Total Pageviews

Friday 2 November 2018

Manfaat bawang putih





Tahukah anda khasiat bawang putih terlalu banyak. Ianya bukan sekadar digunakan dalam masakan. Jika anda perhatikan, bawang putih selalu digunakan dalam pelbagai jenis masakan, dan kebanyakannya digunakan dalam pasta dan roti. Tetapi, tahukah anda bawang putih mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan?
Ya! Jangan terkejut kerana bawang putih merupakan antara 10 makanan terbaik di dunia.
Bawang lebih dikenali dengan kegunaannya untuk menghalau ‘vampire’ dek kerana baunya yang sungguh kuat. Walau bagaimanapun, kini bawang putih telah digunakan secara meluas dalam pelbagai masakan daripada Itali, America, Cina sehinggalah ke masakan Melayu sendiri.

Kebaikan Bawang Putih

1 Menghalang daripada Kanser Perut, Usus dan Usus Akhir


Bawang putih boleh membuatkan anda untuk mengelak daripada 3 kanser yang tidak diingini daripada berlaku ke atas diri anda. Tetapi, anda harus ingat! Supplement bawang putiih yang biasa dijual di farmasi sebenarnya tidak memberi apa apa kesan pun. Jadi, bukankah lebih baik jika kita mencarai bawang putih yang asli?

2 Pencegah Demam

Anda boleh mengelakkan daripada demam dengan memakan bawang putih kerana bawang putih sangat kaya dengan Anti Oksidant. Jangan lupa untuk menambah lebih banyak bawang putih dalam makanan seharian anda selepas ini.

3 Menstabilkan Gula Dalam Darah

Orang yang menghidap penyakit diabetes (Diabetic) ini akan mencari bawang putih kerana bawang putih boleh membantu menstabilkan kadar gula dalam darah mereka. Bawang putih akan membantu dalam meningkatkan pengeluaran insulin dan meningkatkan sensitivity insulin.
Bukankah ini cara yang mudah lagi murah untuk kesihatan anda?

4 Mengatasi Masalah Jerawat

Jangan bimbang lagi kerana bawang putih ialah penyelasaian kepada masalah jerawat dan jeragat! Tetapi diingatkan, jangan terus meletakkan bawang putih ke muka kerana ia akan menyebabkan kulit anda pedih. Rendam dahulu bawang putih sebelum mengoles ke muka anda.
Jika anda ingin hasil yang lebih baik, letakkan sebelum tidur dan basuh muka anda pada keesokan paginya.

5 Melebatkan Pertumbuhan Rambut

Ini merupakan satu daripada kegunaan bawang putih secara luaran. Memandangkan bawang putih mengandungi sulphur yang menjadi agen pelebat rambut, hanya letak bawang putih di sekitar kulit kepala anda dan urut dengan perlahan lahan.
Lebih murah dan mudah berbanding anda ke salon kecantikan bukan? Mengapa perlu membazir jika terdapat pilihan yang lebih murah

6 Menghalang Parasit

Saintis mendapati orang yang mengambil bwang putih dalam diet seharian mereka kurang diganggu parasit berbanding mereka yang tidak mengambil bawang putih. Ini kerana bawang putih mempunyai antibiotik untuk menghalang parasit atau pun nyamuk daripada terus menggangu anda.

7 Merawat Tekanan Darah Tinggi

Bagi penghidap penyakit darah tinggi, bawang putih mungkin menjadi rutin harian mereka. Dalam satu kajian yang telah dijalankan di UK, bawang putih juga dikenal pasti mampu mengurangkan diabetes dan penyakit strok.

8 Rawatan Psoriasis

Psoriasis adalah penyakit yang mana kulit menjadi merah, gatal gatal dan bersisik. Dengan mengoles bawang putih ke kulit yang dijangkiti psoriasis, secara tidak langsung ia akan mengurangkan simptom simptomnya. Jika digunakan secara kerap, ia akan mampu menghalang psoriasis daripada berlaku lagi.

9 Mengubati Bengkak

Seperti yang disebutkan di atas tadi, anti biotik yang ada di dalam bawang putih itu boleh membunuh bakteria dan disinfect bengkak tersebut dan mempercepatkan proses penyembuhan. Dengan hanya meletakkan sedikit bawang putih di kawasan bengkak, ia akan mula sembuh.

10 Membuang Selumbar

Kita selalu mempunyai masalah selumbar dan semestinya, bukan mudah untuk mengeluarkannya. Hanya letakkan sepotong bawang putih di kawasan yang terkena selumbar dan balutkan dengan plaster. Biarkan selama beberapa jam. Bawang putih mempunyai anti bakteria yang menghalang daripada luka untuk terus merebak.

11 Mengubat Masalah Gigi

Allicin adalah jus yang keluar daripada bawang putih apabila dipotong. Apa yang membuatkan bawang putih istimewa adalah kerana adanya Allicin kerana Allicin bertindak sebagai penyembuh dan penahan sakit semula jadi. Sedikit bawang putih boleh menyelesaikan masalah gigi anda! Tetapi, jangan lupa untuk periksa dengan pakar pergigian anda.

12 Melawan Alergik

Seperti yang disebutkan tadi, Allicin yang terkandung dalam bawang putih akan mempercepatkan proses penyembuhan. Ia juga membantu dalam melawan beberapa alergik terutama yang berkaitan dengan masalah udara. Bawang putih boleh mengurangkan bengkak di kawasan yang sakit.

13 Melawan Osteoporosis

Dalam satu kajian mendapati, bawang putih meningkatkan penyerapan kalsium di dalam usus. Jadi, untuk melawan osteoporosis, ada digalakkan untuk makan bawang putih dan makanan makanan yang berkaitan seperti bawang dan daun bawang untuk mengurangkan kesakitan.

14 Menghalang Kenaikan Berat Badan

Bawang putih boleh mengurangkan pengambilan insulin dalam badan dan tekanan darah. Ia boleh menghentikan kenaikan berat badan dengan mengubah sel lemak yang telah dikeluarkan oleh badan.

Berapa Banyak Baru Cukup?

Sesetengah kebaikan bawang putih memerlukan anda memakannya, tetapi ada juga yang digunakan secara luaran. Jika digunakan secara uaran seperti untuk menyapu ke luka kecil, gunakanlah dalam kuantiti yang sedikit, bergantung kepada saiz luka tersebut.
Untuk kegunaan dalaman, kebanyakan pakar kesihat menggalakkan untuk mengambil satu ulas setiap hari. Jadilah kreatif dengan cara memakan bawang putih!

Artikel Lain

Selain khasiat bawang putih, ada artikel menarik lain yang boleh anda baca. Oh ya, jangan lupa untuk share dan like artikel ini jika anda merasakan ianya berfaedah.





.
.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.