Total Pageviews

Wednesday 6 February 2019

Mr Os Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru


Pelawak Mr Os Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru




KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal era 80an dan 90an, Mr Os disahkan meninggal dunia hari ini.

Mr Os, 55 tahun, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 3 petang, menurut anaknya Husna Yusof ketika dihubungi Astro AWANI.

Menurut perkongsian di Facebook anaknya, jenazah Mr Os akan dibawa pulang ke Surau Al-Muhajirin, Kampung Sri Gombak Indah dekat sini.

Selain terkenal dengan filem seperti "Adik" dan "Awang Spanar", Mr Os juga merupakan juara Maharaja Lawak Mega musim pertama menerusi penyertaannya bersama Abon sebagai gandingan Osbon.

Mr Os dimasukkan ke Hospital Selayang pada Isnin setelah mengadu sakit akibat kanser yang dihidapinya.


Allahyarham dijadual menghadiri satu majlis bersama Ustaz Azhar Idrus malam ini di Teluk Pasu, Kuala Terengganu.






...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.