Total Pageviews

Friday, 2 November 2018

Musang Berjanggut




Manusia disuruh berfikir


P Ramlee mengajar manusia agar berfikir. Manusia yang berfikir diangkat makamnya dan disukai Allah.


Seorang wanita yang berfikiran jauh dan teliti. Sifat yang disuruh Allah supaya manusia berfikir. Bukan kerja sebagai robot sebaliknya fikir sebelum buat.


3:104 Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik baik) dan melarang dari yang mungkar ; dan mereka itulah yang menang. 


Terdapat segolongan manusia yang suka mentertawakan mereka gelihati melihat segolongan manusia lain yang berkelakuan pelik sedangkan yang mentertawakan tiada berilmu.


Contohnya: manusia yang mentertawakan manusia lain yang membawa bekas stainless steel untuk membungkus makanan kerana tidak mengikut cara normal manusia. Manusia yang membawa makanan ini mungkin mengetahui bahaya tersembunyi dihasilkan dari bekas makanan plastik. 

Barangkali juga orang yang ditertawakan itu tidak mahu menyumbangkan pencemaran alam di sesuatu tempat. Ingatlah bawah penjagaan kelestarian  alam semulajadi perlu diamanahkan kepada generasi muda di masa hadapan.


49:11 Hai orang orang yang beriman, janganlah kaum laki laki menghinakan kaum laki laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan (yang lain), kerana boleh jadi perempuan yang dihinakan itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela mencela sesama kamu dan jangan pula panggil memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk buruk nama ialah pasik sesudah beriman. Barang siapa yang tiada bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya.


3:104 Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik baik) dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang.


.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.