tidak keberatan jika pesakit mereka menggunakan alat perakam. Walau
bagaimanapun, minta izin daripada mereka sebelum menggunakannya.
Inilah satu-satunya masa
anda boleh menyampuk. Jika ada sesuatu yang tidak jelas, jangan segan-segan
untuk meminta penjelasan. Anda perlu faham apa yang berlaku dalam tubuh anda
dan mengapa sesuatu rawatan itu dijalankan.
Dengan memahami fakta
sejelas-jelasnya, anda akan dapat membuat pilihan yang terbaik untuk rawatan
anda. Bawalah Teman Eloklah anda datang bersama kawan, suami/isteri, atau ahli
keluarga.
Teman ini dapat:
• Mendengar apa yang
dikatakan
• Mengingatkan anda apa-apa
soalan yang ingin anda tanyakan. • Membantu anda mengingat kembali apa-apa yang
dibincangkan
Pendapat Kedua- Anda boleh meminta
pendapat doktor lain tentang keputusan ujian anda, atau pilihan rawatan. Ini
bukanlah sesuatu yang menghina atau tidak sopan untuk meminta pendapat daripada
doktor lain. Doktor yang bagus mengalu-alukan pendapat pakar lain.
Sebelum Diagnosis - Bukan
semua ketulan menandakan kanser Jika orang yang pertama anda temui ialah doktor
keluarga atau pakar ginekologi anda, anda mungkin dinasihatkan berjumpa pakar
bedah. Ini tidaklah semestinya bermakna doktor anda berpendapat anda menghidap
kanser. Doktor keluarga atau pakar ginekologi mungkin tidak mempunyai
pengalaman yang sama dalam mendiagnosis perubahan pada payudara sebagaimana
pakar bedah. Jadi wajarlah pakar memeriksa peyudara anda.
Mamogram - Mamogram ialah
sejenis filem x-ray khas. Mamogram dapat mengesan kanser payudara pada peringkat
awal, sebelum anda ataupun pakar kesihatan yang mahir dapat mengesan sebarang
ketulan dengan tangan. Mamogram dihasilkan pada mesin x-ray yang direka khas
hanya untuk mamagram. Ia boleh dibuat di pusat radiologi, klinik atau hospital
atau pejabat doktor. Semua tempat yang menjalankan mamogram hendaklah memenuhi
kelakayakan profesional dan mempunyai petugas terlatih untuk menjalankan dan
mentafsirkan mamogram.
Sila baca selanjutnya:
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.