Bahaya
Guna Minyak Goreng Ulang Kali
Sedap betul semua makanan yang digoreng deep-fry ni kan? Saya
pasti anda sendiri sedar dan tahu betapa tak sihatnya makanan bergoreng. Tapi
kali ini saya nak kupas lebih lanjut mengenai minyak menggoreng itu sendiri.
Kalau kita lihat gerai di tepi jalan, mereka menggoreng dengan minyak penuh
kawah dan sudah semestinya minyak itu digunakan berulang kali. Lepas goreng
pisang, goreng cucur ubi, lepas tu goreng karipap, goreng segala macam kuih.
Sepanjang hari minyak yang sama digunakan sehinggalah habis jualan kuih.
Dan
kemungkinan besar pada keesokan hari pun mereka guna minyak yang sama kan? Sep
duit kos sikit. "Lagipun minyak tu belum jadi warna gelap lagi, apa
salahnya," kata peniaga.
Betul
ke minyak masak boleh diguna berulang kali sampai jadi warna gelap?
Minyak
masak seperti minyak sawit sebenarnya bernutrisi tinggi kerana mengandungi
vitamin E yang baik untuk kesihatan. Namun minyak masak ini akan mengalami
tindak balas kimia setiap kali dipanaskan pada suhu tinggi. Kandungan asid
lemak tepu dan tidak tepu dalam minyak yang akan menghasilkan radikal bebas
apabila melalui proses pengoksidaan. Radikal bebas inilah yang selalu
dihubungkaitkan dengan penyakit kardiovaskular, barah dan juga penyakit
neurodegeneratif.
Kajian
oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan
Malaysia pada tahun 2007 mendapati hampir 98% kandungan
vitamin E dalam minyak akan musnah selepas lima kali digoreng. Ini menunjukkan
minyak itu telahpun kehilangan khasiat malah pengambilan minyak ini boleh
memudaratkan kesihatan.
Pada tahun 2012, satu tinjauan telah dibuat sekitar Kuala Lumpur yang
mengambilkira tahap kesedaran para peniaga tentang tabiat mengguna semula
minyak masak. Seramai 100 peniaga mengambil bahagian dan 71 peniaga rata-rata
sedar bahawa mereka tidak boleh menggunakan semula minyak masak secara berulang
kali atas faktor memudaratkan kesihatan pembeli. Namun 63 daripada jumlah itu
masih tidak kisah dan berterusan melakukannya kerana mahu menjimatkan kos.
Penyelidik
juga telah mengambil beberapa sampel minyak dari setiap peniaga dan hasil ujian
mendapati kadar peroksida (peroxide) dalam minyak yang digunakan
adalah berbahaya dan tidak selamat digunakan. Nilai sebenar yang selamat
diambil oleh manusia hanyalah tidak melebihi 10 mEqO2/kg tetapi kesemua purata
minyak yang digunakan telah melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Malah
ada peniaga yang menggunakan minyak dengan kandungan peroksida
setinggi 214.25 mEqO2/kg!! Berapa kali dia 'recycle' minyak ni?
Dalam kajian lain yang dibuat pada tahun
2008 oleh penyelidik dari UKM juga, kandungan bahan toksik yang
terhasil dalam minyak masak selepas 5 dan 10 kali pemanasan menyebabkan tekanan
darah naik dan jantung mula mengalami kerosakan tisu. Aras kolestrol dalam
darah juga akan meningkat selain mempunyai tanda-tanda aterosklerosis (atherosclerosis).
Aterosklerosis
tu binatang apa?
Aterosklerosis
merupakan adik-beradik kepada arteriosklerosis. Ia terjadi sebagai satu proses
pengerasan dinding salur darah di bahagian arteri yang disebabkan oleh
pembentukan lemak. Kejadian ini akan menyekat pengaliran darah ke seluruh tubuh
dan boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan kematian.
Jadi,
sekarang anda masih nak berjimat ke ataupun nak selamat?
Sekiranya
anda memasak di rumah, janganlah berulang kali menggunakan minyak. Paling
selamat pun guna sebanyak 2 kali, lepas tu buang aje lah. Isi minyak terpakai
tu dalam botol dan hantar ke pusat kitar semula.
Kalau
nak beli makanan dari pasar malam atau tepi jalan pula, sentiasa
beringat-ingatlah. Kalau taknak sakit jantung muda-muda, jangan amalkan membeli
dari peniaga yang suka jimat kos. Perhatikan dahulu cara mereka menggunakan
minyak sebelum membeli. Anda mampu membuat pilihan bijak ke arah kehidupan yang
lebih sihat.
tags : serangan jantung minyak masak recycle minyak ulang guna minyak minyak menggoreng peniaga tepi jalan pasar malam pasar tani sakit jantung pisang goreng kesihatan
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.