Total Pageviews

Friday, 2 November 2018

Minyak Masak Sebagai Minyak Pelincir Enjin




Guna Minyak Masak Sebagai Minyak Pelincir Enjin


·        Harian Metro
·        24 Dec 2017
·        Bersama Ahmad Salihin Abd Rahim skrudanspanar@gmail.com


Soalan: Bolehkah kereta menggunakan minyak kelapa sawit atau minyak masak sepenuhnya bagi menggantikan minyak enjin dan apa kesannya? Mohd Syafri Daud, Setiu, Terengganu


Jawapan:

Banyak teori dan perbincangan mengenai isu ini termasuk dakwaan mengatakan minyak masak menyamai minyak sintetik.


Ada juga beberapa individu mengaku menggunakan minyak masak sebagai pengganti minyak hitam kenderaan dan mendakwa menyamai kualiti pelincir yang jauh lebih mahal.

Minyak enjin konvensional berkualiti mampu menangani suhu operasi enjin sehingga 121˚C tetapi molekul akan mula memecah atau terurai apabila suhu melebihi 135˚C.

Minyak sintetik sepenuhnya mampu menangani suhu takungan melebihi paras 148˚C dan untuk perlumbaan profesional, beberapa pasukan perlumbaan menguji campuran sintetik khusus yang diformulasikan ultranipis yang mampu beroperasi pada suhu 177˚C atau lebih tinggi .

Berbalik kepada minyak masak, ramai tukang masak menyedari takat didih cecair seperti air adalah 100˚C manakala takat didih minyak adalah lebih sukar ditentukan.

Sebelum minyak atau lemak mencapai takat didih, ia akan mengeluarkan asap akibat pemecahan lemak selain bau dan rasa sangat luar biasa.

Titik asap untuk minyak goreng berbeza bergantung kepada komponen, asal dan tahap perbaikan, bergantung kepada kandungan asid lemak yang terbebas.

Minyak zaitun mampu bertahan pada suhu sehingga 199˚C manakala minyak kacang pula mencecah 232˚C.

Benar, ia mampu menangani suhu operasi enjin tetapi ketika panas, lemak minyak akan terurai dan kualitinya akan menurun.

Satu lagi kekurangan minyak masak adalah ia tidak mempunyai bahan pembersih untuk menangani kotoran disebabkan proses pembakaran dalam enjin.
Secara mudahnya, pengilang minyak masak sendiri tidak pernah menggunakan minyak masak mereka untuk mengganti minyak pelincir jentera kilang mereka sendiri.

Tetapi tidak mustahil satu hari nanti, minyak pelincir berkualiti dapat dihasilkan melalui penyelidikan minyak kelapa sawit.


.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.