Total Pageviews

Wednesday 6 February 2019

ujian darah untuk kesan kanser





Kesan kanser dengan ujian darah


MENGESAN KANSER DENGAN UJIAN SARINGAN DAN TUMOR MARKER




Mengesan Kanser Dengan Ujian Saringan Dan Tumor Marker


Memaklumkan kepada seseorang bahawa dia menghidap kanser memang tugas yang senang kalau sekadar nak bagitahu. Apabila diberitahu oleh seseorang yang mempunyai emosi, keadaan akan jadi rumit kerana dia turut perlu hadapi penerimaan pesakit itu mengenai penyakitnya. Kita semua tahu kanser adalah penyakit yang mengakibatkan maut. Namun yang kita tak tahu, ramai pesakit kanser yang dah sembuh malah menjalani kehidupan dengan gembira kerana penerimaan positif terhadap penyakit.
Disebabkan kanser adalah penyakit yang menakutkan untuk dihadapi, jadi doktor perlu betul-betul pasti bahawa seseorang memang menghidap kanser sebelum memberitahunya. Cara yang paling tepat ialah dengan mengambil sampel tisu yang dipercayai sel kanser dan memeriksa sampel itu. Namum, dalam sesetengah kanser, tumor marker atau penunjuk kanser akan diambil untuk membuat pengesahan lanjut mengenai kanser yang dihidapi oleh seseorang.


Apakah tumor marker


Tumor marker adalah protein khas yang dihasilkan daripada aktiviti sel kanser. Namun penanda ini tidak spesifik kepada kanser tertentu dan ada juga sel kanser yang tidak menghasilkan tumor marker. Disebabkan kanser adalah penyakit yang biasanya dikesan pada peringkat yang sudah teruk, jadi saringan awal adalah sangat penting untuk mengesannya.

Penanda tumor dan bahagian tumor yang terlibat

Walaupun kebanyakan penanda tumor tidak spesifik kepada sejenis kanser sahaja, namun penanda tumor ini banyak membantu untuk mengesahkan kanser tersebut.
Petanda tumor
Kebarangkalian kanser
Ca 19.9
·         Hati
·         Perut
·         Esofagus
·         Kolorektal
·         Prostat
·         Pankreas

NSE
·         Paru-paru
·         Pankreas
·         Tiroid

CEA
·         Paru-paru
·         Payudara
·         Perut
·         Kolorektal
·         Pankreas
·         Uterus
·         Pundi Kencing
·         Tiroid
·         Esofagus

Ca 242
·         Kolorektal
·         Pankreas
·         Perut

Ferritin
·         Hati
·         Paru-paru
·         Payudara
·         Pankreas

HcG
·         Ovari
·         Endometrium (lapisan paling dalam uterus)
·         Paru-paru
·         Esofagus
·         Prostat
·         Payudara
·         Pankreas
·         Testis

AFP
·         Hati
·         Paru-paru
·         Perut
·         Esofagus
·         Ovari
·         Pankreas
·         Testis

F-PSA / PSA
·         Prostat
·         Endometrium
·         Hati
·         Paru-paru

Ca 125
·         Ovari
·         Paru-paru
·         Payudara
·         Hati
·         Kolorektal
·         Pankreas

HGH
·         Pituitari (kelenjar yang merembeskan hormone di otak)
·         Hati
·         Buah pinggang

Ca 15-3
·         Ovari
·         Paru-paru
·         Kolon
·         Pankreas



Ujian saringan untuk kanser



1.Kanser payudara – mammogram atau mengimbas payudara disarankan setahun sekali untuk wanita yang berusia 40 tahun ke atas atau lebih awal untuk wanita yang mempunyai faktor risiko. Pemeriksaan ini harus diteruskan jika keputusan mammogram adalah normal.

2.Kanser usus besar – Walaupun tidak mempunyai apa-apa symptom, mereka yang berusia 40 tahun ke atas disarankan untuk menjalani ujian ke atas sampel najis. Sekiranya ada darah dalam sampel najis, orang itu akan dirujuk untuk menjalani pemeriksaan teropong usus besar untuk memastikan punca pendarahan.

3.Kanser serviks – Wanita yang berusia 40 tahun ke atas disarankan menjalani pap smear setahun sekali.

4.Kanser prostat – Lelaki yang berusia 50 tahun ke atas disarankan menjalani pemeriksaan prostat (melalui dubur) dan menjalankan ujian PSA (antigen prostat spesifik yang meningkat dalam kanser prostat sahaja)

5.Kanser paru-paru – Orang yang merokok disarankan untuk menjalani pemeriksaan paru-paru dalam 1-2 tahun sekali. Walaupun mungkin bukan untuk kanser, risiko kerosakan paru-paru yang kronik tinggi untuk perokok.

Untuk mengesahkan kanser juga bergantung kepada kepakaran dan pengalaman seseorang doktor kerana kadang-kadang penyakit manusia ada yang berbeza daripada yang ditulis di buku. Bak kata pensyarah saya dulu, “Anything can happen in medicine”.

Jika ada sebarang pertanyaan atau saja nak sembang, boleh hubungi saya,
Fyda : 012 621 1883


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.