Melaka
peneraju teknologi hijau
MELAKA:
Kerajaan negeri komited untuk kekal sebagai peneraju kepada pembangunan
teknologi hijau bukan saja di negara ini, malah di peringkat global.
Ketua
Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata ia sekali gus membuktikan Melaka kini
berada pada landasan sebenar, sebagai satu-satunya negeri yang menjadikan
pembangunan hijau sebagai keutamaan dalam model pembangunan negeri.
Beliau
berkata, usaha yang sudah bermula sejak tujuh tahun lalu itu apabila kerajaan
negeri melancarkan visi yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020.
"Idea
visi ini diinspirasikan daripada ikrar yang dibacakan sendiri oleh Datuk Seri
Najib pada 2009 sempena Persidangan United Nation Framework For Climate Change
(UNFCCC) Conference Of Parties (COP) ke-15 di Copenhagen, Denmark.
"Ikrar
itu menyebut mengenai hasrat Malaysia untuk mengurangkan intensiti pelepasan
karbon daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 40 peratus
menjelang 2020. Susulan itu, kami melaksanakan blue print teknologi hijau
Melaka dan menyediakan beberapa senarai indikator yang disarankan oleh pihak
Urban Environmental Accords (UEA) bagi tujuan menepati spesifikasi pembangunan
hijau," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri
di sini, hari ini.
Katanya,
kerajaan negeri menubuhkan Kounsil Teknologi Hijau Melaka dan Perbadanan
Teknologi Hijau Melaka bagi memastikan aspirasi berkenaan dapat direalisasikan.
Menerusi
penubuhan itu, lima fasa sudah dirangka bagi menjayakan visi berkenaan, iaitu
pembangunan bandar hijau, kecekapan tenaga, tenaga boleh diperbaharui serta
pengangkutan dan kesedaran hijau yang dilaksanakan secara serentak bagi
memastikan kefahaman mengenainya dibuat secara menyeluruh.
"Melaka
kini berada di landasan terbaik untuk mencapai visi itu memandangkan ekonomi
negeri berada di tahap terbaik," katanya.
Idris
akan mengakhiri lawatan kerjanya ke Jerman, hari ini sempena International
Urban Cooperation Programme 1st City-To-City Event di Brussels, Belgium, sejak Ahad
lalu.
Kuala
Lumpur dijadual menjadi tuan rumah kepada penganjuran World Urban Forum
Februari tahun depan
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.