Total Pageviews

Friday, 2 November 2018

Daging proses punca barah


Daging Proses Punca Terjadinya Kanser





Menurut root of science, bagi orang yang mengambil 50 gram daging yang diproses setiap hari boleh meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 17 peratus.
Ini kerana cara penghasilan daging proses melibatkan banyak penambahan garam, bahan pengawet penapaian dan juga pengasapan.
Perkara ini turut disahkaan oleh International Agency for Research on Cancer (IARC) pada tahun 2015 yang mengesahkan daging proses adalah antara penyebab kanser.
Bahkan terdapat banyak kajian yang mengatakan kanser usus sering terjadi kepada mereka yang kerap mengambil daging diproses. Selain itu kajian mengenai penyebab kanser perut dan buah pinggang masih lagi dijalankan.
Pada tahun 2011, World Cancer Research Fund (WCRF) telah menghimpunkan 800 kajian berkenaan kaitan antara penyebab kanser dengan pengambilan daging diproses ini.
Hasil daripada itu mendapati mereka yang sering mengambil daging diproses mempunyai 17 peratus lebih berisiko untuk menghidapi penyakit kanser berbanding dengan yang tidak makan daging diproses.
Dalam hal ini seharusnya pengguna menjadi lebih prihatin mengenai keselamatan makanan untuk kesihatan mereka. Kurangkan pengambilan daging yang telah diproses walaupun ianya lebih cepat untuk disediakan.






.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.