Pelbagai
khasiat bawang putih
BAWANG
putih mempunyai nilai yang amat berguna pada kesihatan. Ciri-ciri penyembuhan
dapat membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan kepada tubuh badan di samping
membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi
(hypertension).
Minyak asas serta komponen lain
yang dimilikinya mempunyai kekuatan antibodi, antifungal dan antiviral.
Khasiat dan manfaatnya untuk
kesihatan boleh didapati dengan mudah kerana bawang putih sememangnya digunakan
sebagai penyedap masakan. Bawang putih mentah dihiris untuk masakan seperti
daging, ayam dan sayur-sayuran atau salad. Selain itu ia juga dijeruk di dalam
minyak untuk menghasilkan rasanya yang lazat.
Bawang putih juga boleh dijadikan
ubat bagi penyakit sakit saraf, sakit sendi, kutil dan penyakit kulit lain.
Bawang putih segar yang
dicampurkan dengan madu dikatakan dapat membantu menyembuhkan selesema, suara
yang serak dan radang pada kerongkong.
Cara memakannya ialah dengan
menekan atau gunakan mesin untuk menghancurkannya, kemudian campurkan dengan
satu sudu madu. Kacau dan biarkan ia ditempat yang sejuk selama satu jam untuk
sebatikan madu dan minyak bawang tersebut. Jika ada tanda-tanda untuk
dijangkiti penyakit selsema, ambil satu atau dua sudu untuk diminum. Ulangi
setiap jam berikutnya.
Ia juga boleh digunakan apabila
selesema teruk dan amat berkesan untuk melegakan sesak nafas dan batuk.
Bawang putih juga dikatakan mampu
memberi kesan terapeutik. Sulfur yang terdapat pada minyak bawang putih boleh
membantu menjadi pembasmi atau pembunuh kuman dalam badan.
Jika bawang putih dijadikan
makanan, ia akan diserap ke dalam aliran darah kemudiannya tersebar melalui
pelbagai organ seperti bahagian kulit, usus, paru-paru dan sistem perkumuhan
air kencing
Semua organ-organ tersebut
mendapat manfaat penyembuhan daripada khasiat bawang putih.
Komponen-komponen
Bawang putih diperkaya dengan
minyak asas dan agen utamanya yang aktif adalah alisin. Sebatian ini
bertanggungjawab menghasilkan bau bawang putih dan berperanan sebagai agen
membantu penyembuh penyakit. Sementara itu, bawang putih juga mengandungi
kalsium, selenium, kalium dan zink.
Penggunaan bawang putih juga
dapat membantu menurunkan tahap kolestrol dalam darah.
Bawang putih juga dikatakan mampu
membantu untuk mencegah pertambahan plak di dalam arteri koronari.
Selain itu ia juga membantu
mengelakkan pembentukan darah beku di dalam saluran darah. Kedua-duanya dapat
melindungi tubuh daripada serangan sakit jantung dan strok.
Tip tambahan
Apabila anda memakan banyak
bawang putih ia akan memberikan anda bau badan dan nafas yang tidak
menyenangkan. Ini disebabkan oleh kandungan minyak yang terdapat padanya telah
dikumuh melalui sistem pernafasan dan kulit. Jadi, bagi mengurangkan kesan yang
tidak enak ini, kunyahlah daun parsli, taim atau pudina dengan segera selepas
memakan bawang putih.
Untuk gangguan usus
Kualiti yang terdapat pada bawang
putih juga digunakan untuk membantu merawat ulser. Untuk lebih berkesan
makanlah tujuh hingga sembilan ulas bawang putih sepanjang hari mengikut cita
rasa masing-masing.
Sama ada memakannya dengan susu
atau ditaburkan di atas roti. Namun bagi ibu yang mengandung atau masih
menyusukan anak tidak digalakkan untuk mengambilnya.
Untuk mengelakkan jangkitan
Sangat bagus untuk penyakit kaki
makan air, ketuat, jangkitan-jangkitan kulit dan jerawat. Letakkan bawang putih
segar yang telah dilecek ke dalam sekeping kain kasa dan sapukan pada kawasan
yang terlibat.
Tip untuk dapur anda
Apabila membeli bawang putih
pilihlah yang masih kukuh. Seharusnya kulit luarnya tegang, tidak pecah dan
berwarna putih atau ungu.
Elakkan membeli bawang putih yang
lembut dan lembap.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.