Bahaya jangkitan saluran pernafasan
KUALA LUMPUR: Mereka
yang menyedut udara tercemar berisiko menghidap pelbagai penyakit disebabkan
jangkitan pada saluran pernafasan hingga ada yang boleh membawa maut.
Saluran pernafasan
terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian atas yang meliputi hidung,
telinga dan kerongkong, manakala bahagian bawah adalah trakea, bronkus, alveoli
dan paru-paru.
Jangkitan saluran
pernafasan adalah disebabkan virus atau bakteria yang menyerang manusia dewasa
serta kanak-kanak.
Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) pernah melaporkan, sejumlah empat juta kematian dicatatkan
setahun akibat penyakit pernafasan akut yang kian meningkat, khususnya dalam
kalangan kanak-kanak dan warga tua.
Penyakit Pernafasan
Kronik (CRD) pula membabitkan paru-paru termasuk asma dan alahan pernafasan,
penyakit pulmonari kronik (COPD), penyakit paru-paru, sindrom apnea dan
hipertensi pulmonari.
Perokok aktif atau
pasif, mereka yang terdedah kepada pencemaran udara di dalam luar rumah atau
pernah menghidap jangkitan pernafasan sewaktu kecil selain terdedah di kawasan
berhabuk, berdebu serta pencemaran kimia, berisiko dihadapi CRD.
Ia juga boleh
menyebabkan kematian dan hilang upaya, tapi boleh diatasi dengan rawatan
berkesan.
INFO: Sistem
pernafasan manusia
- Saluran pernafasan: tempat udara dilembabkan dan deria bau berfungsi
- Hidung: sebahagian organ dalam sistem pernafasan sebagai
saluran untuk keluar masuk gas oksigen, karbon dioksida.
- Farinks: laluan udara dan makanan berbentuk saluran corong,
bermula dari dalam hidung dan memanjang ke arah leher. Panjang kira-kira
13 sentimeter.
- Larinks: kotak suara, terletak di bawah farinks
- Trakea: saluran udara bersambung dengan bronchi
- Tiub bronkus: tisu epitilium mengandungi unjuran rambut halus di atas
permukaannya, menghalang zarah kecil seperti habuk, debu memasuki
paru-paru.
- Bronkiol: cabang bronkus, sebar udara ke alveoli
- Alveolus: kantung udara menempatkan kawasan pertukaran gas
oksigen dan karbon dioksida, dikelilingi kapilari darah yang bebaskan
karbon dioksida ke dalam alveolus dan dihembus keluar.
- Alveolus dan bronkiol membentuk
paru-paru. Udara bergerak keluar masuk dari paru-paru oleh pergerakan
sangkar kerangka dan diafragma, mengembangkan paru-paru untuk menarik
udara masuk, mengempiskan paru-paru untuk menolak udara keluar.
Fungsi sistem
pernafasan:
- Oksigen dalam udara diangkut
dari paru-paru, hantar ke dalam darah.
- Karbon dioksida diangkut dari
darah ke paru-paru dari arah bertentangan.
- Paru-paru kanan lebih besar
dari paru-paru kiri
- Bulu dalam rongga hidung tapis,
panaskan udara disedut.
Punca, simptom
penyakit berkaitan sistem pernafasan:
- Karbon monoksida dari asap
kenderaan, sulfur dioksida dari asap kilang
- Asap rokok, toksin, jerebu
- Tanda jangkitan seperti demam,
hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, berkahak, sakit tekak, sakit
telinga, sakit otot
- Gejala jangkitan kronik seperti
pernafasan cepat dan berbunyi nyaring, rusuk dada tenggelam, sesak nafas,
kurang tidur bagi bayi dan kanak-kanak
- Gejala lain ialah hilang deria
bau dan rasa, tekanan ke atas telinga, pedih mata, demam, sakit dada,
berat badan menurun, batuk berdarah.
- Jangkitan saluran pernafasan
merebak melalui sentuhan, batuk, bersin.
Antara penyakit
berkaitan sistem pernafasan:
- Asma atau lelah, immunologi
disebabkan sukar bernafas
- Penyakit paru-paru kronik
(COPD)
- Bronkitis, bronkitis akut
- Emfisema
- Kanser paru-paru
- Pneumonia atau radang paru-paru
- Batuk kering
- Influenza atau selesema
- Faringitis atau radang tekak.
Langkah cegah
jangkitan saluran pernafasan:
- Jaga kebersihan dan kesihatan
diri, alam sekitar, berhenti merokok
- Cuci tangan, pakai sarung
tangan, guna topeng penapis pernafasan
- Kurangkan hubungan untuk elak
penyebaran terutama kepada kanak-kanak
- Tidak pinjamkan tuala digunakan
kepada orang lain
- Beri imunisasi kepada anak,
amal pemakanan sihat
- Elak suasana sesak dan
pencemaran dalam rumah, tempat awam.
Fakta nombor: Sistem
pernafasan manusia
- 12 hingga 15 kali seminit
hembusan nafas manusia normal
- 40 kali seminit hembusan nafas
bayi ketika berjaga, 20 kali seminit ketika tidur
- 1,600km panjang jaringan
kapilari dalam paru-paru jika disambungkan
- 0.5 liter air dalam badan
manusia hilang setiap hari kerana bernafas.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.