Total Pageviews

Friday, 2 November 2018

Halau Cicak


Petua Halau Cicak





1. KULIT TELUR

Cicak tidak suka bau telur. Oleh itu, letak kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk elakkan dari dimasuki oleh cicak. Jangan lupa gantikan dengan baru selepas tiga minggu digunakan.


2. SERBUK KOPI

Letak sedikit serbuk kopi dalam bekas. Masukkan juga serbuk tembakau dan gaul.
Ambil pencungkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di atasnya kemudian lalukan pada serbuk yang sudah digaulkan.
Letak di tempat yang boleh dimasuki oleh cicak dan juga belakang almari. Cicak akan mati apabila makan serbuk ini.

 

 

3. BAWANG PUTIH/MERAH

Cicak benci bau bawang putih dan merah. Gantung atau letak bawang di tingkap atau pintu. Boleh juga kisar bawang bersama sedikit air. Sembur jus ini di sekeliling rumah.


4. LADA HITAM

Dalam satu bekas, masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air kemudian masukkan dalam botol spray.
Sembur dinding, tingkap dan pintu untuk elak cicak masuk dan merayap dalam rumah. Cicak tidak tahan dengan rasa pedas.


5. PLY PAPER

Lekatkan ply paper pada bahagian bucu siling dan sudut dinding. Apabila cicak melaluinya, ia akan melekat pada ply paper ini. Jadi dengan mudah anda boleh membuang cicak yang tersekat.

 

 

6. AIR SESEJUK AIS

Sembur air  sejuk pada cicak. Lagi sejuk lagi bagus kerana ia akan melumpuhkan pergerakan cicak.


7. SOS TABASCO

Campurkan air bersama sos Tabasco dan masukkan dalam botol spray. Sembur belakang almari, rak dan dinding. Baunya yang tajam akan membuatkan bukan sahaja cicak lari malah serangga lain juga tidak berani mendekati.

 

 

8. BULU AYAM

Cicak memang gerun dengan burung. Gantung atau letak bulu ayam sekitar rumah. Apabila cicak melihatnya, dengan segera ia akan menjauhkan diri.


9. PERANGKAP TIKUS

Tidak terhad pada menangkap tikus, perangkap ini juga sebenarnya boleh digunakan untuk menjerat cicak juga.




.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.