Total Pageviews

Friday, 3 August 2018

Jangan buang sampah merata rata




Jangan buang sampah merata rata


Semasa kita mengerjakan haji, antara peristiwa yang kita diajarkan adalah agar kta tidak membuang sampah merata rata tempat serta kawasan kerana ia akan banyak membawa mudarat kepada alam sekitar, flora dan fauna dan manusia lain.


Antaranya:

1.  Air bertakung akan menjadi tempat pembiakan yang amat sesuai kepada nyamuk aedes albopictus dan aedes aegypti yang menjadi kenderaan yang amat mewah untuk virus penyakit denggi. Terdapat 4 jenis virus denggi yang boleh menjangkit anda atau anak anda iaitu Den1, Den2, Den3 dan Den4. Apabila anda dijangkiti oleh Den 1, di masa depan, badan anda hanya menawarkan imuniti  terhadap  virus denggi jenis Den 1 sahaja. Badan anda tidak boleh menawarkan imuniti kepada 3 jenis virus denggi yang lain iaitu virus denggi jenis Den2, Den3 dan Den4. Sebaliknya, misalnya jika dahulu kala anda pernah dijangkiti oleh Den 1 dan di masa lain anda dijangkiti oleh apa apa virus dengi selain daripada Den1 iaitu dari jenis Den 2, Den 3 dan Den4, symptom yang anda alami selalunya akan menjadi lebih teruk daripada jangkitan virus denggi pada pertama kali dan boleh pula melarat ke fasa denggi berdarah (leaking phase) dan boleh membawa maut. Perlu diingatkan bahawa penyakit denggi dari apa apa Virus Denggi dari ke empat empat jenis itu tidak mempunyai rawatan! Rawatan yang diberi adalah dari jenis supportive sahaja dan bukan curative!!! Rawatan supportive adalah memberi air melalui saluran intravena atau memberi platelet atau plasma.


2.  Selain denggi, nyamuk dari air betakung boleh juga membawa penyakit Chikungunya, Zika, Malaria, Filaria, Yellow Fever JE dsbnya. Syukur Alhamdullilah belum ada kes nyamuk menjadi pembawa kepada penyakit HIV Aids yang telah dilaporkan.
a.  Chikungunya → Kenderaan membawa virus penyebabnya adalah nyamuk aedes betina aegypti dan albopictus.
b.  Zika    
c.   Malaria  → Kenderaan membawa parasit penyebabnya adalah nyamuk anopheles betina .
d.  Filaria   
e.  Yellow Fever  


3.  Plastik mengambil masa yang amat lama untuk diuraikan. Plastik juga sentiasa mengeluarkan bahan leachate iaitu phthalate. Phthalate adalah bahan yang boleh menyebabkan kanser dan merosakkan buah pinggang anda. Sekiranya anda prihatin dan sedar, setiap  jarak dekat, anda akan boleh melihat dialysis center tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Phthalate juga bertindak sebagai bahan pengendala hormone ( Endocrine Disrupting Chemicals / EDCs ) yang menggangu tindakbalas hormone dalam badan anda, anak anda dan cucu cicit anda.  EDCs boleh menyebabkan anak perempuan cepat datang bulan dan cepat pula menopause. Pada anak lelaki, EDCs menyebabkan mereka menjadi pondan yang lembut serta hilang sifat sifat kelelakian mereka di mana testes akan mengecut dan gagal berfungsi sebagai mana layak kebiasaannya.






Haiwan pun pandai menjaga kebersihan



.



..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.