PENDAPAT DOKTOR
DR. YOONG BOON KOON
Pensyarah Kanan Perubatan dan Pakar Bedah (Hepatobiliary),
Pusat Perubatan Universiti Malaya
DR. YOONG BOON KOON
Pensyarah Kanan Perubatan dan Pakar Bedah (Hepatobiliary),
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Apa itu pankreas dan fungsinya?
Pankreas ialah organ yang terletak di belakang abdomen dan perut. Ia adalah organ yang mempunyai banyak kelenjar di dalamnya. Ia mempunyai dua fungsi iaitu endokrin dan exokrin.
Secara
asasnya, fungsi endokrin adalah untuk mengeluarkan hormon seperti
insulin dan glukagon. Kedua-dua hormon ini berfungsi mengawal kandungan gula
dalam darah.
Satu
lagi fungsi pankreas ialah exokrin. Ia menghasilkan enzim untuk membantu mencernakan bahan
makanan seperti protein, lemak dan karbohidrat.
Apa itu kanser pankreas?
Kanser pankreas ialah suatu malignan yang terhasil dari sel pankreas sendiri. Ia boleh terhasil dari pelbagai jenis sel. Kebiasaannya adalah sel ‘adenocarcinoma’, manakala kanser dari jenis sel ‘neuroendocrine’ tumor dan sel kanser ‘glucagonoma’ pula jarang berlaku.
Secara
umumnya, bila berbincang tentang
kanser pankreas, kita akan bercakap tentang ‘adenocarcinoma’.
Satu
contoh kes pankreas yang boleh kita ambil, adalah kes yang dihadapi oleh Steve
Jobs iaitu pankreas‘neuroendocrine’ tumor.
Apakah tanda-tanda awal menunjukkan seseorang itu mengidap kanser
pankreas?
Jika anda telah mempunyai tanda tanda, ini menunjukkan bahawaa kanser yang anda hidapi sudah di peringkat lewat. Kehadiran tanda-tanda kanser pankreas juga bergantung kepada kedudukan kanser pada kelenjar pankreas itu sendiri. Jika sel kanser berada di pangkal pancreas disebabkan salah satu saluran hempedu melaluinya, sel kanser boleh menghalang saluran hempedu itu.
Apabila
saluran hempedu itu tersumbat, anda akan mendapat penyakit kuning ( jaundis ),
air kencing akan menjadi sangat kuning dan ketika anda membuang air besar, najis
menjadi warna pucat dan terapung-apung.
Selain
itu, anda juga mungkin ada mengalami sedikit cirit-birit dan jika kanser berada
di tengah pankreas, kebanyakan masanya, anda akan merasa kesakitan dan ketidakselesa
di bahagian abdomen. Ini selalunya adalah tanda-tanda kanser pancreas di
peringkat yang lewat.
Apakah
ujian-ujian yang dilakukan bagi mengesan kanser ini dan bagaimana kanser ini
dikategorikan?
Diagnosis
biasanya dilakukan dengan cara penyelidikan imej iaitu menggunakan ‘CT Scan’ atau ‘Magnetic Resonance
Cholangiopancreatography’ (MRCP).
‘CT
Scan’ bermaksud ‘Computer
Tomography’, kita dapat melihat satu tumbesaran di pankreas dari
situ kita dapat memastikan adakah ianya kanser pankreas.
Kedua-duanya
penting dan sama ketepatan tetapi MRCP mempunyai kelebihan iaitu dapat melihat
saluran gelap dengan jelas.
Selain
dari itu, jika anda ingin melakukan ‘Tissue
Diagnosis’ menggunakan biopsi.
Biopsi dilakukan dengan meletakkan jarum di dalam skop atau dengan meletakkan
jarum dalam kulit dan terus ke pankreas dan mengambil satu sampel.
Walau
bagaimanapun, biopsi kadangkala menjana hasil yang tidak tepat yakni kita mungkin
mendapat keputusan negatif walaupun sebenarnya ada kanser sedang tumbuh dalam
pankreas.
Biasanya
kita bergantung pada ‘CT
Scan’ atau MRCP berbanding dengan biopsi. Sudah tentu, jika
inginkan kepastian seratus peratus, kita perlukan biopsy, namun begitu hasil
prosedur biopsy tidak dapat menjamin kepastian walaupun sebenarnya terdapat sel
sel kanser sedang tumbuh di pankreas.
Apakah penyebab kepada kanser pankreas?
Punca-punca kanser pankreas amat susah untuk dikenal pasti tetapi dikaitkan kepada merokok, obesiti dan diabetis. Selain itu, ia kadang-kadang boleh terjadi secara genetik yang berkaitan dengan pelbagai simptom lain. Selain itu, pengambilan daging merah yang tinggi juga boleh menyebabkan kanser pankreas tetapi puncanya tersendiri amat susah untuk dikenal pasti.
Apakah rawatan yang dilakukan kepada pesakit pankreas?
Kanser pankreas jika bercakap tentang rawatan, pembedahan sahaja diperlukan. Pada tahap 1 dan 2 anda boleh membuang kanser itu melalui pembedahan yang dipanggil ‘Whipple procedure’ dengan mengeluarkan hujung pankreas itu, namun ia bergantung kepada lokasi pankreas itu.
Untuk
melakukan pembedahan ‘Whipple procedure’ adalah agak
rumit dan mengambil masa selama 6
hingga 12 jam. Disebabkan limitasi kerumitan prosedur, hanya
sebilangan pakar bedah sahaja dalam negara yang berkebolehan melakukan prosedur
ini.
Selain
daripada melakukan pembedahan, tiada cara lain. Kemoterapi hanya akan mengawal
dan kadang-kadang boleh mengurangkan kanser dan selepas itu barulah pembedahan
dilakukan. Tetapi jika anda bercakap tentang jalan penyelesaian, hanya
pembedahan sahaja.
Rawatan
lain, termasuklah radioterapi dan kadangkala irradiasi boleh juga membantu
mengurangkan kesakitan.
Bercakap
tentang rawatan ‘palliative’
pada pankreas selalunya pesakit yang hadir sudah tidak dapat
dirawat lagi.
Saya
anggarkan 60% dari mereka sudah tidak boleh dirawat lagi.
Rawatan‘palliative’ adalah
jika ia tersumbat, kami akan membantu mengatasinya. Jika pesakit tidak dapat
makan kerana kadangkala kanser itu menghalang saluran makanan, dan jika hempedu
tidak turun dengan lancar, kami akan membantu mengatasinya.
Jika
pesakit mengalami kesakitan, kami akan memberi rawatan kesakitan. Ini adalah
asas kepada rawatan kanser pankreas.
Apakah komplikasi kesan daripada rawatan kepada pesakit pankreas?
Kesan sampingan dari pembedahan, risikonya agak tinggi. Pusat-pusat perubatan seperti kami (PPUM), UKM dan Hospital Selayang adalah pusat perubatan khusus untuk pembedahan ini.
Terdapat
purata kematian kurang dari lima peratus.
Jika
rawatan di tempat yang tidak mempunyai pakar bedah pankreas, purata kematian
akan naik sehingga
20 hingga 30%.
Selepas
pembedahan, terdapat bahagian dari perut yang terpaksa dibuang, anda harus
makan makanan sedikit sahaja. Pada mulanya anda akan mengalami cirit-birit dan
terdapat masalah pengawalan
gula dalam darah.
Terdapat
dua sebab ini berlaku, yang pertama pankreas mengeluarkan insulin yang mengawal
gula dalam darah. Sebahagian daripadanya sel pengeluar hormone insulin sudah dibuang
dan ini menyebabkan ia susah mengawal gula dalam darah.
Kedua,
tiba-tiba separuh bahagian perut dibuang, ini membawa kepada makanan terus
bergerak ke dalam usus tanpa kawalan. Jadi kandungan gula akan tiba-tiba tinggi
dan tiba tiba rendah. Tapi, ia lagi boleh dirawat dengan ubat-ubatan.
Apakah harapan dan prognosis bagi mereka yang mengidap penyakit
ini?
Malangnya walaupun selepas 15 tahun, tidak banyak kemajuan dalam rawatan kanser ini. Jika kita bercakap tentang purata kadar pemulihan, pesakit yang sudah berada di tahap 3 atau 4 yang bermaksud kanser tidak boleh dibuang melalui prosedur pembedahan, pesakit selalunya bertahan dari 6 ke 7 bulan.
Walaupun
kanser itu boleh dirawat, secara purata selepas pembedahan mereka boleh
bertahan dari 18 bulan hingga ke 2 tahun.
Jika
bercakap tentang pemulihan jangka panjang, contohnya lebih 10 tahun, hanya
kurang 5% yang mendapat peluang ini. Jika kita bercakap tentang 5 tahun
pemulihan kepada pesakit yang boleh dibedah ialah 10% atau kurang.
Malangnya,
ini adalah salah satu kanser paling teruk anda boleh dapat. Anda cuma perlu
mengesan dan merawatnya lebih awal dengan rawatan yang tepat.
...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.