Plastik Nasi
Himpit Penyebab Kanser
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang
(CAP) mendapati bahan kimia yang ada pada plastik pembungkus nasi himpit adalah
merbahayakan kesihatan.
Ini kerana bahan kimia pada
plastik pembungkus nasi himpit itu akan merembes kepada makanan ketika proses
merebus nasi himpit tersebut dan ia boleh mengakibatkan kanser dan gangguan
hormon jika diambil secara kerap.
Pegawai CAP, Hatijah Hashim
memberitahu Kosmo! hampir
kesemua makanan lain yang berbungkus plastik turut berdepan risiko yang sama.
“Apa yang
dikatakan bahaya ialah apabila plastik dimasukkan ke dalam suhu panas atau
direbus atas api, bahan kimia pada plastik akan merembes ke dalam makanan
tersebut,” katanya lagi. CAP telah mengadakan kajian ini selama
dua tahun dan ia menunjukkan pengambilan secara kerap memudaratkan kesihatan
dan mengalakkan masyarakat kembali membuat ketupat nasi tradisional yang
menggunakan daun kelapa.
Bahkan CAP turut meminta
Kementerian Kesihatan membuat sekatan penggunaan plastik pada makanan yang lain
sebagai langkah pencegahan.
....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.