Total Pageviews

Wednesday 6 February 2019

Ujian darah kesan lapan jenis tumor



Ujian darah kesan lapan jenis tumor




MIAMI: Ujian baharu ke atas darah untuk barah menunjukkan kemajuan bagi mengesan lapan jenis tumor berbeza sebelum ia merebak ke seluruh tubuh, memberikan harapan kepada pengesanan awal, kata penyelidik semalam.

Kajian selanjutnya diperlukan sebelum ujian itu, yang dinamakan CancerSEEK, boleh didapati secara meluas bagi projek bernilai kira-kira AS$500 (RM1,977), menurut laporan dalam jurnal Science.

Kajian itu, yang diketuai penyelidik di Universiti Johns Hopkins, membabitkan 1,005 pesakit yang barahnya, sudah pun didiagnos lebih awal berdasarkan gejalanya, dikesan dengan kadar ketepatan kira-kira 70 peratus secara keseluruhan.

Barah dikesan dalam ovari, hati, perut, pankreas, esofagus, kolorektal, paru-paru dan payudara.

Bagi lima jenis barah iaitu ovari, hati, perut, pankreas dan esofagus, tiada ujian imbasan disediakan untuk mereka yang kurang berisiko.

Ujian mampu mengesan lima barah berkenaan dengan kadar sensitiviti 69 hingga 98 peratus.

Dalam 83 peratus kes, ujian mampu menunjukkan di mana barah itu terletak secara anatomi.

"Matlamat utama CancerSEEK adalah mengesan barah lebih awal, sebelum ia menunjukkan gejala," menurut laporan. - AFP






..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.