Bahaya
budak sekolah
Perasankah anda tabiat ibu
bapa semasa mengambil anak anak mereka balik dari sekolah? Ya benar sekali,
mereka suka mengamalkan menunggu anak dengan mereka menunggu dari dalam kereta
masing masing. Memburukkan keadaan apabila enjin kenderaan dibiarkan melahu dan
mereka duduk sambil menunggu anak mereka dari dalam suasana hawa dingin kereta.
Sangat menyedihkan kerana ibu
bapa tidak menyedari bahawa, asap yang dilepaskan dari ejos kenderaan adalah
beracun kepada anak anak mereka. Umpamanya benzene sebagai salah satu dari
banyak jenis bahan kimia mudah meruap ( Volatile Organic Compound ) yang
dilepaskan dari wap petrol boleh menyebabkan leukemia atau kanser darah.
Memburukkan keadaan juga
kerana kita mengamalkan menjual petrol negara yang dipanggil minyak manis
(sweet oil) ke negara maju seperti Jepun, Amerika dan Eropah manakala minyak
kotor yang penuh pencemaran diimport masuk ke dalam negara kerana harganya
murah dan difikirkan menguntungkan negara. Petrol murah diimport dari negara
luar akan mengeluarkan pencemaran seperti raksa, nitrates dsbnya.
Mengapa negara maju sanggup
membeli minyak mahal dan kita pula tidak segan silu menggunakan minyak murah?
Jawapannya, kerana kebanyakan negara maju faham akan serta mengambil berat
tentang kesan akibat dari pencemaran alam sekitar dari sistem pembakaran
kenderaan kepada anak anak mereka.
Amat menyedihkan juga kerana
kita tidak pernah mendengar pihak yang menjaga kelestarian Alam Sekitar
mengambil tindakan kepada mereka yang melahu enjin dalam keadaan kereta pegun
kerana peruntukan kompaun denda ada tertera di dalam akta yang dikuatkuasakan
oleh Badan Alam Sekitar.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.